Khamis, 25 Ogos 2011

Suasana Up Town Danau Kota

Kali ini kami melayan rakan-rakan kami pula yang hendak berbelanja di saat-saat akhir. Dari Cyberjaya ke Pasar malam Danau kota yang terletak di setapak Kuala Lumpur dengan berkonvoi 3 buah kenderaan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan pergi dan 34 minit perjalanan pulang. Kami rasa lega kerana tidak di saman polis atas kesalahan memandu laju di highway MRR2 walaupun jarum meter menunjukkan pada kelajuan 130km/j dan hanya kereta di hadapan kami yang kena saman pada pukul 1:43 pagi. Seterusnya kami memaparkan catatan bergambar suasana pasar malam Danau Kota ketika hendak menjelangnya hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.


 Capal gergasi hand made dari gombak menyambut kedatangan kami ke pasar malam danau Kota. Lihat sahaja size capal dengan berbanding size kepala pengunjung yang jauh bezanya.

 Suasana yang hingar-bingar dengan suara pengunjung tawar menawar dan memilih barangan di gerai yang terdapat di pasar malam Danau kota.

 Kemeriahan suasana pasar malam makin ketara apabila jam sudah menunjukkan pukul 12:00 tengah malam.

 Hiasan yang terdapat di pasar malam untuk menarik perhatian pengunjung. Lautan manusia yang kami tempuhi meletihkan perjalanan kami untuk mengunjungi setiap gerai.

 Bendera Malaysia banyak berkibar di gerai-gerai jualan kerana pada tahun ini kita menyambut hari raya dan hari kemerdekaan bersama.

 Fahmi..... itulah nama rakan kami yang turut serta mengunjungi pasar malam danau kota. Suasana di belakang fahmi ialah pentas untuk pengunjung berkaraoke sambil menghiburkan pengunjung yang lain.

Adam berlawak bersama rakan kami Fizzy yang rajin melayan kerenah anak kami ini. Adam yang tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk begitu cergas sekali di sana manakala abang dan kakaknya telah membuta di dalam kereta bersama pakciknya.

 Antara gerai-gerai yang terdapat di Danau Kota. Gerai ini menjual manik jurai yang terletak di pintu atau mana-mana ruang di dalam rumah yang sesuai.

 Gerai menjual pelbagai kain dan minyak wangi.

 Gerai menjual pakaian kanak-kanak

 Deretan gerai Steam Boat yang terdapat di pasar malam danau kota menarik perhatian kami yang sudah keletihan berjalan kami mengelilingi pasar malam.

 Kami dan rakan-rakan singgah di gerai ini dan memilih steam boat kesukaan masing-masing. Satu cucuk hanya seringgit untuk dinikmati
.
 Fizzy yang rambang mata memilih steam boat untuk di makan. Mahu semua dia ambik nak rasa agaknya.

Setelah kita pilih, setiap cucuk tersebut kita rendam dan rebus di dalam bekas ini sehingga lembut dan barulah di letak diatas pinggan serta di tuangkan kuahnya yang menpunyai 3 rasa yang berlainan mengikut selera pengemar steam boat.

Itulah gambaran serba ringkas apa yang terdapat di pasar malam danau kota yang memang banyak lagi gerai yang terdapat di sana yang boleh untuk dikunjungi. Perut yang kekenyangan makan steam boat yang lazat dan enak serta mata kami yang sudah makin berat menuntut kami untuk pulang ke rumah di Puchong. Anak-anak sudah awal-awal lagi dibuai mimpi di dalam kereta cuma Adam sahaja yang memang dari awal dan boleh dikatakan setiap hari tidur lewat pukul 12 tgh malam ke atas. Kalau kami tidak ke mana-mana dia lah yang selalu membuat onar dan mengacau adik-beradiknya di rumah. Sekian dari kami untuk kali ini.


4 ulasan:

  1. CERITE SESAT NK CARI TPT ISI NGV X NK CERITE KE..

    BalasPadam
  2. alamak geng...ni mesti si seriau atau pijat ni yg cakap...tapi letak la nama ganas ngkorang baru aku tahu nak jawab... Guna koloum [NAMA/URL] taip nama je...URL tak tulis pun tak pe... mcm aku buat ulasan skrg ni....

    BalasPadam
  3. ada ker pasar malam... UPTWON ler wei... ataupun kot nak taip melayu.. Bazar Larut malam

    BalasPadam
  4. haaaa3x....nanti aku ubah...

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.