Jumaat, 30 Mac 2012

Gempa Bumi Di Mersing

Satu gempa bumi Lemah bermagnitud 3.2 skala Richter telah berlaku di Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam, 29 Mac 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 2.5 Utara longitud 103.9 Timur. 16km Timur laut Mersing, Johor. Gegaran kecil dirasai di sekitar Mersing.

Sebenarnya di Semenanjung Malaysia memang sudah banyak terdapat gegaran gempa bumi di sekitarnya dan kebanyakan di bawah bermagnitud 3.5 skala Richter. Di beberapa negeri juga telah mengalami gegaran yang sama beberapa tahun kebelakangan ini. Sering kali juga kita baca juga gegaran seperti di Janda Baik, Pahang dan sekitarnya.

Gempa bumi akan sering melanda Malaysia berikutan kekerapan gempa yang berlaku di Sumatera, Indonesia beberapa tahun yang lalu. Hal sedemikian menyebabkan kedudukan titik gempa bumi kian beralih dan semakin menghampiri Malaysia. Lama-lama agaknya gempa bumi ini akan menjadi kebiasaan di Malaysia agaknya.


Menurut pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr Ali Hassan ,beliau menyatakan bahawa titik gempa bumi akan bergerak setiap satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Hakikat tersebut disahkan lagi apabila penduduk Malaysia kian merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-ngara sekitar rantau ini.

Nampak gayanya Malaysia ni pasti tidak akan terlepas dari gegaran gempa bumi.... Bila negara jiran kena gempa bumi kita pun merasa dan kalau gempa bumi lemah di negara sendiri pun kita merasa..... Sama-samalah kita berdoa dijauhkan dari segala bala petaka dan bencana.

Sumber : Jabatan Metereologi Malaysia

29 ulasan:

  1. salam.moning kak.tq for sharing.harap2nya tak melarat gempa bumi tersebut.takut bencana alam.takut azab Allah.

    BalasPadam
  2. walau dilanda gempa bumi di Malaysia mungkin gegarannya tidak sekuat dinegara yg merupakan titik gempakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak kuat terasa melainkan kita berada di kawasan titik gempa yg terhasil.

      Padam
  3. walaupun ada gempa bumi, tapi tidak sekuat negara lain..

    BalasPadam
  4. gegaran itu mengingatkan kita kpd Allah. mudah2an kita dilindungi Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminnn... setiap kejadian pasti ada hikmahnya...

      Padam
  5. gegaran itu mengingatkan kita kpd Allah. mudah2an kita dilindungi Allah

    BalasPadam
  6. mmmm tu la ade bace kt paper td...kuasa Allah kan...

    BalasPadam
  7. pssss mf sgt lame x ziarah blas cni...busy :( haa jemput bace entry tbaru sy yg x seberape.. * air mata :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pee... yang penting ceria selalu.... dah baca dah entri tu.... rupanya menangis ni ada jugak kebaikannya yee...

      Padam
  8. Man... negara kita memang akan rasa gegaranya gempa bumi sebab terletak berhampiran lingkaran api pasific.

    BalasPadam
  9. Jadi, takleh dah la kita nak berlagak yang negara kita ni bebas daripada bencana gempa bumi kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab2 macam ni jangan berlagak.... banyak2 berdoa moga dijauhkan.

      Padam
  10. Moga negara kita dilindungi dari bencana alam yg macam nie....

    BalasPadam
  11. Malaysia tak terlepas dari gegaran-gegaran kecil... perkongsian yang baik kakak / abang...errr keliru la selalunya siapa yang taip entri? hihi...dah lama baru nak tanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa3x.... sebenarnya kalau nak bezakan senang jee... kalau si suami pada penghujung ayat tiada tulis "nukilan : mama sue" dan kalau isteri ada ayat tu di penghujung entri.

      p/s : biasanya gaya penulisan ada berbeza....

      Padam
  12. 31 MAC 2012 DI OFFICE SY (MELAKA) ADA TERASA GEGARAN,SAYA DAN BEBERAPA RAKAN 1 OFFICE JUGA TERASA GEGARAN TERSEBUT. BILA BERTANYAKAN KWN2 Y ADE DI MELAKA, SECARA TOTAL MENGATAKAN TIDAK RASA APA2 PON... SMPAI HARI NI, SAYA RASA PELIK...

    BalasPadam