Sabtu, 11 Ogos 2012

Dilema Anak Tidak Bersahur

Salam jumaat..
Luahan Hati Seorang ibu...
Harini merupakan hari ke 21 kita berpuasa.. dan merupakan hari ke 3 kami tidak bersahur untuk tahun ini.... Masa x bersahur yang pertama haritu. Penat sangat dengan aktiviti harian kut,  tak perasan bunyi jam tau2 jer dah azan. Masatu syafiq sakit... tak tahu camner dia kena asama....dugaan jumaat yang minggu lepas... pada awalnya dia x mahu berbuka juga tapi dia disebabkan perlu makan segala ubatan terpaksa dia berbuka....
Ketika mendapatkan rawatan asma  , lelah atau semput

Hari ke2 x bersahur selasa lepas anak2 mama  berjaya juga menghabiskan sampai ke petang.... Syukur.
Dan hari ni sekali lagi dugaan pada hari jumaat dimana mama terbabas terbangun sahur... maka kita semua x bersahur untuk sekian kalinya.... tahu2 aje dh azan.... hati mama rasa kesian sangat kat anak2 mama. lepas jer azan habis berkumandang mama kejutkan anak2 mama. Syafiq macam fahamjer waktu sahur dah lepas, pada mulanya dia x mahu makan dengan alasan along dah makan banyak malam tadi... tapi syafiqah bila mama hidangkan makanan, dalam keadaan mamai terus je dia makan.....
Bila tak sahur diorang minta berbuka di Mac Donald
Mungkin bila tengok adik dia makan hatinya tergugat juga....Syafiq: "takpe ker along makan?" terkeluar ayat dari mulutnya...mama pun menjawab " takpe budak2 boleh tapi kalau dah besar nanti jangan buat camtu yer...."Diapun menganguk dan terus makan.... kira2nya sahurlah juga walaupun dah lepas waktu sahur....
Sebelum ke sekolah mama berpesan " kalau x tahan puasa pada harini cakapyer"

Makanan yang mereka order macam tak makan seminggu lagaknya

Persoalannya betulkah aku seorang ibu menyarankan macam tu.... dalam dilema...

15 ulasan:

  1. bang kaz seisi keluarga tak sempat bersahur? ..harap puasa hari ni bang kaz n sis sekeluarga dapat bertahan ..amin2

    BalasPadam
  2. yg penting dia tahu berpuasa tu wajib bila dah sampai masanya....;)

    BalasPadam
  3. Sebagai ibu macm tu lah kan, takpe latih anak pelan2, insyaAllah satu masa anak2 tahu bahawa puasa itu wajib bila dah cukup syaratnya.

    BalasPadam
  4. dilema seorang ibu..mana2 ibu rasanya sama je...risaukan anak2 kecik berpuasa.

    BalasPadam
  5. takper perlahan2 ajarkan..lama2 dia akan biasa berpuasa..wah nak buka kat mcd jugaklah

    BalasPadam
  6. kami sekeluarga pun tak bersahur hari ni..tgk jam dah pukul 6.15...tak pe kot kak, yang penting dia faham mengenai pengertian berpuasa..

    BalasPadam
  7. last year saya pun bagi anak 'sahur' lewat sikit, supaya dia dapat bertahan masa kat nursery...

    BalasPadam
  8. Akk pastikan jam di kunci awal sejam dari time mkn. Mungkin terlalu letih tu, sampai terlajak. Budak2 takpe la terlewat sikit sahurnya, mereka pun dlm proses pembelajaran kan?

    BalasPadam
  9. pernah jugak terbabas, tpi sempt menjamah lgi...

    BalasPadam
  10. Puasa, jgn tak puasa. Nanti tak bley raya.

    BalasPadam
  11. buat jugak mcm tu kat anak...kiranya sahur la jugak walau dah lepas waktu sahur...lagipun dorang masih kecik...

    pada saya, yg penting ajar dorang solat dulu, bila solat dah bagus, dgn automatik dorang akan puasa tanpa disuruh...InsyaAllah...
    saya ambil tips ni dari ustaz...

    BalasPadam
  12. yg penting dia tahu konsep puasa tu macam mana...pelan2 la..bertuahnya dia nak belajar puasa dari awal lagi :)

    BalasPadam
  13. Takpe la untuk berlatih dia berpuasa. Asalkan dia faham kenapa dia perlu bersahur. Wah... bawak bekal mee goreng dgn air soya kat Mekdi.

    BalasPadam
  14. betullah tu...budak2 tak tahan bagi je makan..ada sorang ustaz tu ckp (Ustaz Haslin Bahrn) kalau ditegah mkn leh dosa mak bapak nyer..

    BalasPadam