Isnin, 15 Ogos 2011

Kemuliaan insan di Bagan Lalang

Pada kali ini kami ingin kongsi memori bersama-sama mengenai pengalaman berbuka puasa di Pantai Bagan Lalang. Sepang, Selangor. Di sebalik amalan kita untuk menyambut ramadhan, banyak lagi insan-insan yang berhati mulia kita temui. Kunjungan kami ke Bagan Lalang untuk berbuka puasa telah menemukan kami dengan sekeluarga yang baik hati ketika ingin berbuka puasa di sana. Semua memori ini kami catatkan untuk renungan kita bersama.


Setelah berkemas rumah kami pun bercadang untuk berbuka puasa di Pantai Bagan Lalang. Ternyata kegembiraan di riak muka anak-anak tidak dapat di bendung lagi. Mereka semua bersemangat untuk pergi berbuka puasa di sana sambil menikmati suasana senja di tepian pantai. Setelah bersiap kami pun bertolak ke sana dalam pukul 5:30 ptg. Di sepanjang perjalanan menuju ke sana kami menemui ladang dragon fruit banyak terdapat di sana dan buah-buah yang baru dipetik terus dijual di tepi jalan utama di hadapan ladang masing-masing. Perjalanan menuju ke sana juga agak sibuk kerana mungkin ramai yang hendak berbuka puasa bersama-sama keluarga.

 Kenderaan yang berderet panjang kami tempuhi dalam perjalanan ke Bagan Lalang.

Anak-anak kami tertidur menahan kelaparan sambil menunggu abahnya memandu kenderaan ke Bagan Lalang. 

 Pekan Sepang, Selangor

Gerai Dragon Fruit yang terdapat di sepanjang laluan Sepang.

Pekan Sg Pelek, Sepang yang semakin sibuk laluannya

Kira-kira pukul 6:30 petang kami sampai di Bagan Lalang dan terus menuju ke Restoran Bayu Malan iaitu restoran Wak Lan  yang menyediakan ikan bakar dan makanan seafood. Setelah habis membuat tempahan makanan kami pun sekeluarga pergi bersiar-siar ke pantai di hadapan restoran tersebut sambil menikmati panorama senja di ufuk barat. Anak-anak yang tersedar dari tidur begitu cergas bermain di tepian pantai. Ternyata panorama senja di sana begitu indah untuk dinikmati.


 Papan Tanda yang terdapat di hadapan Restoran Bayu Malam.

 Anak-anak yang menuju ke Restoran.

 Setelah selesai menempah juadah berbuka kami sekeluarga bersantai di tepi pantai sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Pemandangan di belakang ialah deretan chalet Gold Coast Sepang.

Air surut ketika ini.

Matahari yang hampir terbenam di ufuk barat.

Along yang mengajak adam pergi ke restoran untuk berbuka puasa.

Setelah bersiar-siar di tepi pantai kami pun segera ke Restoran Bayu Malam untuk menikmati juadah berbuka puasa yang telah di pesan sebelumnya. setibanya kami di meja kami dapati meja kami masih kosong dengan sebarang juadah dan air untuk berbuka puasa. Kami pun menanti dengan sabar kerana kami beranggapan memang ramai yang berbuka puasa di situ. Bila azan berkumandang menandakan waktu berbuka puasa telah tiba kami sekeluarga hanya tertelan air liur sahaja menanti hidangan kami sampai. Adam yang dari tadi duduk sudah mula gelisah mengalahkan orang yang berbuka puasa. Syafiq dan Syafiqah pula merasa hampa dan sedih kerana tiada suatu juadah pun yang tiba untuk mereka berbuka puasa.

Abahnya pun dengan kadar segera berjumpa pelayan restoran untuk menanyakan tentang kelewatan hidangan kami. Saya berkata " kenapa hidangan kami tidak sampai lagi sedangkan kami telah order dari pukul 6:30 lagi dan jika ramai pun pelanggan yang order apalah salahnya bagi kami sedikit kurma dengan air kosong pun sudah memadai! ". Dengan pantasnya pelayan tersebut meminta maaf dan menanyakan meja kami di mana kedudukannya. Mungkin mereka tidak perasan kerana memang ramai pelanggan yang hadir. Saya pun kembali ke meja dan menanti hidangan kami sampai . Anak-anak asyik memandang ke sekeliling melihat orang ramai menikmati makanan sambil tertelan air liur sahaja agaknya. Riak kecewa dan hiba silih berganti di wajah mereka ketika menunggu hidangan tiba.

Sedang kami sekeluarga terpinga-pinga menanti hidangan kami sampai; tiba-tiba ada seorang ibu yang memberi kami bubur lambuk yang enak itu kepada kami sekeluarga. "Makanlah dulu bubur lambuk ini untuk berbuka puasa" kata wanita tersebut sambil menghulurkan sudu. Saya pun berkata" terima kasih kak ". Adam yang memang daripada tadi bising tiba-tiba senyap dan terus memegang sudu yang diberikan. Saya dengan perlahan memberi makan kepada anak-anak dahulu untuk berbuka puasa. Seronok sungguh mereka bertiga mendapat makanan untuk berbuka puasa.


 Keluarga inilah yang telah memberi kami sedikit makanan untuk kami sekeluarga berbuka puasa.

Adam yang makan seperti orang yang kelaparan berbuka puasa. Di belakang adam yang bertudung kelabu itulah insan seorang ibu yang telah memberikan makanan kepada anak-anak kami untuk berbuka puasa sementara hidangan yang belum sampai.

Setelah Air dan kurma sampai barulah ibubapanya berbuka sambil melayan kerenah anak-anak. Tidak lama kemudian lauk-lauk kami pun menyusul tiba. Kami pun sekeluarga menikmati hidangan kami bersama-sama dan seronok melihat gelagat anak-anak yang berbuka puasa. Adam yang tidak petah duduk juga meributkan lagi suasana kami sekeluarga. Syafiq dan Syafiqah  sudah tidak menoleh ke sekeliling lagi sambil seronok menikmati makanan yang tersedia. Syukur alhamdulillah kerana semuanya telah selesai untuk berbuka puasa. Pelbagai ragam kami rakamkan sebagai kenangan kami sekeluarga.




4 ulasan:

  1. alamak lapar pulak tengok makanan di bulan puasa nih....

    BalasPadam
  2. kalau lapar...nampak bubur lambuk dgn ikan masin pun dah kecur dah....nikmat berpuasa tu...

    BalasPadam
  3. Pukul 1 tgh tu yg tengah tahap waktu lapar nak baham tu..sabaoo geng!!!...

    BalasPadam