Isnin, 12 Mac 2012

Bersyukur Dengan Limpahan Rezeki yang kita ada.....

Syukur seorang hamba ialah berterima kasih kepada Penciptanya dalam bentuk lisan, hati dan perbuatan. Bersyukur dengn lisan ialah dengan menyatakan Alhamdulillah, bersyukur dengan hati ialah perasaan mencukupi, qanaah, dan redha dengan apa yang diterima. Bersyukur dengan perbuatan ialah dengan beramal dengan apa yang disuruh Allah dan tidak menentang Allah dengan mengingkariNya. 

Haiwan pun pandai bersyukur dengan
rezeki yang ia terima.... 
Lihatlah tangannya seolah-olah menadah tangan tanda bersyukur dengan rezeki yang ia terima.... Lokasi di Atas Bukit Malawati, Kuala Selangor....


Tanda bersyukur ialah seorang itu beramal dengan apa yang disuruh Allah dengan penuh ketaatan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, “Wahai keluarga Daud, bersyukur lah kamu dengan beramal.” Sekiranya kita tidak beramal, ini menunjukkan kita tidak bersyukur kerana tidak mematuhi syariat Islam dan tidak mematuhi apa yang disuruh Allah. Tanda orang bersyukur ialah tidak meremeh (memperkecil-kecilkan) pemberian Allah, tidak bermasam muka jika mendapat rezeki atau sesuatu yang kurang dari yang diharapkan, tidak kufur ni’mat dari Allah, dan sentiasa redha dengan pemberianNya.

Dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran terdapat bukti dan keterangan bahawa Allah akan memberikan ganjaran, menambahkan dan memberi kita kurniaanNya dengan syarat kita bersyukur.

Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”

Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”

Bersabar menanti rezeki yang seterusnya....

Kalau kita sentiasa bersyukur dengan ni’mat yang diberi Allah itu, nescaya Allah akan menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedari atau tidak. Satu amalan yang baik bagi menunjukkan kita bersyukur ialah dengan melakukan sujud syukur.

Orang yang bersyukur juga tidak meninggalkan semua amalan fardhu yang disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. 



7 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Bersyukur dgn kesederhanaan yg ada...

    BalasPadam
  2. saya bersyukur dgn apa yang telah Allah berikan...biarlah bersederhana sahaja...

    BalasPadam
  3. Allah humma laka sajadtu.... teruskan sehingga fatabarokallahu ah sanul kholikin... sujud syukur selalu atas segala limpahan kurnia dariNya yg tidak terhitung oleh kita....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau di hitung memang terlalu banyak tu...

      Padam
  5. alhamduliilah..haruslah bersyukur dengan apa yang ada.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. zahirkan kesyukuran dengan berdoa...

      Padam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.