Selasa, 10 Januari 2012

Cara Membuat Tuntutan Kerosakan Kenderaan di Lebuhraya PLUS

Sebenarnya kerosakan kenderaan yang kita alami di Lebuhraya PLUS boleh kita tuntut kos kerugian pada Plus jika kerosakan tersebut disebabkan oleh keadaan lebuhraya yang kita lalui. Bagi kenderaan kita yang rosak di sebabkan oleh contoh faktor berikut :-

1) Terlanggar batu .
2) Terlanggar bunga tayar celup yang sering digunakan pada lori.
3) Terlanggar paku.
4) Terlanggar haiwan melintas.
5) Dihempap pokok di hentian.
6) Dan sebagainya yang di fikirkan disebabkan oleh penggunaan lebuhraya dan di hentian.




Apa yang PLUS perlukan adalah :-

1) salinan asal kos baik pulih kenderaan atau bukti pembayaran.
2) salinan asal laporan polis.
3) resit tol atau number siri kad touch & go
4) gambar kerosakan kenderaan sebelum dan selepas dibaiki
5) salinan kad pendaftaran kenderaan ( geran kenderaan )
6) salinan kad pengenalan dan lesen memandu
7) salinan polisi insuran kenderaan ( cover note )


Dah cukup semua perkara2 1-7 baru hantar kat pejabat PLUS yang berhampiran dalam masa 14 hari.
Kita kena baiki dulu menggunakan duit sendiri lepas tu baru PLUS hantar cek.

Kalau kerosakan yang membabitkan kos yang tinggi boleh la kita tuntut dari Plus tapi kalau setakat tampal tayar je kita nak tuntut ker.... heee3x... Banyak prosedurnya..... Jadi ... lebih baik kita memandu berhati-hati.... Pandu cermat....  Poket selamat... 



16 ulasan:

  1. ooo boleh claim back rupanya

    BalasPadam
  2. wah...baru tahu lah..
    berguna untuk saya ni..tq

    BalasPadam
  3. barunumi tau boleh klem kalau lalu katlebuhraya .. wahhh bagus ni ..kat tempat umi tak de bang ..


    ayat yang terakhir tu umi suka ..mcm slogan la pulak hih .. pandu cermat poket selamat hihi

    BalasPadam
  4. oo..ye ke..baru tahu boleh tuntut

    BalasPadam
  5. boleh tuntut tapi tak tahu berapa lama duit claim tu boleh dapat sebab kami pun tak pernah buat claim tu.... heee3x

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerna sudi memberi info kepada kami bro ..

    BalasPadam
  7. ooh boleh tuntut..heee

    xtau pon slm ni..;p

    BalasPadam
  8. ooo baru tau ... bleh jd panduan mana tau suatu hari nanti...

    BalasPadam
  9. info barunie...bleh ek clain balik??okgak2

    BalasPadam
  10. Tq, baru accident tadi dgn tayar celup kat highway. Memang berguna sangat info ni.

    BalasPadam
  11. PLUS akan menjawap telah menyediakan perkhidmatan PLUSRonda yang berperanan memantau lebuhraya untuyk keselesaan dan keselamatan pengguna Lebuhraya. Dukacita PLUS tidak dapat menawarkan sebarang bayaran pampasan diatas kerugian yang dituntut.
    Biasa la deal dengan orang kaya, kita miskin.

    BalasPadam
  12. http://www.bharian.com.my/node/192036

    Walau bagaimanapun, PLUS jelasnya, berhak untuk menolak tuntutan berkenaan jika siasatan yang dilakukan mendapati bahawa PLUS sudah mengambil langkah munasabah dalam menyediakan perjalanan yang selesa untuk semua pengguna lebuh raya.

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192036

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah tuntutan saya melalui Mahkamah Majistret telah berjaya. Mahkamah telah memerintahkan Defendan (PLUS) membayar jumlah kos membaikpulih kerosakan. Sedang berurusan dengan Jabatan tuntutan PLUS.

    BalasPadam
  14. Tuntutan saya bernombor rujukan C616-319BSP tiada respon dari pihak plus..tuntutan membabitkan gantian cermin hadapan lori saya yang telah pecah akibat kerja kerja pemotongan rumput oleh kontraktor lebuhraya.ia berlaku dari tarikh 24/9/2016 sehingga tarikh hari ini 22/8/2017.walaupon jumlah tuntutan tidak begitu banyak tapi apakah syarikat konsesi lebuhraya tidak mampu membayar sejumlah tuntutan kerana saya sebagai pengguna lebuhraya berhak mendapat ganti rugi.SEKIAN

    BalasPadam
  15. Saya pernah tuntut tapi dapat separuh daripada kos . Jadilah

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.