Rabu, 21 Mac 2012

Taman Desa Sri Qaseh 21/03/2012 Warna Apakah Pilihan Kita?

Lama dah tak Update entri ni tapi bukan bermakna saya tidak mengunjungi taman ini untuk melihat perkembbangan rumah ini. Tiap2x minggu saya tengok. Lagi seronok datang waktu mereka bekerja . Pada kunjungan semalam lebih kurang pukul 2 petang kami berbual-bual dengan En. Jef  sebagai penyelia pembinaan dan seorang lagi penyelia berbangsa cina (lupa namanya) iaitu penyelia bahagian bekalan bahan binaan di Taman Perumahan Desa Sri Qaseh ini. Seronok la juga bila dapat tahu perkembangan perumahan kita ni yang hampir hendak siap ni... dapat la kami berjumpa dengan penyelia -penyelia di tapak pembinaan ini.

Semalam ada berbual mengenai pilihan warna untuk rumah kita ni...  Saya ada berbual mengenai pilihan warna rumah ini dan menyatakan kalau padangan saya adalah suka pada warna kelabu dan yang ke dua pilihan saya warna hijau ... Yang warna Oren tu saya macam tak berapa setuju sebab warnanya macam terlalu ceria!!!....  Tapi itu hanya pandangan saya semasa berbual.... Tak silap saya Jumaat ni En. Jef akan meeting dan akan pilih ikut warna mana yang dirasakan sesuai.Gambar seperti di bawah ini... yang pertama ni warnanya kelabu....
Warna Kelabu
Warna Hijau

Warna Oren
Ini pula rumput yang telah di tanam di halaman rumah kita.... nampaknya tak yah la lagi kita nak keluarkan modal untuk buat landskap bahagian hadapan rumah.... Beli rumah dah siap terus duduk aje....

 Ini pula gambar peralatan yang akan di pasang pada rumah kita nanti... seronok la juga meninjau sambil berbual dengan En. Jef ni... Semua dia terangkan panjang lebar.... Apa yang kita rasa tak berpuas hati dia akan ambil note untuk diperbaiki.....

Tandas bilik hadapan

Sinki dapur 

Tandas dapur belakang
Suis lampu
Selepas itu saya meninjau la rumah saya dan memberi tahu mengenai masalah tembok rumah kami yang condong akibat mendapan . Saya bagi tahu En.Jef, kemungkinan masa ikat bata ni di buat pada waktu hujan dan struktur tanah masih lembut maka berlaku lah mendapan yang menyebabkan tembok ini condong. Syukur alhamdulillah En. Jef akan bawa ke meeting mingguannya untuk mengantikan tembok baru. Rasa hampa tu pun terus hilang..... 
Retakan pada lantai yang di sebabkan oleh mendapan
 tanah yang di tambak belum betul-betul mampat dan
 di tambah lagi dengan cuaca hujan ketika pembinaan.

Kedudukan tembok yang condong 

Kesan retakan yang ketara

Ni pula finishing sudut plaster yang tidak
berapa baik dan akan di perelokkan lagi
selepas ini.....
Ingat nak snap gambar lagi semalam... tetiba bateri pulak habis .... aduh... sempat ambik beberapa gambar kat rumah kami tu yang tembok condong .... jadilah jugak... kalau tak balik tangan kosong la... nak cerita tak de gambar mesti tak syok kan...  Semoga ceria selalu bakal jiran2x kami semua....

P/S : Pokok durian sebatang tu macam dah nak berbuah laa........






30 ulasan:

  1. Dah lama En Kazman & Kak Sue tak update blog ni...kami pun sentiasa tgk blog ni...so hari ni saya tgk ade perubahan di blog..2 minggu sudah saya pg tgk tapak rmh ni..masa tu takda lagi apa2 kat toilet dan singki..warna rumah pun tak nmpk lg masa tu...anyway Tq update this blog for All.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat... sebelum ni datang mereka banyak buat longkang dan tembok... jadi saya selit dalam entri yg lepas aje... bila ada topik baru saya updatekan... Terima kasih kerana berkongsi blog...

