Jumaat, 23 Mac 2012

Kempen Derma Darah Di Multimedia Universiti

Selama 3 hari kempen derma darah diadakan di tempat kerja kami di Multimedia Universiti, Cyberjaya. Ok la jugak sambutannya.... ramai student dan staff menderma... sambil menderma darah sambil berbakti kepada mangsa kemalangan atau pesakit yang memerlukan nanti. Kempen ini yang dijalankan oleh Pusat Darah Negara ini merupakan acara tahunan di sini. Kami bersama rakan sekerja pun menyahut kempen menderma darah untuk kali entah dah keberapa kali dah.... best kalau derma darah ni... menyihatkan badan... .Jom kita layan suasana di sana...

Rakan sekerja kami yang mula-mula menderma darah dulu... boleh sengeh lagi masa kena cucuk dengan jarum... Sebenarnya tak de la sakit mana pun tapi tetap juga terasa semasa jarum tu di cucuk ke tangan kita.


 Selepas melihat rakan aku selamat tibalah aku mendaftarkan diri untuk menderma darah. Maka langkah pertama untuk menderma darah seperti berikut :-

1) Kita dikehendaki menjalani ujian jenis darah kita dahulu. Ini untuk menentukan jenis darah type A, B dan O. Selepas itu kita akan dapat pelekat jenis darah kita. Prosesnya hanya dengan mengambil sedikit darah dari hujung jari dan di proses.

2) Ujian pemeriksaan tekanan darah . Bila sudah berkeadaan baik barulah dia benarkan untuk menderma darah.

3) Semakan rekod menderma darah. Ini untuk menentukan bahawa sudah berapa kali kita menderma. Biasanya mereka akan lebih beri perhatian untuk mereka yang baru pertama kali ingin menderma darah.

4) Setelah selesai, kita di suruh baring dan berehat di atas kerusi sementara proses mencucuk jarum ke lengan dijalankan.


 Masa ni aku pun berbaring menanti giliran untuk di cucuk tangannya dan seterusnya dia mengeluarkan alatan baru untuk aku. Setiap penderma hanya menggunakan sekali sahaja set untuk menderma darah. Maka tiada lah risau mengenai jangkitan atau implikasi ketika menderma darah.

Proses mencucuk jarun untuk menderma darah
Proses mengeluarkan darah masuk ke dalam tiub
 yang disediakan.
Setiap penderma hanya mendermakan darah sebanyak 450ml untuk penuh satu tiub darah. Tidak la banyak mana darah yang diambil dari kita. Lepas derma darah boleh layan Pertandingan Final Piala FA Staff MMU dan syukur menjadi juara pada petang itu juga. Nanti kita bersambung mengenainya melalui entri yang akan datang. Sementara isteri aku pula pergi duduk untuk melakukan urutan refleksologi.... kaki dia selalu sakit-sakit sebab dah banyak kali terkehel sebab jatuh. Dia hendak menderma untuk pertama kali tapi aku yang tidak bagi sebab risau dia pitam dan  kebetulan kaunter pendaftaran sudah tutup.

 Selepas menderma darah maka dapatlah sijil penghargaan dan juga sedikit makanan yang disumbangkan kepada penderma darah. Memang rezeki anak-anak la jawabnya.... Mereka balik sekolah terus makan beramai 3 beradik.



20 ulasan:

  1. Sy penah nak derma darah..
    Tp tak boleh, mereka kata sy kurang darah, x layakk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena jadi dracula la lepas ni.... baru cukup darah... haaa3x

      Padam
  2. abe dah 2 kali dah derma darah ni... still darah tinggi lagi.. bila nak rendah pun tak taw

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu namanya darah tinggi bukan darah banyak... heee3x

      Padam
  3. x penah derma darah.. sy pun rasa darah sy x cukup nk didermakan.. hehe..

    BalasPadam
  4. masa studi kt UKM dulu, ada juga prgram derma darah..penah try juga..ekceli niat sebenarnya nk saguhati tu jekk..tapi bla cek2,xdpt derma sbb kurang ion..dia bgi pil suh mkn n dtg blek esknye..mmg tak dan la..huhuhu..niat tu je yg kena btl..

    BalasPadam
  5. tak penah derma darah...tapi tingin gak nak derma...hee

    BalasPadam
  6. Bagus derma darah ni, dapat nanti membantu mereka yang sangat memerlukan.

    BalasPadam
  7. sya pernah derma darah sekali ajer.. masa belaja dulu.. hehehehe

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. dia timbang berat lemak tu yg tak cukup... haa3x...

      Padam
  9. minggu lepas ada gak PDN buat kat opis... tak pergi... banyak kerja dan tak dapat cari geng yg nak derma sama2... x semangat

    BalasPadam
  10. Masa Che Mid keje dulu, tiap2 tahun PDN datang, tapi bila cek aja, Che Mid tak pernah layak. Nurse kata darah che Mid cuma cukup2 tuk badan sendiri je. kalau ambik gak, pitam la jawabnya..

    BalasPadam
  11. saya x penah derma darah..takut..huhu

    BalasPadam
  12. Tak pernah derma darah lagi.. huhu kalau derma darah kat nyamuk tu tiap2 hari ... hehe

    BalasPadam