Pada kunjungan yang lepas kami perhatikan bahawa sistem pembumian di setiap rumah telah di pasang di hadapan dan belakang unit rumah masing-masing. Ini merupakan salah satu alat keselamatan yang wajib ada di setiap rumah. Tanpa sistem pembumian yang sempurna maka pihak TNB tidak akan meluluskan penggunaan elektrik di sesuatu tempat perumahan. Maka kami ingin berkongsi mengenai sistem pembumian di perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini.
Pembumian di hadapan rumah |
Dalam sistem bekalan elektrik sesalur, sambungan ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan, terutamanya
bagi mencegah bahagian peralatan elektrik yang dapat disentuh oleh manusia daripada diuja dengan voltan tinggi yang berbahaya akibat kegagalan penebat elektrik, atau dengan kata lain, melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan elektrik ke bumi. Sambungan ke bumi juga boleh mengehadkan pembentukan cas elektrik statik semasa mengendalikan bahan mudah terbakar atau pun semasa membaiki peralatan elektronik.
bagi mencegah bahagian peralatan elektrik yang dapat disentuh oleh manusia daripada diuja dengan voltan tinggi yang berbahaya akibat kegagalan penebat elektrik, atau dengan kata lain, melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan elektrik ke bumi. Sambungan ke bumi juga boleh mengehadkan pembentukan cas elektrik statik semasa mengendalikan bahan mudah terbakar atau pun semasa membaiki peralatan elektronik.
Kotak pembumian di belakang rumah yang masih belum dipasangkan penutup hitam. |
Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam dan bumi. Pembumian dijadikan sebagai punca rujukan yang keupayaannya dianggap sifar. Sebarang benda yang disambung ke bumi akan mempunyai keupayaan sifar.
Ciri-ciri fizikal teknik pembumian:-
Pengalir pelindung litar – pengalir termasuk sebarang pengapit yang disambung ke punca bumi pengguna.
Dawai pembumi – pengalir akhir di antara punca bumipengguna dengan elektrod bumi atau yang seumpama dengannya. Biasanya salutan wayar berwarna hijau.Batang logam(rod) pembumian |
Dawai pengikat sama upaya – sambungan sekali secara elektrik untuk membawa arus yang memberi keupayaan yang sama antara alat-alat logam yangtidak terlibat dengan pemasangan elektrik
Rintangan bumi – rintangan bumi adalah tempat elektrod bumi penguna ditanam.
Rintangan bumi – rintangan bumi adalah tempat elektrod bumi penguna ditanam.
Kaedah Ujian :-
Begitulah serba sedikit mengenai sistem pembumian di sesebuah rumah.
P/S: dah banyak kali aku buat header blog ini yang biasa ni jugak yang isteri berkenan.... kembali guna je la yg ini....heee3x
P/S: dah banyak kali aku buat header blog ini yang biasa ni jugak yang isteri berkenan.... kembali guna je la yg ini....heee3x
Belajar electrical hari ini kakak. Kalau huby kakak tahu sebab electrical memang line kerja dia... kakak tengok bolehlah...
BalasPadampenerangan yang jelas untuk difahami, elok ambil tahu untuk kegunaan esok2 hari... :D
BalasPadamHeheee...mmg sy x penah nk amek tau pasal ni, ingat nk rumah cepat siap je...hehe, tp sbenarnya kena amek tau gak kan..;)
BalasPadamdlu sy kerja kat bhgn construction selalu la jmp benda ni..sekarang dh ddk opis lupe segala.. =)
BalasPadambagus info ni..tak ramai yg tahu
Kakcik tak tahu apa-apa tentang pendawaian ini. :(
BalasPadammmg tak reti pun...tapi bagus jugak ni dah jadi tahu...
BalasPadamooo..mcm ni ka. first time tengok btg rod tu..ingatkan wayar sj..
BalasPadampertama kali tgk benda nyh..ohh ne wayar bumi ke namanya?? tg bila petir jek terus padam smua lampu tu kn??
BalasPadamQueen pun baru tau arini.. mmg x pnh amik tau pun psl benda2 nie.. hehehe
BalasPadamoooo...gitu!!baru tau...hiihii...
BalasPadambertambah lg ilmu hari ni.mekasih.
BalasPadamDulu2 mengajar sains ada jugak silibus menyentuh pasal dawai pembumian ni, sekarang banyak dah lupa, kira baca ni bolehlah refresh balik.
BalasPadamBaguih info ni, terima kasih naa. Tetiba ja tertanya2 tang mana duduk kotak pembumian rumah akak ni pasai tak pernah nampak pun..oh no!
BalasPadamsgt terperinci..leh jd cegu khb nih..
BalasPadamkalau condo kat mana lakkk eyhhh
BalasPadaminfo yang menarik...banyak benda bro tahu nie kan...
BalasPadamhamboihhh, terasa cam akak keje tnb plak...baru tau...hehe
BalasPadamBertambah ilmu umi kalau datang kat sini tau .. bagusnya info nie ..blog abang ni ..kalau umi nak cari maklumat ..datang je cni ... yayyy
BalasPadamoechh..pening baca..heheee..dulu belajar gak masa sekolah ni..sekarang dah lupa tak faham apa2..hehee
BalasPadam