Rabu, 22 Ogos 2012

Berhari Raya di Pantai Teluk Batik Dan Lumut Perak

Sudah beberapa hari kami berhari raya dan pada raya ke empat kami berhari raya pula ke Perak. Negeri Perak ini kira tempat asal usul keluarga sebelah isteri. Di Parit Buntar lah nenek dilahirkan dan emak pula tempat permainannya. Manakala belah keluarga arwah bapa pula di Bagan Datoh, Perak juga...Bila sudah jauh beraya untuk mencari mood anak-anak kembali beraya kami pun singgah la di Pantai Teluk Batik Lumut. Kami lepaskan mereka bermain di tepi pantai pun mereka sudah seronok bermain pasir. Kami sampai pun dah nak senja jadi tak dapatlah mereka bermandi-mandian.

Si Syafiq yang gembira bila sampai ke pantai.
Macam orang terlepas dari penjara.

Panorama hampir senja di Teluk Batik memikat hati kami sekeluarga... di sinilah kami melonggarkan segala urat saraf yang tegang dan kejang setelah menempuh perjalanan yang lama dari Johor - Tanjung Karang - Lumut. Almaklumlah jalan Jem dihari raya ni memang menuntut kesabaran yang tinggi ketika memandu.




Di sinilah kami berehat sambil memerhatikan gelagat anak-anak bermain pasir di tepian pantai. Rasanya terlepas la juga tension anak-anak yang duduk berjam-jam dalam kereta semasa perjalanan ini.


Ni pula muka orang geram tak dapat mandi manda... haaa3x.... tak yah la mandi.... hari dah nak senja....




Muka si kakak yang dah penat duduk dalam kereta lama-lama.... pas tu sampai pantai tak dapat mandi la pulak.... heee3x...

Antara gerai yang terdapat di sana dengan jualan cenderamata dan juga buah tangan yang boleh dibeli...



Selepas ke Teluk Batik kami bersiar-siar di Bandar Lumut Perak. Sajer pusing-pusing tengok ragam orang sahaja sambil mencari sedikit ole-ole untuk di bawa pulang.




Antara gerai yang terdapat di sana untuk membeli ole-ole hasil laut seperti ikan kering... sotong... ikan jeruk... atau segala hasil laut yang ada. Bab ini si isteri je yang tahu yang mana murah dan yang mana kedai mahal harganya... si suami cuma hantar aje kat kedai mana dia nak pergi....



Begitulah aktiviti kami pada hari raya ke empat. Seronok beraya dan seronok berjalan-jalan..... si emaknya juga la yang dah sakit-sakit pinggang dan bapanya pula dah lengoh-lengoh kaki memandu.... haaa3x


18 ulasan:

  1. orang perak jugak ye rupanya..huhu..seronok nya tengok pemandangan pantai time2 camni..cantik

    BalasPadam
  2. Wah!, Cantik juga tempat ni, pantai pun bersih..:) Salam Lebaran dari kami sekeluarga

    BalasPadam
  3. syoknye ke pantai..
    salam perkenalan akak..
    :)

    BalasPadam
  4. seronoknya ke pantai...dah bertahun tak jejak pantai...huhuu

    BalasPadam
  5. Bestnyer la kedai pemborong hasil laut tu. Saya tak pernah pegi. Kalo pegi situ mesti nak beli sotong kering dan satay ikan banyak2.

    BalasPadam
  6. Mmg suka sgt kalai boleh lepak tepi pantai gerai pin mcm best2 belaka

    Salam aifilfitri...

    BalasPadam
  7. waa best jugak santai2 kat pantai kan...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kazman sue...seronoknya beraya di tepi pantai...

    BalasPadam
  9. kami sekeluarga pun sempat beraya di pantai...bersantai lepas penat beraya..

    BalasPadam
  10. Yang penting anak-anak gembira... mak pak sakit dan lenguh-lenguh tak per

    iyer dak hehehehe

    BalasPadam
  11. wah.. ni dah kira cuti2 raya niw... :)

    BalasPadam
  12. cuti raya plus cuti sekolah...beraya di pantai lak..

    BalasPadam
  13. Lama akak tak ke Teluk Batik. Lamaaa. Ada la belas2 tahun dah kali terakhir ke sana. Seronok tengok ada macam2 di situ :)

    BalasPadam
  14. seronokkan sbb raya mmg sekali ngan cuti sekolah tuh yang si abang lompat tinggi2 tuh.heheheh

    BalasPadam
  15. selamat hari raya

    cantik pantainya :)

    kami bersantai di morib ..raya ke4

    BalasPadam
  16. rul lain kali klu kemana2 jgn lupa belikan utk aku pelekat peti sejuk,aku bayor lah nanti.

    BalasPadam