Jumaat, 10 Ogos 2012

Iklan Raya Terbaik 2012

Bila iklan raya sudah banyak disiarkan sempana hari raya yang akan tiba maka kami ingin kategorikan  yang terbaik dari sudut menyentuh hati dan perasaan kami untuk melihatnya pada ketika ini... Syabas kepada pencipta iklan-iklan ini kerana dapat menghasilkan sebuah cerita yang terbaik.... Kepada iklan Hari Raya Bernas merupakan paling terbaik berbanding Iklan Hari Raya Petronas...Manakala kedua-dua iklan ini merupakan iklan yang terbaik secara keseluruhan untuk semua jenis iklan Hari Raya 2012...


Iklan Hari Raya Petronas 2012

Erman, merupakan seorang jurutera PETRONAS yang ditempatkan di Asia Tengah, perjuangan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari rumah, Pada suatu hari kenderaan beliau telah  mengalami keretakan cermin disebabkan oleh bola yang mengenai cermin hadapan ketika melaluia tempat permainan sekumpulan kanak-kanak dan kanak-kanak tersebut merupakan seorang anak tempatan, Jeyhun.

Hubungan Erman dan Jeyhun bermula sebagai orang asing, setiap langkah membawa mereka dekat kepada merealisasikan potensi sebenar mereka, Konsep baru mengenai penghasilan tenaga dan mereka telah mencipta alat memasak telur dengan penggunaan sumber matahari dan membuat perbezaan kepada orang-orang di sekeliling mereka. Cerita perjalanan seorang kanak-kanak dan penemuannya dan seorang jurutera mengenai penemuan dan penerokaan ke arah pengertian hidup


Iklan Hari Raya Bernas 2012

Dua kanak-kanak pendidikan khas membina hubungan yang indah berdasarkan penjagaan dan pemahaman yang telah dididik oleh tenaga pengajar mereka di sana. Merupakan satu cerita monumental kira-kira dua kanak-kanak istimewa yang mengatasi segala kemungkinan. Ahmad dan Fizi adalah dua orang anak yatim yang memulakan perjalanan pulang pada malam hari raya. Keinginan mereka melonjak bila di sapa oleh rakan mereka untuk bertanyakan perihal balik kampung masing-masing. 

Dengan berbekalkan semangat hubungan yang erat di antara mereka berdua mereka memulakan perjalanan sambil menghadapi pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan untuk menempuh perjalanan pergi ke kampung halaman Ahmad untuk menziarahi pusara ibunya.... Dengan keazaman dan ketabahan mereka membolehkan mereka untuk memenuhi tujuan mereka dengan kasih sayang tanpa syarat diantara mereka berdua.


11 ulasan:

  1. KA suka juga yg ini tp lebih tersentuh ngan iklan raya bernas 2012 tu! sob sob sob

    BalasPadam
  2. memang sedih sangat tgk iklan ni...sob..sob..:(

    BalasPadam
  3. part yang last tu rasa sedih ..mesti hati rasa berbelah bahagi ..tapiu kelaurga yang dirindui lebih diutamakan ..harap budak tersebut gembira dan chat hendaknya disana (^_^)

    mat berpuasa buat bang kaz seisi keluarga ..lama tak jejalan kat cni tau!

    BalasPadam
  4. laju air mata saya mengalir

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la dengan kami.... tetiba tgk iklan bernas terus tak leh bendung air mata...

      Padam
  5. Tiba2 hari ini mencanak naik nama BERNAS dalam enjin carian.

    Apa2pun iklan itu memang TERBAIK. :)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kazman sue...memang terbaik..:)

    BalasPadam
  7. semua iklan menarik....tp yg bernas tu mmg touching la...mmg berkaca mata tgk...

    BalasPadam
  8. tengok iklan petronas memang dah sedih dah
    bila tengok iklan bernas...terus nangis... touching sangat2..

    BalasPadam
  9. selalunya iklan petronas banayakkkk yang menyentuh hati..nurul suka yang sedih2..hehe

    BalasPadam
  10. Iklan sedey nak raya. Ari lain naper tak wat iklan camni gak? Best layan kekadang

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.