Rabu, 27 November 2013

Membina Taman Dari Barangan Terbuang

Alhamdulillah.... bila dah siap pindah dan renovate sikit-sikit rumah baru ni ada barangan yang berlebihan... Kalau hendak dibuang rasa sayang pula. Maka denga sedikit modal kami membeli rumput filipina dan sedikit batu sungai untuk membuat taman di hadapan rumah kami ni....

Jumaat, 15 November 2013

Teruskan Kecemerlangan Mu

Salam semua kenalan bloger... kami ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan anak2x abah dan mama dalam peperiksaan akhir tahun ini....Semoga kejayaan terus berkekalan... sekarang pun ramai yang berkongsi kegembiraan di atas kejayaan anak2x di facebook dan media maya yang lain... Jadi kami pun nak ucapkan tahniah kepada yang berjaya dan terus berusaha kepada yang kurang berjaya...

Selasa, 29 Oktober 2013

Saya Sayang Anak2 Saya



Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2...................................


Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat... Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!

Khamis, 26 September 2013

Mahligai Kami Sudah Siap Akhirnya

Syukur alhamdulillah siap juga akhirnya rumah kami ni.... dua tahun setengah kami menunggu..... Pada 21 september kami dapat kunci rumah kami.... selesai sudah penantian selama ini...


Rabu, 24 Julai 2013

Budak Nak Masuk Sekolah...

Assalamualaikum....
Diam x dia tahun depan Adam akan ke pra sekolah.... Bagi sekolah Sk Cyberjaya tarikh tutup permohonan dibuka sehingga 30/8 ni.., mama malas nak kalut2 terus siapkan borang dan segala dokumen yang diperlukan...tapi yang kelakarnya bab menangkap gambar si adam.. biasanya free style. ni nk kena gambar pasport lak.. banyak lak gayanya...
Kepada ibubapa yang mempunyai anak umur 5&6 tahun pada 2014 bolehlah pergi kesekolah untuk membuat permohonan...







Setiap hari dia bertanya bila boleh ikut along dengan kakak pi sekolah baru.... Tak sabar betul dia nak menempuh alam persekolahan...



Jumaat, 19 Julai 2013

Bayi Saya Sudah Merangkak!

Merangkak adalah cubaan pertama bayi untuk bergerak. Petunjuk jelas bayi anda sedia untuk merangkak adalah keupayaannya untuk duduk sendiri. Apabila bayi anda sedia untuk merangkak, dia berupaya untuk menolak dirinya ke kedudukan duduk.

Kadang kala anda boleh melihat bayi membuat gerakan ala komando iaitu mereka menolak diri sendiri ke hadapan menggunakan tangan, kerana otot bawah badan mereka belum kuat lagi. Bayi yang baru merangkak biasanya belajar menyeimbangkan keempat-empat anggotanya dan belajar menolak lutut untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang. Kebanyakan bayi pada usia ini sentiasa mahu berada di atas lantai.

Kita boleh meletakkan banyak objek yang menarik di atas lantai untuk membantunya merangkak. Bagaimanapun doktor kurang menyarankan ‘latihan’ untuk bayi kerana menganggap kebolehan merangkak adalah perkara semulajadi yang berlaku ketika mereka sedang bermain. Sekiranya bayi kurang selesa untuk merangkak, jangan paksa kerana matlamat utama adalah untuk berseronok dengan bayi anda bukan memaksanya merangkak.
 Ada bayi yang berguling, ada yang bergerak seperti komando dan ada juga yang mengesot. Sesiapa yang mengatakan setiap bayi mesti merangkak sebelum mereka berjalan adalah salah. Ini kerana perkembangan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ada yang belajar duduk dan mengesot sebelum mereka belajar berdiri dan terus berjalan. Bahkan ada bayi yang langsung tidak melalui tahap merangkak sebelum mereka boleh berjalan. Namun, jika bayi anda masih merangkak walaupun sudah berusia lebih 15 bulan, pastikan anda berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut. Apabila bayi anda sudah mahir merangkak, seluruh ruang tamu menjadi dunia barunya. Jadi, anda perlu pastikan keselamatan ruang tersebut kepada bayi. Elakkan sebarang objek yang boleh mendedahkan bayi kepada risiko kecederaan.

 PAMA

Jumaat, 12 Julai 2013

Adab Mandikan Bayi Baru

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1.      Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang  suam.

2.      Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3.      Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4.      Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5.      Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6.      Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7.      Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8.      Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
PAMA



Khamis, 11 Julai 2013

Syukur Dapat Rezeki

Syukur.... Dibulan puasa ni dapat satu poslaju...

Rupa2nya voucer dari aeon. Kalau anda ingin menjadi seperti saya bolehlah ker laman: Valued Opinions
Valued Opinions adalah satu perkhimatan yang memberi ganjaran kepada anda sebagai tanda penghargaan kerjasama anda mengambil bahagian dalam tinjauan penyelidikan pasaran.

Apa tunggu lagi rajin2 lah register lat laman yang diberi....



Isnin, 8 Julai 2013

akiff 6 bulan

Salam Ramadhan....
Syukur alhamdulillah ... sudah 6 bulan perjalanan hidup akiff. Diam tak diam dia dah setengah tahun lahir ke duniani... Penyeri kami sekeluarga.

Sudah mula makan... tapi baru 2 suap dah menangis..

Suka sangat naik walker.. taksanga, dah boleh depan ker belakang walaupun pertama kali naik walkerni

Beras saya sudah 6.2 kg.. sedang2 aja.


Mama saya bawa saya jumpa nurse untuk pantau kesihatan saya.. dan enjek 6 bulan..


Jumaat, 5 Julai 2013

syafiqah punya hal

Assalamualaikum semua... Salam Jumaat
Harini nak cerita pasai anak dara yang seorang.... Biasalah kalau Adam mintak sesuatu mesti kena penuhi juga permintaan.... Kali ni Adam mintak gasing beyblade....... lepas makan malam kenalah juga belikan gasing ni kat kedai permainan.... kalau tidak, tak tahan nak mendengar dia merengek.....
Nak dijadikan cerita... Syafiqah malas nak mengikut sangat, kedalam kedai mainan. Apalagi duduk diam2 dalam kereta yang berkunci...... perut kenyang... mata pun lelap.. Setelah dapat apa yang Adam idamkan... kami yang terpinga2 sbb pintu berkunci dari dalam..... semua barang ada dalam kereta..... puas jugalah di gegar, dan di jolok keretetu... namun x sedo2.. Sempatlah abah jadi Mc Giver malaysia


Ini bukanlah kali pertama tertidur dalam kereta yg terkunci dari dalam.... masa kecik dulu pun sama, siap boleh bye2 orang kat luar, padahal orang kat luar cemas sbb dia terkunci dalam kereta, meriah kut tengok orng berkerumun di luar kereta...

Sampai kesudah dia x tahu yg dia ter tidur dengan kereta terkunci dari dalam

Selasa, 18 Jun 2013

Sama tapi tak serupa

Permata hati mama, abah along dan kakak...

mana satu Adam & Akiff... cam samakan tapi tak serupa



Khamis, 13 Jun 2013

Jalan2 naik Train.

Part 2@jalan2 KL
Menyambung pejalanan berjalan2 di ibu kota, Kami menuju kebandaraya Kuala Lumpur.... memula nak shoping kat sogo tetiba dapat pulak cetusan idea nk bawak bebudak naik train LRT. Saja2 sebagai pengalaman... selalu jer tengok tapi x pernah naik bak kata Adam lah.... maka kami pun parklah kereta di Kampung Baru.... dh lama juga x naik LRT. Kami memulakan perjalanan dari kampung baru ke stesen KLCC... ha ha ha cuma satu stesen jer... syafiq & syafiqah pernah naik sewaktu berumur 2 ke 3 tahun dulu..ingat2 lupa... Adam yang beria sangat... sbb tak pernah merasai langsung....
oklah layan aktiviti beli tokan dulu... rupanya star, LRT & PUTRA dh x guna kad... kena beli token yang diuruskan oleh repidKL... tebangak jugalah nk membeli sbb dh berubah.... huh lama gila x nail LRT... hampir dekat 10 tahun... terbangak2... bila dikenang balik kelakartu.. untuk 4 orang tambang cuma RM4.. kira sesuailah sekadar nak merasai naik train....nk lalu enterance kena touch jer token...

syafiqah sedang melalui sempadan.



Sesempatnya mama amik gambar

tengok tu, seronok tul budak bedua ni naik train..
Ok lah sampai jer KLCC jum kita shooping

Masa untuk pulang.... naik tercabut kaki bila berjalan naik kenderaan awam.... tapi satu pengalaman baru untuk anak2....

Isnin, 10 Jun 2013

Jalan2 KL

Assalammualaikum...
Berakhir sudah cuti2 untuk anak2 untuk sesi penggal pertama..harini mulalah penggal ke2. Ni nk cerita pasal cuti malaysia untuk cuti sekolah yang baru saja berlalu.... Memenglah kami ni tinggal dekat dengan ibu negara tapi biasalah yag jaug buleh pergi, yang dekat belum tentu selalu kita pergi... camtu juga lah kami ke KL. Bercinta betul nk harungi jem. Jumaat lepas sempatlah mama dan abah ambil cuti sempena nak bawak anak2 berjalan2... Pusat Sains Negara jadi agenda jalan2 kali ini.

Jumaat, 7 Jun 2013

Si Kecil Meneroka Alam

Merangsang perkembangan anak-anak bukan hanya tertumpu kepada fizikalnya sahaja. Kanak-kanak cepat belajar perkara baru. Banyak yang ingin diteroka termasuk keindahan alam semula jadi.
Walaupun tidak pandai bercakap lagi tetapi bayi juga bosan jika asyik duduk di dalam rumah sahaja. Apa kata mama atau papa bawa si kecil meneroka perkara baru. Tentu seronok kan.
Aktiviti mudah ini membantu merangsang perkembangan deria bau, lihat, dengar dan sentuh mereka. Selain bagus untuk perkembangan deria, ia turut merangsang koordinasi tangan dan mata yang merupakan kemahiran yang perlu diperkembangkan.
1.      Bawa si kecil melihat pokok-pokok kecil di halaman rumah atau di taman bunga. Tunjukkan dan beritahunya, tentang pokok. Nyatakan warna pokok itu. Ia sekali gus mengajar si kecil mengenai warna. Biarkan dia menyentuh pokok itu. Jika enggan, bantunya menyentuh dan memegangnya.
2.      Sekali-sekala biarkan anak kecil anda terdedah di bawah cahaya matahari. Seeloknya pada waktu antara pukul 9.00 sehingga 10.00 pagi iaitu tidak terlalu panas. Ia juga dapat membekalkan vitamin E untuk kulitnya. Beritahu si kecil berkenaan cahaya matahari.
3.      Pilih pokok yang berbunga dan berwarna. Si kecil amat gemar kepada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ia membantu anak untuk fokus kepada objek yang dilihatnya. Biarkan dia sentuh dan bau bunga tersebut. Beritahunya tentang bunga yang berbau wangi.
4.      Si kecil selalu suka dirinya dibelai dan dimanjakan. Dakapan dan kucupan penuh kasih sayang memberikan aura positif yang membantu perkembangannya. Setelah penat berjalan dan belajar, tiba masa mama bergurau senda dengan anak. Lihat dan pandang ke wajahnya. Katakan hari ini sangat menyeronokkan kerana dapat belajar tentang alam semula jadi.

PaMa

Khamis, 6 Jun 2013

Ragam si Adam

Salam semua... dah lama sangat blog ni x berupdate, bukan yer apa.. masalah dengan sikit....upload gambar... xpelah tu cerita lainnnn. 
Nilah nk cerita pasal siapa lagi kalau budak yag aktif sangat.. pantang lepa pasti ada jer yang dia buat kerja....
nak tahu dia buat per......
v
v
v
v
v
v
v
v
abah mengundi sekali , mama mengundi sekali.... adam, mengundi 4 kali tapi Adam bukan pengundi hantu tau..... tulah ragam si Adam...
Ceria2 selalu..



Jumaat, 10 Mei 2013

Rangsangan si manja

Syukur Alhamdulillah umur akiff sudah mencecah 4 bulan. Banyak juga perubahan yang telah berlalu, apa yang dia mahu dan yang tidak. Dia juga sudah mula nak meniarap, kelakar tengok dia,berusaha untuk meniarap dan bila berjaya dia seakan terpinga2 dalam keadaan telangkup. Dah pandai bermain juga...


Isnin, 29 April 2013

Jalan2 Cari Makan Di TASIK IDAMAN


Minggu Lepas kami meraikan dapat kenaikan gaji dan sedikit bonos,  Syukur alhamdulillah.... sempatlah pi ke tasik idaman... seronok juga dengan pemandangan dan perkhidmatan yang disediakan di sana..beralamat di
44A, Jalan Idaman 84/89, Batu 26, Jalan Jenderam, 43800 Kampung Dengkil. Berdekata dengan pusat atom negara.

Sabtu, 13 April 2013

Mother Baby Kids Expo

Jumaat lepas kami anak beranak sempat  singgah di stadium Malawati Shah Alam.

Rabu, 10 April 2013

Akiff 3 bulan

Syukur Alhamdulillah genap sudah umur Akiff 3 bulan.. Macam biasalah tiap2 bulan selagi x sampai setahun kena pergi klinik.... aku semenjak adam dulu sain kontrak dengan Klinik Kesihatan Pulau Meranti..Bulan pertama aku pergi Chk Up pagi, subuh supaat aku dh tercogok depan pintu klinik... ni start dari bulan lepas aku dah pandai dah, ambil appoitmen kul 3 petang.. mmg lah panas sikit tapi x lah lama menunggu sebab habis2 tunggu pun 2 jam jerlan sbb klinik nk tutup.

Nangis dia kena cucuk

Progress
Tinggi :58 cm
Berat: 5.5 kg


Ni kalau nk dia tidur nyenyak kena bungkus camni, nanti dia tidur lama

Lain2 perkembangan dia dh mula nak bercerita...
Jum layan video Akiff


Khamis, 4 April 2013

Membina Minda Positif

Ramai orang tidak tahu begaimana menjadikan diri mereka positif dari pelbagai aspek. Saya percaya bahawa orang yang Berjaya dan bahagia bermula daripada minda yang positif. Percaya atau tidak, anda boleh menilainya. Secara logic akal, orang yang tidak positif terhadap diri adalah orang yang sering kalah sebelum berjuang. Membiarkan diri mereka hanyut. Membiarkan perasaan mengawal tindakan, membiarkan nafsu mengawal akal!. Maka jadilah mereka orang yang tidak berguna di bumi ini. Sebenarnya apa yang mengawal apa? Anda percaya bahawa saya mengatakan akal(minda) mengawal tindakan (tubuh badan)? Believe me. Percayalah!!! Bagaimana mahu membina minda yang positif? Mari kita baca petua ini.



1. Percaya kepada Allah/ Tuhan
Sebagai seorang manusia atau hamba wajib percayakan Allah ataupun tuhan. Berserah diri kepadanya. Percaya bahawa Allah telah mereka sesuatu yang lebih baik kepada kita. Janganlah berprasangka buruk terhadap Allah, nescaya Allah akan membalasnya dengan pelbagai ujian dan cubaan yang kadang- kadang manusia itu akhirnya kalah dengan diri sendiri.

2. Percaya bahawa anda boleh percaya kepada diri
Bunyinya pelik bukan? Ya anda harus percaya dahulu kepada keupayaan anda untuk percaya kepada diri. Biarlah orang lain tidak percaya. Tetapi jadikanlah anda orang yang pertama mempercayai diri anda sendiri. Susah kah? Cuba sebut anda boleh sebanyak yang mungkin. Paksa diri anda untuk percayakan diri. Anda kena ingat bahawa selagi anda tidak percaya yang ada boleh percaya diri anda tidak akan kemana-mana.

3. Ubah Penampilan Diri
Anda rasa teruk dengan penampilan anda? Tidak tahu untuk mengubahnya? Anda ada cermin? Cerminlah diri anda. Lihat diri anda selama yang mungkin. Dimana yang membuatkan anda rasa rendah diri dan tidak yakin diri. Lihat kekurangan anda sedalam- dalamnya. Lihat pula tempat lain yang anda merasakan anda bangga mempunyainya.

4. Soal Diri dengan soalan positif
Berkomunikasilah selalu dengan diri sendiri. Kadangkala manusia tidak kenal siapa diri sendirinya. Orang yang selalu berkomunikasi dengan diri sendiri adalah orang yang kenal benar dengan dirinya. Gunakan soalan- soalan yang positif kepada diri anda :
“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

5. Fokus kepada apa yang anda mahukan
Dalam dunia kita diberi pilihan. Orang tamak selalu rugi. Orang tamak juga diberi pilihan tetapi mengapa dia rugi? Sebab tindakannya salah. Dia tidak focus kepada sesuatu perkara. Umpama peribahasa yang kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Focus ini bermaksud, tetapkan matlamat anda. Berikan focus kepada apa yang kita mahukan dalam jangka pendek.

6. Carilah Ilmu Pengetahuan
Bagi membina minda yang positif anda perlulah menuntut ilmu pengetahuan. Orang yang semakin tinggi ilmunya semakin mudah untuk dia berfikiran positif. Sertailah kursus- kursus, seminar, ceramah yang berbentuk kepimpinan. Nescaya anda mampu untuk memimpin diri sendiri dan juga orang lain. Tapi apa yang penting pimpinlah diri sendiri dahulu. Tuntutlah ilmu sehingga nafas terakhir.

7. Pilihlah Kawan yang Sesuai
Kawan memainkan peranan yang sangat kuat. Kawan yang positif ialah mereka yang membawa kita ke arah kebaikan bukannya keburukan. Kawan dengan kawan yang jahat maka jahatlah anda. Kawan dengan orang yang baik maka baiklah anda. Begitu besar pengaruh seorang kawan. Orang yang positif akan mencari kawan yang boleh membawanya kearah kebaikan dan kejayaan.

8. Berikan dan buatlah yang Terbaik
Dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan, buatlah yang terbaik untuk anda, serta tawakal kepada Allah. Apa yang penting adalah dalaman dan jati diri yang kuat.

9. Memupuk sifat Sabar
Sabar itu separuh dari iman. Orang yang sabar adalah orang yang bersikap positif. Sabar memupuk seseorang itu menjadi manusia yang sempurna.


Petikan : VAT 69- Perjuangan Semalam.

Isnin, 1 April 2013

Serasi Bersama

Dalam menempuh bahtera sebuah perkahwinan umpama kita berada dalam sebuah kapal yang dikelilingi lautan yang luas....kadangkala tenang kadang kala gelora dihempas badai untuk sampai ke destinasi syurga Ilahi....


Pasangan Rabun Jauhhhhh... heee3

Rabu, 27 Mac 2013

Karenah Adam

Lagi2 Adam... hai anak mama yang sorangni.... aktif macam gasing pantang lepa.. ada saje kerjanya... dah berapa kali dapat diselamatkan rambutnya tapi kalini dah x boleh dah... mungkin ini hajat lepas sambut birthday... Beberapa kali Adam menyuarakan keinginannya...selamani mama x endahkan.... Akhirnya dia bertindak sendiri

 Muka kena marah dengan mama... buat muka seposen lak dia...

Rabu, 13 Mac 2013

Sekitar Sambutan Birthday Adam

Biarlah gambar menceritakan segalanya... semoga anak mama gembira...Sambutan bersama kawan2 taska.


Jumaat, 8 Mac 2013

Happy Birthday my sons

Salam semua...
Hampir 2 bulan mama x pegang pc... rasanya blog menara kehidupan ni pun dah berabuk dan dipenuhi sawang...... ni singgah kejap kt opis sbb nk apply cuti tuk minggu depan. Sepatutya mama dh kena kerja Hari isnin depan... tapi sbb hari selasa depan kena bawak Akiff chk up dengan Dr maka mama pun menyambug lah cuti lagi sampai selasa depan..... sebenarnya bila dh cuti lamani cam blur jer nk gi keja... hhehehe mode malas...


Hari ini dalam sejarah... sambut birthday Adam yang ke 4 tahun dan juga Birthday Akiff genaplah 2 bulan.... Happy birthday untuk anak2 mama.... Kat mana yer nk sambut birthday untuk anak bungsu Akiff dan yg x jadi bungsu mama Adam.....


Khamis, 14 Februari 2013

Paya Indah Wetland

Masa cuti raya cina yang lepas kami sekeluarga tak balik ke kampung sebab mamanya masih dalam berpantang lepas bersalin lagi. Jadi pada hari cuti yang panjang ni anak2x dah mula la boring tak kuar jenjalan... sampai satu tahap abahnya pun mengalah dan bawa la mereka semua jenjalan ke Paya Indah Wetland main basikal..


