Selasa, 10 Januari 2012

Cara Membuat Tuntutan Kerosakan Kenderaan di Lebuhraya PLUS

Sebenarnya kerosakan kenderaan yang kita alami di Lebuhraya PLUS boleh kita tuntut kos kerugian pada Plus jika kerosakan tersebut disebabkan oleh keadaan lebuhraya yang kita lalui. Bagi kenderaan kita yang rosak di sebabkan oleh contoh faktor berikut :-

1) Terlanggar batu .
2) Terlanggar bunga tayar celup yang sering digunakan pada lori.
3) Terlanggar paku.
4) Terlanggar haiwan melintas.
5) Dihempap pokok di hentian.
6) Dan sebagainya yang di fikirkan disebabkan oleh penggunaan lebuhraya dan di hentian.




Apa yang PLUS perlukan adalah :-

1) salinan asal kos baik pulih kenderaan atau bukti pembayaran.
2) salinan asal laporan polis.
3) resit tol atau number siri kad touch & go
4) gambar kerosakan kenderaan sebelum dan selepas dibaiki
5) salinan kad pendaftaran kenderaan ( geran kenderaan )
6) salinan kad pengenalan dan lesen memandu
7) salinan polisi insuran kenderaan ( cover note )


Dah cukup semua perkara2 1-7 baru hantar kat pejabat PLUS yang berhampiran dalam masa 14 hari.
Kita kena baiki dulu menggunakan duit sendiri lepas tu baru PLUS hantar cek.

Kalau kerosakan yang membabitkan kos yang tinggi boleh la kita tuntut dari Plus tapi kalau setakat tampal tayar je kita nak tuntut ker.... heee3x... Banyak prosedurnya..... Jadi ... lebih baik kita memandu berhati-hati.... Pandu cermat....  Poket selamat... 



30 ulasan:

  1. wah...baru tahu lah..
    berguna untuk saya ni..tq

    BalasPadam
  2. barunumi tau boleh klem kalau lalu katlebuhraya .. wahhh bagus ni ..kat tempat umi tak de bang ..


    ayat yang terakhir tu umi suka ..mcm slogan la pulak hih .. pandu cermat poket selamat hihi

    BalasPadam
  3. oo..ye ke..baru tahu boleh tuntut

    BalasPadam
  4. boleh tuntut tapi tak tahu berapa lama duit claim tu boleh dapat sebab kami pun tak pernah buat claim tu.... heee3x

    BalasPadam
  5. Terima kasih kerna sudi memberi info kepada kami bro ..

    BalasPadam
  6. ooh boleh tuntut..heee

    xtau pon slm ni..;p

    BalasPadam
  7. ooo baru tau ... bleh jd panduan mana tau suatu hari nanti...

    BalasPadam
  8. info barunie...bleh ek clain balik??okgak2

    BalasPadam
  9. Tq, baru accident tadi dgn tayar celup kat highway. Memang berguna sangat info ni.

    BalasPadam
  10. PLUS akan menjawap telah menyediakan perkhidmatan PLUSRonda yang berperanan memantau lebuhraya untuyk keselesaan dan keselamatan pengguna Lebuhraya. Dukacita PLUS tidak dapat menawarkan sebarang bayaran pampasan diatas kerugian yang dituntut.
    Biasa la deal dengan orang kaya, kita miskin.

    BalasPadam
  11. http://www.bharian.com.my/node/192036

    Walau bagaimanapun, PLUS jelasnya, berhak untuk menolak tuntutan berkenaan jika siasatan yang dilakukan mendapati bahawa PLUS sudah mengambil langkah munasabah dalam menyediakan perjalanan yang selesa untuk semua pengguna lebuh raya.

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192036

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah tuntutan saya melalui Mahkamah Majistret telah berjaya. Mahkamah telah memerintahkan Defendan (PLUS) membayar jumlah kos membaikpulih kerosakan. Sedang berurusan dengan Jabatan tuntutan PLUS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kes dia?plus x nak bayar pampasan ke?

      Padam
    2. kes saya berlaku di LPT 2 seb langgar lembu jan 2018.. pihak LPT menolak tentutan ganti rugi repair kereta.. boleh info guna makamah mana untuk menuntut ganti rugi itu. sila hubungi saya 01137374981 firdaus

      Padam
    3. Bagaimana saya mahu dapatkan khidmat peguam sebab kes saya sama dengan pihak tuan.

      Padam
  13. Tuntutan saya bernombor rujukan C616-319BSP tiada respon dari pihak plus..tuntutan membabitkan gantian cermin hadapan lori saya yang telah pecah akibat kerja kerja pemotongan rumput oleh kontraktor lebuhraya.ia berlaku dari tarikh 24/9/2016 sehingga tarikh hari ini 22/8/2017.walaupon jumlah tuntutan tidak begitu banyak tapi apakah syarikat konsesi lebuhraya tidak mampu membayar sejumlah tuntutan kerana saya sebagai pengguna lebuhraya berhak mendapat ganti rugi.SEKIAN

    BalasPadam
  14. Saya pernah tuntut tapi dapat separuh daripada kos . Jadilah

    BalasPadam
  15. Tapi plus enggan bayar dan enggan bertanggungjawab. Saya terlanggar anjing melintas jalan. Kos repair kereta saya hampir rm6000. Kini saya menggunakan perkhidmatan peguam untuk saman plus di mahjamah Johor Bahru.

    BalasPadam
  16. Saya baru nk buat clim plus pagi tadi .langgar binatang di higway sungkai..x tau la bleh dapat ke x

    BalasPadam
  17. Saya mengalami kemalangan di lpt2 pantai timur 357.7 terlanggar bangkai lembu jam 12:30 am pada 1/1/2018 setelah semua langkah2 tuntutan dibuat akhirnya mendapat keputusan yg mengecewakan pihak plus tidak membayar tuntutan tersebut kos baiki keta saya rm 5000

    BalasPadam
    Balasan
    1. kes yg sama.. kena ambik tindakan mahkamah nie.. seb lpt puyn xnk bayar ganti rugi repair kereta nie.. kalau kes tuan berjaya claim.. boleh hubungi saya utk membuat tuntutan yang sama o1137374981 firdaus

      Padam
  18. sy telah mengalami kemalangan pada awal Februari 2018 di LPT Karak, dah buat tuntutan..isi borang bagai semua. Akhirnya pihak LPT hantar surat, tuntutan ditolak. mmg lahanat

    BalasPadam
  19. December 8 kereta saya telah accident kat simpang Pulai langgar serpihan Tayar lori. Jumlah Ganti rugi adalah Rm 4600.. pihak Plus tak nak bayar pampasan sebab mereka kata saya dah claim daripada insurance kereta saya sendiri. Saya rugi pasal NCB saya telah pakai 55%... Anyone give me suggestions to solve this problem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe sebab claim insurans dan bukan keluarkan kos sendiri kot

      Padam
  20. Bagaimana untuk membuat tuntutan melalui mahkamah. Kes saya pun sama. PLUS tak nak bayar

    BalasPadam
  21. sy dah buat semua yg admin bgi tau...tpi pihak plus x nak tanggungjawab...sy pasti bukan sbb sy...pelanggaran berlaku sbb pokok tombang kerana pekerja2 cuai...xde tanda perlahankn kenderaan, tanda awas...

    soalan sy...ade x cara utk plus bertanggung jawab...

    BalasPadam