Selasa, 27 Mac 2012

Jenayah Anai-anai Yang Membawa Padah

Hujung minggu lepas bermulanya episod ngeri kegiatan jenayah anai-anai di kediaman kami. Serangan anai-anai telah mengganas dan memerlukan pembaikan yang membabitkan kos yang tinggi. Seterusnya, bermulalah episod kami bertukang di rumah sendiri. Pada kali ini, kami hendak berkongsi mengenai serangan anai-anai ini kepada pembaca Blog Menara Kehidupan. Semoga dengan sedikit gambaran dapat di kongsi bersama untuk mencegah jenayah Anai-anai ini. Sebelum itu, mari kita berkongsi sedikit info apa yang kami fahami melalui pembacaan mengenai anai-anai yang terdapat di kebanyakan kediaman kita ini. 

Lantai dan dinding ruang makan kami yang
dalam proses menaiktaraf
Jenis Anai-anai yang mungkin terdapat di dalam kediaman anda :-

Anai-anai yang hidup di atas tanah.... 
(Tahap jenayahnya sederhana yang membawa hukuman penjara)

Anai-anai membuat tanah jajahan di dalam kayu dengan tidak ada sambungan ke tanah. Ia memerlukan kelembapan sangat sedikit dan selalunya ditemui di dalam bingkai kayu loteng atau kayu pintu tandas seperti gambar di dibawah ini. Anai-anai mendapatkan lembapan dari air dihasilkan oleh penghadaman selulosa. Koloni jajahan boleh mengandungi sehingga 2,500 anai-anai.


Anai-anai ini biasanya berwarna perang/ coklat pucat. Ia memiliki tubuh perisian dengan bentuk silinder. Semasa peringkat bersayap terdapat empat sayap-sayap sama besarnya yang melanjutkan lebih panjang daripada badan.Anai-anai ini adalah serangga sosial yang hidup dalam koloni sendiri. Koloni ini terdiri daripada raja, ratu dan tentera. Tiada kasta pekerja dalam koloni-koloni anai-anai bawah tanah.

Anai- anai yang hidup di dalam tanah.... 
( Tahap jenayahnya berat yang membawa hukuman gantung mandatori)

Anai-anai bawah tanah hidup dalam tanah-tanah jajahan bawah tanah, tetapi mampu mencapai makanan atas permukaan tanah oleh terowong-terowong bangunan yang dipanggil sebagai tabung lumpur. Ia bergantung pada lembapan untuk bertahan hidup, tidak seperti anai-anai yang memakan kayu kering yang hanya memerlukan kelembapan yang rendah. Anai-anai bawah tanah boleh menceroboh rumah-rumah melalui rekahan dalam konkrit, sehingga rumah-rumah tidak selamat.

Ketika lantai mozek kami umpil maka kelihatanlah anai-anai
 
Laluan anai-anai di bawah lantai mozek
Anai-anai yang telah bertempiaran lari
Anai-anai menyebabkan kerosakan kepada rumah-rumah pada setiap tahun dengan belanja yang tinggi dan anai-anai bawah tanah bertanggungjawab untuk majoriti kerosakan itu. Koloni-koloninya boleh mengandungi sehingga jutaan anai-anai dan lebih besar lagi daripada koloni-koloni anai-anai yang memakan kayu kering. Pekerja anai-anai ini ialah berwarna putih kuning dan tanpa sayap. Askar anai-anai mempunyai  kepala coklat dengan rahang yang panjang. Anai-anai bawah tanah mempunyai kasta pekerja, sementara anai-anai yang hidup di atas tanah tidak mempunyai kasta pekerja.

Begitulah jenayah yang telah dilakukan oleh anai-anai di rumah kami. Maka dengan rasminya si suami terpaksalah bertukang kembali (sebab nak jimat kos.... kalau upah kontraktor mahal) dan juga merupakan rahmat kepada si isteri untuk menaiktaraf lagi ruangan makan kami dengan pilihan-pilihan lantai mozek terkini untuk kami sekeluarga.... 

