Jumaat, 30 Mei 2014

Kenangan Terindah Bersama Avanza

Banyak juga yang telah kami lalui bersama dengan kereta Toyota Avanza kami.... di saat ingin berpisah kereta ini seperti tahu akan kehilangan tuannya yang telah menjaganya selama ini. Jasamu akan kami kenang sampai bila-bila... Akhirnya kami jual juga di used car bandar Kajang. Kereta yang telah berjalan sejauh 168 ribu Kilometer ini telah jauh kami lalui bersama....

 Rasa sedih pun memang ada tetapi ownernya memang suka mencuba pelbagai kereta dan ini juga merupakan kereta ke 8 sepanjang hayat ku... Semoga kereta yang ke 9 nanti membawa sinar kebahagiaan kepada kami sekeluarga.


 Ada juga yang mengatakan kalau kita selalu tukar tukar kereta akan mengalami kerugian kerana susut nilai tapi pada kami menang membeli memang memakai... Sebab itu kami suka beli kereta terpakai yang hampir berusia 3-5 tahun dan akan menjual semula sebelum mencecah usia 8 tahun. Ini kerana pada waktu tersebut kadar kejatuhan nilai kenderaan tidak terlalu besar.


 Lagi pun kenderaan akan memerlukan kos penjaagaan yang tinggi bila hampir mencecah 10 tahun penggunaannya namun bergantung juga cara pemakaian dan penjagaan sebelumnya. Kalau saya yang memang suka bawa pada tahap maksimum memang tinggi la kalau nak tanggung kos penyelenggaraannya nanti...

Begitulah serba sedikit pengalaman kami bersama.... dan juga pengalaman bersama Group TAVAC yang kami sertai dengan ahlinya semua seperti hubungan adik beradik.... Jauh sudah kami melangkah bersama.... Semoga BHK 9654 mendapat tuan baru yang lebih baik dari kami....

5 ulasan:

  1. selamat berbakti pd tuan baru avanza...kete baru raya apa pulak tu ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul... keter raya raya aidilfitri.... selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga...

      Padam
  2. Akum,
    abg ngv sekali abg jual ke?
    aman subang.

    BalasPadam
  3. dah jual dah set NGV tapi jual kat mudah.... sebab dah tak pakai ngv kat keter baru...tangki ngv tak ngam dalam bonet belakang....

    BalasPadam
  4. Major thankies for the article post.Really looking forward to read more. Really Great. Using Deskgram you can upload photos to instagram from PC/MAC, like and comment on post, follow unfollow profile, check news feed and many more.

    BalasPadam