Khamis, 14 Jun 2012

Masalah Pada Power Distribution Box

Hari ini saya hendak syer mengenai sedikit pengetahuan mengenai penyambungan Wayar Elektrik Berkuasa Tinggi yang akan merenggang longgar jika kita telah menggunakannya pada jangka masa 5 hingga 10 tahun. Biasanya sambungan wayar elektrik tidak kiralah di rumah atau sesuatu bangunan lama-kelamaan akan longgar kekuatan ikatan sambungan jika menggunakan kaedah penyambungan dengan skrew atau nat. Biasanya masalah ini terjadi pada sambungan di dalam Power Distribution Box atau lebih dikenali sebagai DB box yang bermaksud Kotak Pengagihan Kuasa seperti gambar di bawah ini.

Kotak DB ( Power Distribution Box ) dalam bangunan

Sebelum itu , mari kita mengenali bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Kotak Pengagihan Kuasa ini.

1) Baris pertama dari atas :

MCB (Main Circuit Bracker)
Tujuannya adalah untuk mengawal Arus untuk setiap point atau litar dalam rumah atau bangunan seperti penggunaan :-
1) Lampu  6AMP
2) Kipas 6AMP
3) Switch socket 16-20Amp
4) Water heater, Air-cond dan lain-lain.


2) Barisan kedua (barisan tengah)

MCB SINGLE PHASE  (Sebelah kiri yang ada 6suis) dan MCB THREE PHASE ( Sebelah kanan )
  Tujuannya sama seperti diatas cuma beza single phase dan three phase sahaja iaitu untuk perbezaan    
  penggunaan sahaja. Kuasa elektrik three phase ini biasanya hanya digunakan pada sistem aircond bangunan 
  yang mempunyai motor (blower). 

3) Barisan ke tiga (Bawah)

ELCB (Earth Lekage Cirucit Breaker) pada sebelah kiri iaitu kotak yang berwarna putih
 1- Tujuannya untuk mematikan suis jika kabel life (Hidup) telah tersentuh kabel bumi (Earth).
 2- Untuk mematikan fungsi ELCB jika kabel neutral telah tersentuh kabel bumi
 3- Trip (pemutus litar) jika neutral tidak punyai penyambungan masuk pada ELCB dengan betul
     (penyambungan mesti ikut diagram)


Main Switch ( Sebelah kanan yang berwarna kelabu )
   Tujuan Suis utama berfungsi sebagai pengasing dalam pensuisan litar serta untuk perlindungan arus lebihan. Main switch ini amat penting kerana ia merupakan perlindungan terakhir di dalam satu unit rumah dan perlindungan untuk satu-satu sub power mengikut aras bangunan atau bilik yang besar di dalam suatu bangunan. Main switch ini akan menampung semua jenis litar yang terdapat di dalam bangunan.


Jenis Litar 


Jenis litar di dalam rumah atau bangunan pula terbahagi 2 :-
    1) Litar Alatan -  Litar ini termasuk untuk lampu, kipas siling, loceng pintu dan jam elektrik. Jumlah beban yang boleh dipasang pada satu litar kecil akhir lampu adalah berkadaran 5A.  Setiap satu point lampu atau kipas dianggarkan berkadaran 100W.  Satu litar akhir bagi litar lampu/kipas jumlah point maksima ialah 10 poin lampu dan kipas mengikut kemampuan maksimum MCB.

    2) ) Litar Kuasa - Litar pendawaian kuasa terbahagi kepada dua jenis:-

1) Litar jejari -Litar ini adalah sejenis litar pendawaian biasa di mana dawai Hidup-(L), dawai Neutral(N) dan dawai  Bumi(E) diambil dari kotak fius agihan sebagai satu litar akhir dan disambungkan ke punca soket alur keluar

2) Litar gelang (ring) - Litar ini adalah sejenis litar pendawaian di mana dawai Hidup-(L), dawai Neutral(N) dan dawai  Bumi(E) berkongsi dari kotak fius agihan yang sama sebagai satu litar akhir dan disambungkan ke punca soket alur keluar.

Begitulah serba sedikit mengenai pendawaian di dalam ruamh atau bangunan.

Alamak... terpanjang pulak penerangan  Kita terus masuk sahaja kepada permasalahan yang berlalu. 

Masalah yang boleh berlaku disebabkan penyambungan.