23 ulasan:

  1. Hahaha pandai jugak bang kaz ni buat lawak .. geli hati pulak de akta untuk jenayah anai2 ni hihi

    uuuu banyak nya anai2 .. dasyat ni .. cepat rosak rumah kalau de anai2 ..pandai jugak bang kaz ni bertukang .. hebat suami sis sue ..chayoooo chayoooooooo!!

    BalasPadam
  2. dah pindah rumah baru ke?
    anai2 perosak tu mmg menyakitkan hati... kena cegah awal utk halang anai2 merosakkan bahagian lain... seelok2nya berpakat dgn jiran sebelah menyebelah utk langkah pencegahan supaya anai2 tu takkan dtg balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum pindah lagi... ini rumah kami sekarang... dah 10 tahun kami duduk...tu la... nak pakat dengan jiran pun susah.... terpaksala pecah balik dan tanam ubat anti anai2x dalam konkrit dan lantai...

      Padam
  3. ganaz ye jenayah yang anai2 ni boleh lakukan...kene berhati2 ni...hiihiii

    BalasPadam
  4. rumah tinggi pun anak anak serang kan.. sangat jahat anak anai nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat macam mana... bangunan KLCC pun dia boleh panjattt... haaa3x

      Padam
  5. assalamualaikum...wah di bawah mozek pun anai2 ni boleh buat lalauannya kan....nasib baik pandai repair sendiri jima kosnya...:)

    BalasPadam
  6. untunglah suami pandai bertukang.. mmg menjimatkan. kalau suami x tau bertukang? dah kena upah org buatkan... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebabnya isteri banyak request.... memacam nak tukar kalau dah tak berkenan kat matanya.... haaa3x

      Padam
  7. buat sendiri memang menjimatkan! tapi saya tak reti buat mcm ni...he3

    BalasPadam
  8. Adoi tengok pun dah rasa sakit jiwa, inikan pulak tuan rumah yg menanggung..tak dapat akak bayangkan..

    Bagus buat sendiri boleh jimat, peh tu boleh tukar lantai baru, hehehe..

    BalasPadam
  9. anai2 kat rumah saya skrg bersarang dibawah pokok mata kucing. camna nk buat wahai si pakar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau jumpa laluan anai-anai kena cari sampai ke "markas" anai-anai tu kena musnahkan... ubat anai2x ada jual kat kedai hardware.

      Padam
  10. Anai2 ni bahaya tau!

    Kwan penah cerita, syiling umah dia jatuh sbab kena makn anai2

    BalasPadam
  11. Kat simen pun dia bleh buat sarang ek? Mmg patut dihukum gantung mandatori. Nasib baik le suami tu boleh buat keja2 bertukang macam ni, kalo tak duit lagi melayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Celahan konkrit pun dia boleh hidup... inikan pula dalam lantai bawah mozek.... kasi basmi sampai licinnn...

      Padam
  12. aduh bab anai2 ni yg lemah..
    pasal dia je, tak psl2 kene keluar duit kan...
    lagi bahaya kalau dia merayap kt atas bumbung....lagi byk modalnyer nak repair semua tu..huhuhu

    BalasPadam
  13. zaman kecik2 dulu buku sekolah selalu kene makan anai2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa3x.... betul2x... pernah kena juga... dulu kat kampung rumah kayu memang jadi "pot: la anai-anai tu...

      Padam
  14. terima kasih dengan perkongsian ilmu...Kancil kena belajar juga nie.

    BalasPadam
  15. anai-anai memang, dalam diam dia menganai rumah kita, sedar2 dah teruk...kenalah selalu belek2 rumah lepas ni..


    untunglah pandai buat sendiri dah jimat kos :D

    BalasPadam
  16. untuk basmi anai-anai sekitar kelantan,terengganu.
    harga berpatutan,jaminan di berikan 01133437813

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.