Selasa, 31 Januari 2012

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Subhanallah.... mari kita mendekatkan diri kepada Nya.

Terima kasih kepada rakan yang menghantar email tentang perkara ini kepada saya dan ingin dikongsikan kepada pembaca semua....



Isnin, 30 Januari 2012

Sekadar renungan untuk iktibar

Dah berhari sibuk buat report performance untuk kerja selama setahun... kira macam KRA la jugak... kalau tak buat nanti tak dapat bonos dan naik pangkat la pulak... so nak taip bebanyak pun tak sempat ... jadi kita sama-sama renungkan pengajaran dari gambar di bawah ini....





Sabtu, 28 Januari 2012

Mentarang Bakar

Jom kita layan mentarang bakar...... kat Gerai Faridah De Cook House..... kedudukan gerai di sebelah kiri bahu jalan utama Tanjung Karang Ke Sabak Bernam ..... lokasinya berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Parit 7 Sungai Hj Dorani. Sekarang ni musim mentarang so senang la nak makan mentarang ni....  Memang sedap .... mentarang bakar atau mentarang masak pedas... peerghhh... kalau bukan musim mentarang cuma yang ada gerai mentarang terbiar je kat tepi jalan tu....

Khamis, 26 Januari 2012

Keindahan Puncak Alam

Perbezaan istilah penggunaan antara Bukit dan Gunung ialah ketinggian tanah yang melebihi 650meter dari aras laut baru di panggil gunung dan jika di bawah 650meter pula di panggil bukit.

Rabu, 25 Januari 2012

Taman Desa Sri Qaseh 24/01/2012 Sekitar Perkembangan Rumah Contoh & Pembinaan

Perkembangan rumah di Taman Desa Sri Qaseh sehingga 24 Jan 2012 semasa cuti raya cina. Kami meninjau dan mengambil gambar sekitar perkembangan pembinaan. Sebelum ini kami dah datang beebrapa kali tetapi seperti tiada perubahan jadi pada kali ini kami merakamkan rumah contoh yang hampir siap. Manakala rumah kami pula sudah terhenti pembinaannya sekian lama kerana mungkin pemaju ingin menyiapkan pembinaan dinding dan bumbung di rumah lot yang lain. Dengar kata dari penyelia tapak projek mereka sudah membuat projek perumahan yang kedua berhampiran dengan taman desa sri qaseh.

Jumaat, 20 Januari 2012

Selamat Bercuti Tahun baru cina

Salam semua....

kami nak ucapkan selamat bercuti semasa hari perayaan cina... balik kampung pandu berhati-hati dan jaga kesihatan selalu..... Pastikan jarak kenderaan berada dalam keadaan selamat dan kenderaan dalam keadaan baik semasa memandu pulang ke kampung........





Khamis, 19 Januari 2012

Rabu, 18 Januari 2012

Menteri Pendidikan mengalah dengan selera makan anak anak di sekolah !!!

Hari ni kami nak bercerita mengenai anak-anak kami yang liat hendak berserapan di rumah. Sebenarnya kami cuba untuk memahami tingkah laku anak-anak apabila hendak pergi ke sekolah. Biasa la kan... mood belum betul lagi agaknya bila bangun tido... so anak2x pun mood nak serapan pun susah..... tapi sebagai ibubapa pastilah hendak beri yang terbaik untuk anak2x mereka.... Tak mahu anak2 lapar di sekolah....


Selasa, 17 Januari 2012

NGV Sistem pada Avanza

Hari ini kami ingin berkongsi mengenai penggunaan NGV dan cara sistem NGV beroperasi. Kami dah guna lama dah NGV ni dari senjak penggunaan kereta waja sehinggalah ke kereta avanza . Syukur lah dengan penjagaan yang rapi dapat juga kami sekeluarga berjimat. Dulu kita sering dengar bahawa penggunaan NGV amat bahaya dan boleh menyebabkan letupan. 

Isnin, 16 Januari 2012

Patah tumbuh hilang berganti.....

Selama 2 hari ( khamis dan Jumaat ) terasa sibuk menguruskan proses pembelian kereta Avanza Biru.... dan menguruskan pertukaran hak milik Waja WKA 4974. Dari proses jual beli, menandatangani borang penukaran nama dan sehinggalah urusan menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak bank. Sebelum itu kami sibuk menguruskan permohonan pinjaman untuk mendapatkan interest yang terendah yang boleh diberi oleh pihak bank. 
Pertama kali menaiki Avanza.

Khamis, 12 Januari 2012

Myvi Terbang


Giler dahsyat driver ni terbang.... memang sesuai dengan cogankata Air Asia " Now Everyone Can Fly"...
Tergelak je pun ada... kesian pun ada.... hairan bin ajaib...... Hari ni tak larat nak taip bebanyak cuma nak pi merayau-rayau melihat blog rakan-rakan yang baru dan lama....  bukan lah sebelum ni tak merayau tapi hari ni segala pintu... tingkap... lubang angin aku nak terjah dalam blog ngkorang semua... Hari ni MOOD nak berjalan - jalan sambil membaca dan klik iklan nuffnug ngkorang untuk isi tabung.... haaa...3x 


Jom baca cerita gambar di atas ni....


Rabu, 11 Januari 2012

Wang Kutu Adalah Dibenarkan

Aktiviti ni memang popular di kampung mahu pun di bandar- bandar. Kami juga pernah main kutu ni... Yang bestnya kalau dapat mula - mula... heee3x.... Tapi yang sebetulnya kena ada niat untuk tolong menolong... pinjam bank kena interest ( bunga )... dah jadi riba.... ni pun salah satu cara untuk menjauhi riba.... kalau nak main kutu siap kena tahu latar belakang ahli tu.... kalau musim sebelumnya dia selalu bayar lambat bulanannya terus kena blacklist dari menyertai skim kutu untuk yang seterusnya... Macam-macam hal pun ada....

Selasa, 10 Januari 2012

Cara Membuat Tuntutan Kerosakan Kenderaan di Lebuhraya PLUS

Sebenarnya kerosakan kenderaan yang kita alami di Lebuhraya PLUS boleh kita tuntut kos kerugian pada Plus jika kerosakan tersebut disebabkan oleh keadaan lebuhraya yang kita lalui. Bagi kenderaan kita yang rosak di sebabkan oleh contoh faktor berikut :-

1) Terlanggar batu .
2) Terlanggar bunga tayar celup yang sering digunakan pada lori.
3) Terlanggar paku.
4) Terlanggar haiwan melintas.
5) Dihempap pokok di hentian.
6) Dan sebagainya yang di fikirkan disebabkan oleh penggunaan lebuhraya dan di hentian.



Isnin, 9 Januari 2012

Masalah Cabel Plug pada Waja

Bila Kita nak jual kereta ni mula la dia nak "merajuk" . Ada orang kata begitu..... Tapi yang pasti tetiba kereta kami ni jalan tersenggut-senggut macam orang semput.... Bila ketika berhenti biasa je enjin ni hidup.... tapi bila masuk gear untuk berjalan dia mula terbatuk-batuk.... lepas tu siap meletop-letop pulak tu kat ekzos keter... peerghh.... jalan waktu malam pulak tu... punya la cantik api kuar kat ekzos.... macam keter autoshow main kuar api kat ekzos la pulak.... adehhhh...



Sabtu, 7 Januari 2012

Tetiba kena TAG....

Kami tetiba dapat teka-teki ni dari Blog Umi Abah yang kecil molek ni.... kiranya nama istilah dalam dunia blog ni " kena TAG " la agaknya....

Entah apa aku ni tetiba rasa bengong la pulak nak jawab soalan kat bawah ni.... Kalau nkorang boleh tolong jawab la bagi buah fikiran untuk jawapan ni... naik cair dah kepala otak ni..... susah jugak jadi otak teknikal ni... jenis pikir luruss jeee.... haaaa3x

Soalan kuiznyaaaa.......( aku copy/paste je ayat soalan sebijik macam ni dia bagi kat kami )

Soalan Kuiz berbunyi begini : http://www.emocutez.com

1. Banyak-banyak daun, daun apa cair lam air?
2. Kain apa berat didunia?
3. Air apa paling berani?
4. Sungai apa tiada air?
5. Kalau manusia jadi ikan?Ikan jadi apa?
6. Banyak-banyak bus, bus apa bijak?
7. Antara Motosikal dan kereta, mana lagi tua?
8. Mcm mana nak beza ikan betina dan ikan jantan?
9. Banyak-banyak buah, buah apa timbul lam air?
10. Ikan apa ada ketiak?
Pramugari dan Pramugara yang di TAG :http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

1. Honey
2. Asya
3. Mizs Domu
5. Eva
6. Uchi
7. Bang kazman&sis sue
8. Bang Khairul
10. AmirFX


Sehingga bertemu lagi kawan2http://www.emocutez.com .. Jawab jangan tak jawab haha. Tata ..Titi Brumm brumm 

Sila la tolong yee... bagi buah fikiran ker... buah tangan kee....haaaa3x

Jumaat, 6 Januari 2012

Taman Desa Sri Qaseh 05/01/2012 Sekitar Perkembangan Pembinaan

Nampaknya perkembangan projek perumahan ini terus berjalan dengan tertumpu pada pembinaan dinding dan bumbung rumah yang telah hampir sedikit bilangan rumahnya. Hampir keseluruhan rumah hampir siap di pasang bumbung dan dinding dan hanya beberapa unit sahaja yang tinggal masih dalam proses bumbung dan dinding.. Kerja-kerja memplaster juga tidak ketinggalan rancaknya. Begitu juga dengan pembinaan rumah contoh juga semakin menghampiri kesempurnaan. tak lama lagi kita boleh lihat rumah contoh yang di bina. Kerja mengecat dan pemasangan lantai halaman hadapan rumah juga masih berjalan. Begitulah pemerhatian pada kali ini. 


Khamis, 5 Januari 2012

Tinggal beberapa hari aku bersamanya....

WKA 4974...... Hanya tinggal beberapa hari lagi sahaja aku bersamanya.... Kenangan terindah akan tetap kami sekeluarga bawa sampai bila-bila.... Jasamu akan kami kenang buat selama-lamanya... Khidmat mu sungguh cemerlang ketika bersama kami yang sesuai dengan nama mu WAJA. Semoga Dikau berjumpa dengan tuan yang lebih baik memeliharamu selamanya......
WKA 4974

Rabu, 4 Januari 2012

Panduan Mencari Rumah Sewa

Hari ni sajer je nak berkongsi mengenai cara2x nak cari rumah sewa. Bukan apa... sekadar panduan aje yang boleh kita kongsi bersama..........

1. Carian di internet.

Byk website yg mengiklankan rumah2 untuk disewa..kebiasaannya website2 popular seperti mudah.my menjadi tumpuan..walaubagaimanapun terdapat juga website2 lain yg mengiklankan rumah utk disewa yg kekadang kita tidak temui atau sedari cthnya condo.com.my, iproperty.com dll. Laman2 web agensi hartanah juga kebiasaannya mengiklankan iklan dpd client masing2..


Selasa, 3 Januari 2012

Sambutan Tahun 2012 di Putrajaya bersama Pertunjukkan Api

Kali ini kami menyambut kedatangan tahun baru di Putrajaya sahaja. Pada kali ini di Putrajaya sambutan tahun baru di iringi oleh pertunjukkan bunga api dan juga pertunjukkan persembahan permainan api yang di persembahkan oleh kumpulan fire heater. Kumpulan ini di anggotai oleh mereka yang berumur 8 tahun ke bawah. Hebat juga persembahan mereka.... mari kita layan rakaman video dan detik-detik bergambar persembahan mereka.........



Ahad, 1 Januari 2012

Hutan Lipur Sungai Gabai

SEKILAS FAKTA.....

Lokasi : Air Terjun Sungai Gabai, Bt 21, Sungai Lui, Hulu Langat.

Keterangan : Sungai yang berasaskan Sungai Lui dan menjatuhkan terjunan air setinggi 100m ke beberapa siri kolam di kaki terjunan. Perkelahan dan perkhemahan adalah aktiviti biasa yang dilakukan oleh kebanyakan pengunjung. Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM2.00 untuk sebuah kereta dan RM1.00 untuk sebuah motosikal. Sekeping resit diberikan. Ada banyak pondok rehat yang dibina oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan. Air Sungai Congkak mengalir dari Gunung Nuang (1493 m) yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor.

Kunjungan kami sekeluarga sempat di rakam untuk menikmati keindahan Air Terjun Sungai Gabai ini.......