1) Sambungan wayar pada center connection dalam kotak DB longgar seperti gambar di bawah ini. Jika ini berlaku MCB akan menyadi terlalu sensitif dan akan selalu bertukar kepada mode OFF. Lepas kita ON kembali MCB dengan tetiba ia akan bertukar mode OFF.



 2) Sambungan pada plug kuasa samada di dinding atau di lantai. Ini jika berlaku boleh menyebabkan percikan api dan boleh menyebabkan sesuatu kebakaran. Apabila sambungan longgar ini akan menyebabkan arus akan naik tinggi dan akan menghasilkan percikan api (spark) yang boleh menyebabkan kebakaran.


3) Sambungan wayar di antara MCB, ELCB dan Main Switch longgar juga akan menyebabkan bunyi seperti dalam video di bawah ini. Jadi kita switch OFF Mode pada main switch dan ketatkan satu persatu sambungan MCB, ELCB sehingga tinda bunyi lagi kedengaran. Masa mengetatkan pastikan menggunakan screw driver yang mempunyai penebat untuk langkah keselamatan walaupun suis telah dimatikan.

video

Begitulah serba sedikit cara - cara pencegahan kerosakan dan kebakarang yang disebabkan oleh litar pintar atau pendawaian elektik yang tidak baik. Ia juga boleh menyebabkab jangka hayat peralatan elektrik kita di rumaha atau bangunan mudah rosak. Ini disebabkan oleh apabila wayar penyambungan tidak baik atau longgar maka arus kuasa akan meningkat tinggi. Inilah punca kenapa barangan elektrik di rumah kita mudah rosak. Namun kesemua perkara di atas mestilah dilakukan oleh mereka yang bertauliah dan mahir dalam bidang elektrikal kerana kesilapan sedikit boleh mengakibatkan kemalangan.





21 ulasan:

  1. Kazman/Sue, mai tolong wayar kat umah ummi boleh,hikhik!!,tak berani den..

    BalasPadam
  2. bila masuk bab elektrikal ni sya mmg blur.. :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kazman sue...serba sedikit info diperolehi mekacih yer...:)

    BalasPadam
  4. tak berani la nak usik benda2 elektrik ni...selalu en suami je yang buat...seriau!!

    BalasPadam
  5. kalo bab wayar..tak berani nk sentuh.. takot terlintar pintas pulak..huhuhu

    BalasPadam
  6. Kakak walaupun dah bersama abang 17 tahun hidup sama tapi tak faham lagi bab-bab electrical and engineering. Itu line dia.

    Taman rumah kakak 15 Mei lepas TNB baru tukar semua DB rumah penduduk. Tak kena charge pun.

    BalasPadam
  7. umi sokong apa yang abang kata ..nak kendalikan wayar2 ni semua ..mestilah orang yang bertauliah ..karang salah sambung ..ade yang terbakor rambut hihi ..wahhhh mesti abang ni dh pro tentang benda2 elektrik ni ..chayokkk

    BalasPadam
  8. salam,

    kita memang tak berani dgn benda2 ni

    hari tu letrik prob dan salah 1 benda tu
    tertutup...nk pengang turunkan balik pun
    ketar 1 badan...huhu

    BalasPadam
  9. part2 suiz ni mmg x berani nk sentuk..tgk wayar bermacam kaler dh gerun...

    BalasPadam
  10. cuak tgk wayar letrik ni...lampu kat umah sewa saya ni kalau bukak automatik tertutup suiz utama.sampai sekarang xbaiki so xpnh bukak, takut...

    BalasPadam
  11. Sumpah Abe tak faham pasal wayar ni. Err. . Nak belajar lagi bley?

    BalasPadam
  12. Bab2 letrik ni langsung saya tak tahu dan mmg tak berani nak sentuh.

    BalasPadam
  13. Tak reti.. yang dieyna reti bila suiz tendang pi cek kat box mana yang teroff. on kan semula hehe

    BalasPadam
  14. teknikal nih... tak reti/ tak paham / malas baca...

    BalasPadam
  15. X susah pun bagi orang yg tahu hehehe..

    BalasPadam
  16. masalah dunia kian hebat
    aku malas nak komen

    buat hujan boleh la
    600 untuk satu kawasan

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas keterangannya..

    BalasPadam
  18. terima kasih artikelnya cukup menarik.tp saya masih takuklah mau usik kerja elektrik .

    BalasPadam
  19. terima kasih artikelnya cukup menarik.tp saya masih takuklah mau usik kerja elektrik .

    BalasPadam
  20. Tq,penerangan yg bagus.. Tambah ilmu elektrikal saya.. Safety first

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.