      Padam
  2. seronoknya dapat tengok rumah sendiri... saya tak tau lagi bila boleh beli rumah...huhuhu

    BalasPadam
  3. Yey! Yey! Rumah dia dah siap. Seronok nak pindah umah baru kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok tu sudah pastinya... heee3x tapi kena tengok selalu sebab kalau ada apa2x nanti senang nak rujuk...

      Padam
    2. alhmdulillah..bagus en kazman pantau keadaan pembinaan..harap rumah kita semua tak banyak kerosakanla..amin..

      Padam
  4. Yey! Mesti seronok nak pindah umah baru.

    BalasPadam
  5. Bagus jugak boleh pi bincang2 & bagitau apa yg tak kena masa rumah masih dalam proses pembinaan macam ni kan, alhamdulillah.

    Terima kasih sudi ke blog akak :)

    BalasPadam
  6. Baca skali lagi. Warna rumah tu buat warna putih dgn kelabu la. kak. Senang sket nanti nak cat baru dah takyah coating. Heheh. Cdgn je.

    BalasPadam
  7. Sya suka warna kelabu tu.. hehehe Alhamdulillah saya dah dapat kunci rumah.. :)

    BalasPadam
  8. waaa.... tak sabar nak masuk rumah ni...
    yg tensen bila ada byk problem ... mcm retak... bocor dsb...

    BalasPadam
  9. waa. rumah abru. huu. nak naik rumah nt pnggil la L tau. huuu
    jom tambah ilmu sikit..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

    BalasPadam
  10. kelabu cantik..hee..:)

    bagusla ada penyelia y amik berat n blh terima pandangan pembeli..sbb pembeli mmg berhak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah hendaknyaaa....

      Padam
    2. Assalamualaikum..

      Kaler kelabu tu mcm gelap sgt la plak...kalu semua rumah kaler kelabu tu nmpk x ceria la taman kita tu nanti.. masuk mcm mendung jer. kalau boleh dapat kaler kelabu yg lembut skit.. terima kasih en kazman dan selamt berjiran

      Padam
  11. wow cantiknya
    salam perkenalan sis

    BalasPadam
  12. erm... rumah baru eh. cantik!

    BalasPadam
  13. assalamualaikum...wah oren color blog ni mengancam...:)

    BalasPadam
  14. tembok condong = menara condong.. mana tau boleh jadi sejarah nanti hehe gurau je

    BalasPadam
  15. bila dah dpt kunci nanti cek betul2 keseluruhan rumah..takut2 ada yg x ikut spec sptmana dlm S & P...sbb biasanya kontraktor akan bgi tempoh 1 @ 2 bulan utk defect of work..utk kita komplen..

    selamat menduduki rumahku syurgaku...

    BalasPadam
  16. Sronok tgk rumah kita nk siapkan...lgla teruja nkdudukn..sy suka umah warna kelabu, ctik

    BalasPadam
  17. comelnyer.. msti x sabar nk deko2 rmh ni kan

    BalasPadam
  18. uda suka warna kelabu..cantik

    BalasPadam
  19. suka warna kelabu gak...x sabarnye nak duduk rumah sendiri

    BalasPadam
  20. warna hijau tu memang cantik.. lembut & tenang je..

    BalasPadam
  21. Salam.. pendapat saya kalo dpt warna kelabu yang cerah sikit lagi cantik.. senang nak padankan dgn tile porch..hehe

    BalasPadam
  22. tuan, mohoh inform kalau ada2 projek baru ye

    BalasPadam
  23. tq enkazman update dsq..pernah tak tnya supervisor kenapa dapur xde tingkap?? kalau2 ada ke site nnt mnta enkazman tlg tanyakan ttg tingkap@edaran udara kt ruang dapur kita tuu?!! TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah tanay dan yang itu tak boleh ubah sebab dan design plan macam tu yg diluluskan... rasanya cermin yg atas pintu dapur nanti kita kena tukar yg pakai bingkai boleh buka tu....

      Padam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.