Rabu, 31 Ogos 2011

Kesalahan dan kesesakan lalulintas ketika beraya

Hari ini kami ingin berkongsi mengenai kesesakan dan peristiwa yang kami alami di jalan raya di sepanjang laluan beraya kami pada hari perayaan hari raya ini... memang sudah di jangka yang jalan raya akan mengalami kesesakan dan para pemandu diharap dapat menyediakan ketahanan mental kesabaran yg tinggi dan juga ketahanan fizikal. Mungkin orang banyak bersedia mengenai ketahanan fizikal tetapi ramai yang tidak dapat dari segi ketahanan mental. Kesabaran amat di tuntut untuk menghadapi suasana jalanraya sebegini. Potong barisan, membelok secara tiba-tiba dan keluar dari simpang ke jalan utama secara terburu-buru sudah menjadi lumrah ketika di musim perayaan.



Kesesakan di malam Raya..... Di jambatan Sg Tengi di Tanjung Karang.............



Kerja menyelengara jalanraya di waktu perayaan

Kita yang sibuk hendak berhari raya tetiba ada juga syarikat yang baru hendak buat atau memperbaiki jalan raya waktu puncak begini. Akibatnya kesesakan yang panjang terpaksa kami tempuhi. Kejadian ini sempat kami rakamkanuntuk tatapan pembaca. Bukan salah untuk menyelenggara jalan di waktu perayaan tetapi kalau boleh elakkanlah kerja-kerja tersebut ini di waktu puncak. Jika kerosakkan adalah serius dan boleh mengancam nyawa tidak mengapa tetapi setakat hendak tampal yang sedikit-sedikit ni cari la masa yang sesuai. Ketika kejadian ini sebuah kereta proton wira telah tersondol belakang kereta viva kerana kesesakan ini telah berlarutan hingga ke satu selekoh. Mungkin kereta wira tersebut tidak dapat melihat kesesakan sehingga menyebabkan kemalangan. Mujurlah kemalangan tersebut hanya membabitkan kerosakan kecil.




Potong Barisan

Memotong di barisan merupakan satu kesalahan yang mungkin kita anggap kecil ketika kita hendak mengejar masa tetapi impliasi kepada pemandu lain yang sabar menunggu sangatlah besar. Apatah lagi jika kita memasuki semula barisan dengan cara "memancung" deretan kereta. Kalau kita masuk di hadapan pemandu yang sabar mungkin ita selamat tetapi jika kita memasuki di hadapan pemandu yang telah hilang sabar mahu kena hon berkali-kali. Jika nasib tidak baik kereta kita pula kena geselkan oleh pemandu yang telah hilang sabar tadi. Bila kejadian ini berlaku sesal kemudian pun tidak berguna. Ada yang sampai tahap bergaduh di tepi jalan. Sapa yang rugi nanti...... kejadian yang sempat saya rakamkan di laluan Kuala Selangor ke Sabak Bernam seperti di bawah ini.....



Membelok atau Membuat pusingan U secara mengejut

Perkara ini selalu terjadi kepada pemandu yang teragak-agak untuk memasuki simpang untuk pergi beraya. Mungkin mereka sudah tidak berapa ingat lorong atau kampung untuk pergi ke rumah sanak saudara jadi mereka inilah yang akan menyebabkan kemalangan sondol menyondol berlaku. Yang lebih malang lagi mereka yang membuat onar ini tanpa rasa bersalah terus meninggalkan tempat kemalangan. Cuba kalau kena pada kita.... apa rasanya!!!... Mereka-mereka inilah yang menyumbangkang kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Biar la terbabas untuk memasuki simpang sedikit asalkan kita tidak menyusahkan pengguna lain. Dari jauh lagi kita telah menghidupkan lampu signal untuk memberi peringatan kepada pengguna yang lain.

Bukan pengguna lain tidak boleh berhenti mengejut tetapi kalau jalan yang basah lepas hujan atau kenderaan tayar berada di atas garis melintang kuning (garisan peringatan memperlahankan kenderaan) di atas jalan raya sudah tentu kadar cengkaman tayar kereta akan berkurangan. Pengalaman yang saya tidak boleh lupakan ialah anak saya yang kecil terpelanting ke hadapan bila saya berek mengejut. Kesian berbenjol kepala anak-anak. Dan lagi satu ketika mereka tidur di kerusi belakang mereka boleh "terjun" kerusi jatuh ke atas lantai kaki ruang belakang. Orang yang membuat salah ni biasanya dia tak sedar kesalahan mereka menyusahkan pengguna lain.

Keluar simpang secara terburu buru   

Kejadian pengguna jalan raya yang keluar dari simpang untuk memasuki jalan utama secara terburu-buru hendaklah dijauhi... Kadang-kadang tu kemalangan ini boleh menyebabkan kematian terutama bagi penunggang motorsikal. Saya memang teramat berhati-hati jika saya melalui kawasan penempatan estet, kampung-kampung dan persimpangan di bandar-bandar. Penunggang motosikal seperti tidak menyayangi nyawa mereka sendiri. Kalau di Estet Ijok ni.. dah le tak pakai topi.... bawak motor menyelit...dan paling ngeri ialah menyeberang keluar dari simpang ke jalan utama tanpa toleh kanan dan kiri. Dengan kepala batu + kepala besi diorang ni seperti sudah memberi lesen untuk membuat sesuka hati... Kalau sudah eksiden nanti mahu satu kampung diorang keluar penuh untuk backup penunggang motor yang kepala besi ni....
Sapa juga yang susah nanti....

Jadi... kasihanilah kami yang berkeluarga ini di jalanraya. Dan yang pasti di highway LDP puchong pada pagi ini lengang dengan senang hati kami lalui.... Biasalah... dikampung jalan sesak tapi di bandar jalan lengang...


Sempena Hari Raya ini jangan jadikan jalanraya kubur tidak bertanda kepada kita semua...hati-hati di jalan raya, semoga kita semua dilindungi dari segala bahaya.... Aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan