Khamis, 24 April 2014

Jadilah Ibu Yang Bahagia

Assalammualaikum...

Sudah sekian lama mama menyepi... tak tahu mana nak mulakan dulu... tiba2 terbaca artikal ni jadi mama kongsikan bersama buat renungan dan pelajaran dihari2 mendatang...





Dalam menikmati kebahagiaan bergelar ibu, kadang kala ada masa kita akan berasa tertekan dengan pelbagai cabaran dan sebagainya. Biasanya seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja termasuk hal-hal yang dia gemar lakukan demi membuatkan anak dan suami bahagia.
Adakah anda juga merasakan hal yang sama? Jika ya, berikut adalah tip agar anda tetap boleh menjadi ibu yang bahagia tanpa perlu melepaskan perkara yang menjadi kesukaan anda.
  1. Jadilah diri sendiri
Kadang kala kita suka membandingkan diri kita dengan ibu lain. Kita kerap merasakan tidak memberikan yang terbaik untuk anak-anak.  Akibatnya ibu kerap berasa tidak puas hati dan mendorong si kecil untuk terus lebih berprestasi. Akhirnya kedua belah pihak saling tidak bahagia. Jadi cara terbaik menjadi ibu yang bahagia adalah tetap menjadi diri sendiri. Berbanggalah dengan diri anda dalam usaha mendidik anak-anak.

  1. Peruntukkan masa untuk diri sendiri
Walau sesibuk mana pun diri anda, usahakan untuk memperuntukkan waktu buat diri sendiri. Gunakan waktu tersebut dengan melakukan perkara yang anda gemar seperti menulis blog, membaca buku, memasak, menjahit dan sebagainya.

  1. Jangan gelabah
Ibu adalah pengurus rumah tangga. Jika ibu seorang yang kelam kabut dan terburu-buru, dibimbangi ia akan mempengaruhi anak-anak juga. Oleh itu ibu mesti berlatih menjadi seorang yang tenang dalam semua hal. Biarpun banyak tanggungjawab yang mesti diselesaikan, pastikan anda merancang dengan sebaiknya. Lakukan semua tugas dengan santai dan tidak terburu-buru.

  1. Sesekali bersosial
Saat kita sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, kadang kala kehidupan sosial kita jadi terbengkalai. Tiada lagi masa untuk bersantai bersama kawan-kawan rapat.  Adakalanya kita perlukan teman baik sebagai tempat untuk berkongsi cerita dan meluahkan perasaan. Oleh itu sesekali keluarlah bersama kawan rapat anda sebagai cara melupakan seketika kesibukan dan keletihan tanggungjawab di rumah.

  1. Teruskan hobi anda
Mungkin ada ibu yang terus melupakan hobi yang menjadi kegemarannya saat sudah memiliki anak. Sebenarnya anak bukan halangan untuk terus melakukan hobi tersebut. Bahkan anda boleh libatkan anak sekali dalam hobi itu. Contohnya jika anda gemar melukis, ajak si kecil melukis bersama. Bukankah ia mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

PAMA

4 ulasan:

  1. lama tak dengar berita. ternampak new entry dlm bloglist.
    apa cerita si bongsu? dah besar agaknya..

    BalasPadam
  2. Allah, lama tak ke sini.. moga Allah terus pelihara tuan sekeluarga..

    Amin ya Allah amin :)

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.