Sabtu, 14 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 14/04/2012 Pembinaan Tembok Rumah

Assalamualaikum di hujung minggu semua... Pada kunjungan di hujung minggu ini pula kami melihat tembok rumah kami telah diruntuhkan dan di bina semula. Syukur alhamdulillah komplen kami telah di terima mengenai tembok rumah kai yang condong. Jadi pada kunjungan kali ini kami nampak tembok rumah di perumahan Desa Sri Qaseh ini telah dibuat secara berperingkat dan sudah hampir keseluruhan rumah di bina tembok pagar hadapan melainkan di lot 3780 hingga 3800 yang masih belum di bina tembok pagar rumah iaitu deretan rumah yang mengadap ke padang.



Setelah lantai konkrit tembok diperkuatkan semula dengan penambahan jejari besi VRC maka proses ikat bata telah dibina semula. Ini kerana punca yang menyebabkan tembok itu condong adalah disebabkan lantai tembok telah terbenam sedikit menyebabkan tembok condong ke dalam.


Proses mengikat tali yang tergantung adalah untuk memdapatkan garis lurus dinding tembok semasa proses mengikat bata.



Dengan tembok longkang jiran kami iaitu rumah Cikgu Zie pun dia buat balik. Maka semuanya dibuat baru semula.


Inilah tembok rumah kami yang condong sebelum diperbaiki yang disebabkan mendapan yang berlaku ke atas lantai konkrit tembok pagar ini.


 Rumah jiran kami yang juga telah siap pembinaan tembok pagar rumahnya.


 Rumah jiran-jiran yang lain yang sedang dalam proses pembinaan tembok pagar hadapan rumah.





Manaka tapak Meter Electrik yang berada di hadapan rumah pula kami dapati telah ditukar dari jenis plastik ke jenis kayu seperti gambar di bawah ini. Kedudukan ketinggiannya pula telah diubah menjadi lebih rendah sedikit berbanding sebelum ini.


 Alas kotak meter plastik yang telah dibuka semula dan di susun di dalam salah sebuah rumah di Taman Desa Sri Qaseh ini.


 Inilah Alas Meter elektrik yang diperbuat dari kayu yang telah dipasang di setiap rumah di Taman Desa Sri Qaseh ini. Nampak lagi menarik.( Mesti ada cerita disebalik pertukaran Tapak meter elektrik ini ).


Begitulah serba sedikit perkembangan rumah di Taman Desa Sri Qaseh pada kunjungan kali ini...


13 ulasan:

  1. Rumah baru ni kena banyak pi jengok sebab kalau tak, banyak defect bila siap nanti. Sama dengan rumah Abe kat kelantan. Parit tak cukuo senget utk ngalirkan air parit. Akibatnya air bertakung. Dah buat berkali kali laporan, still smp sekarang tak dak yg datang baiki. Tup tup dah 10 tahun. Baik buat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa... kena tengok selalu sebab kalau rosak atau struk tidak betul boleh la dia terus buat balik...

      Padam
    2. terima kasih cik kazman tengok2kan pembinaan ni..harap semua struktur perumaham kawasan kita dalam keadaan baik..inilah amanah Allah yang diberikan kepada cik kazman sekeluarga bagi melihat perkembangan pembinaan ini..moga Allah melimpahkan rahmat kepada cik kazman sekeluarga kerana memantau keseluruhan taman perumahan kita...saya nak p tak leh sebab dok jauh.

      Padam
  2. wah dh hampir nk siap.. x smpai hujung tahun dh boleh pindah kot..

    BalasPadam
  3. ader tak orang nak jual rumah nie?????berminat nak belilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yg berminat? bole cuba letak harga patut... Lot tengah baris hadapan 20x80..
      kalau kene dgn harga mmg nak letgo cepat..

      Padam
    2. agak2 dah siap nanti berapa value umah ni ek?

      Padam
    3. berapa harga nak letgo????

      Padam
    4. warisan bestari new launch RM238k++... mun letak ler harga menarik considering dah dekat nak siap... ok??

      Padam
    5. Elok lah berunding dahulu... tapi rumah ni baik untuk pelaburan kerana Ia berada di tepi jalan Highway Nilai-KLIA, berada di pinggiran bukit dan design konsep moden baru rumah. Selain itu ia juga berhampiran dengan bakal kompleks haji dan projek KLIA 2 ( 2 projek mega yang bakal menaikkan nilai hartanah Salak Tinggi)Banyak sumber rujukan di internet.

      Masa saya buat loan bank islam tahun lepas pihak bank boleh memberi pinjaman sehingga 190K untuk rumah yg keluasan 20x80 (1600Kp) dengan luas binaan 20x65 (1300kp) Ini kerana luas binaan dikira termasuk dari pintu pagar sebab pemaju bina tembok pagar dan lantai mozek beserta sekerat bumbung. Itu apa yg saya difahamkan oleh pihak bank islam Nilai. Dan rumah yg berkeluasan 20x70 lebih murah sedikit sebab keluasan tanah berbeza tapi luas binaan sama di Tmn DSQ ini.

      Dari situ saya difahamkan juga bahawa value rumah tu adalah = 10% + RM190K = below RM209K. Dan sumber rujukan lain terkini pula harga rumah teres setingkat 22x70 (1540Kp) di taman berhampiran dijual dari RM231K.

      Tapi itu semua hanya sebagai rujukan pandangan harga sahaja... selebihnya adalah pembeli dan penjual menentukan harga.....maafkan saya kalau saya tersalah info...

      Padam
    6. thanks sebab bagi komen...saya memang berminat nak membeli rumah tapi budget dalam 200K....saya tengok harga rumah makin naik sekarang nie 1 storey dah cecah 231K....2 storey pulak ader yang dah cecah 300k....semi d jangan cakap lah kan....berminat dengan taman desa sri qaseh nie tapi sudah terlambat sebab dah sold out...huhuhu..padahal hari-hari pegi keje lalu projek nie tau..

      Padam
  4. Alhamdulillah...seronoknya dapat tengok rumah sendiri dah nak siap...

    BalasPadam
  5. kle ada owner yg nak jual camna nk contack mereka...sy mmang tngah cari umah ni

    BalasPadam