Jumaat, 1 Februari 2013

Amalan Cukur Rambut Bayi

Petang semalam Si mama telah selamat mencukur rambut baby kami sehingga licin. Hari khamis kami pilih untuk mendapat keberkatan dari amalan cukur rambut bayi ini. Amalan yang disunatkan untuk bayi yang baru lahir ini dilakukan berdasarkan hadis :

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) 

Ahad, 20 Januari 2013

Bantuan RM100 untuk setiap pelajar

Hari khamis lepas bersamaan 17 januari 2013 ada majlis penyerahan bantuan pelajar sebanyak rm100 di setiap kelas. Setiap pelajar akan menerima bantuan tersebut yang hanya boleh di tuntut oleh ibu bapa atau penjaga sahaja. Setiap ibubapa perlu mengemukankan kad pengenalan semasa ingin menuntut bantuan rm100. Syukur alhamdulillah di atas rezeki yang diterima




Rabu, 16 Januari 2013

Pusat Akuatik Darul Ehsan

Sebelum bersalin aritu sempat la juga layan anak2 yg nak mandi manda.... almaklum mereka bertiga baru dapat papan luncur baru..... bukan main semangat nak pi mandi kolam... jadi hujung minggu tahun lepas kami bawa jenjalan ke sekyen 13 Shah Alam... kira merangkap cuti krismas la... sambut kat sana yg terdapatnya Pusat Akuatik Darul Ehsan.... Perut dah sarat ni memang tak berani nak jenjalan jauh...


Isnin, 14 Januari 2013

Muhammad Akiff Izzidin

Selamat sudah si isteri bersalin.... maka lahirlah Muhammad Akiff Izzidin ke dunia ini.... Syukur kesemuanya sihat.... dalam kesibukan mengurus anak2x sekolah dan isteri yg berpantang di rumah maka si suami mengambil kesempatan yg terluang ini untuk mengupdate blog yg rasanya lama kami tinggalkan....Pada 8 Januari 2013, maka lahirlah anak ke empat kami pada pukul 11:43 pagi

Jumaat, 4 Januari 2013

Anak

Jika anak hidup dengan kritikan
Ia akan belajar untuk mengutuk..
Jika anak hidup dengan kekerasan,
Ia akan belajar untuk melawan..

Jika anak hidup dengan ejekan,
Ia akan belajar untuk menjadi pemalu..
Jika anak hidup dengan dipermalukan,
Ia akan belajar merasa bersalah...


Jika anak hidup dengan toleransi,
Ia akan belajar bersabar.
Jika anak hidup dengan dorongan,
Ia akan belajar percaya diri sendiri..


Jika anak hidup dengan pujian
Ia akan belajar untuk menghargai..
Jika anak hidup dengan tindakan yang jujur,
Ia akan belajar tentang keadilan.
Jika anak hidup dengan aman,
Ia akan belajar untuk mempercayai..


Jika anak hidup dengan persetujuan,
Ia akan belajar untuk menghargai dirinya..
Jika anak hidup dengan penerimaan dan persahabatan,
Ia akan belajar menemukan cinta sejati di muka bumi ini...


Untuk anak2ku.. Syafiq, Syafiqah dan Adam
jadilah manusia yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat....

Rabu, 2 Januari 2013

Hari Persekolahan Bermula

Hari ni mesti hari yang sibuk kepada setiap ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah.. Pagi ni kami menguruskan kemasukkan anak kami si Adam untuk mengikuti kelas tadika yang berusia 4 tahun... dalam sarat ibu mengandung si ibu menggagahkan juga untuk memberi dorongan dan semangat kepada Adam yang ingin memulakan pembelajaran di Tadika Islam Sinaran Ilmu.

Selasa, 1 Januari 2013

Sambutan Tahun Baru 2013 Di Putrajaya

Hari ni semua menyambut tahun baru 2013... semuanya mesti ada azam baru... tapi kami ingin bercerita mengenai sambutan tahun baru je...  Ok la... sebelum sampai detik 12 mlm kami dihiburkan dengan konsert persembahan artis yang di taja oleh Ambank. Punya la ramai umat manusia kat Putrajaya masa tu... kami datang ni nak layan adam tengok bunga api...