Orang Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai adat yang menjadi kebanggaan kita semua dan majlis perkahwinan pula dipenuhi dengan adat atau tradisi Melayu yang unik. Sebelum melangsungkan perkahwinan, biasanya akan dimulai dengan adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan akhirnya bersanding. Jadi kami ingin berkongsikan adat yang ada di Negeri Johor ini sepanjang majlis perkahwinan anak buah kami iaitu Aisyah dan Norislaila. Mungkin ada perbezaan sedikit jika di negeri-negeri lain.
|
Ketika majlis Bertunang Aisyah dan Norislaila |
Merisik
Adat merisik juga dikenali sebagai ‘menengok’, ‘meninjau’ atau ‘menilik’ si anak dara. Ianya bertujuan untuk memilih dan menyelidik latar belakang bakal menantu perempuan berkaitan dengan tingkah lakunya, pengetahuan agama, skill rumahtangga dan sebagainya lagi. Mengikut kata orang2 tua, jika rombongan pihak lelaki datang semasa si anak dara sedang mandi atau membasuh baju, kirenya nie petanda baik. Tetapi jika sebaliknya, jika si dara sedang memasak masa rombongan sampai, ia membawa alamat kurang baik, sebab kononnya ia petanda ‘panas’. Tapi tu sekadar pandangan yang telah menjadi sekadar cacatan sahaja. Sekarang ni semuanya telah dirancangkan dengan baik sebelum rombongan sampai.dan yang terkini biasanya merisik banyak yang telah ditinggalkan terutama pasangan yang jauh untuk menjimatkan kos.
|
Orang lain bertunang tapi orang lain yang potong |
Meminang
Dikenali juga sebagai "MENGHANTAR TANDA" . Jika si gadis belum berpunya setelah membuat risikan, adat meminang pula akan dilakukan. Tujuannya adalah untuk menyatakan hasrat anak teruna yang ingin berkahwin dengan gadis pilihannya. Biasanya rombongan meminang akan diwakili oleh mak bapak lelaki atau orang2 tua yang akan pergi ke rumah anak dara untuk meminangnya. Kalau ikut adat, suatu tempoh akan diberi kepada pihak pompuan supaya mereka boleh berbincang sesama mereka atau utk menyelidik tentang latar belakang pihak laki2 pulak.
|
Ketika menerima pinangan pada 30/07/2011 |
Sekiranya pinangan diterima, mereka akan berbincang pulak pasal tarikh nak bertunang, hantaran dan hal2 lain yg berkait dengan proses pertunangan tue…Dan seterusnya pula sebentuk cincin akan diserahkan kepada wakil pihak pompuan sebagai tanda peminangan . Mengikut kebiasaan, kenduri akan diadakan di rumah pihak perempuan. Rombongan lelaki akan membawa "TANDA" yg berupa sebentuk cincin (biasanya cincin belah rotan menjadi pilihan) untuk diberi kepada pihak perempuan.
|
Antara tetamu yang hadir dalam majlis pertunangan |
|
Tanda pertunangan dengan pemberian cincin |
Selain itu, terdapat juge beberapa barang hantaran lain yg turut diberi seperti sirih junjung, sejadah, al-Quran, alat solek dan sebagainya. Jumlah dulang hantaran biasanya dalam angka ganjil seperti 5 berbalas 7 atau 7 berbalas 9 di mana pihak perempuan akan membalas lebih sedikit daripada pihak lelaki. Pada majlis ini jugaklah wakil kedua2 belah pihak akan berbincang pasal tempoh bertunang, belaja kawin dan lain2 hal yang berkaitan.
|
Barang hantaran |
Dan yang tak bestnya, kalau tiada jodoh dan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, semua barang hantaran yang diberi dikira ‘hangus’ saje.Namun jika sebaliknya kalau pihak perempuan yang putuskan ikatan pertunangan, maka dia terpaksa mengembalikan semua barang hantaran tue sebanyak DUA KALI GANDA jumlahnya
|
Tepak Sireh.... Simbol tanda majlis peminangan |
Pernikahan
Pernikahan atau akad nikah adalah hari yang penting buat kedua-dua pengantin kerana pada majlis inilah mereka akan diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan. Pada masa nie, pengantin lelaki akan berasa begitu berdebar kerana perlu melafazkan akad nikah. Biasanya upacara akad nikah nie akan disertai dengan mas kawin, wang hantaran (atau belanja), sebentuk cincin (atau barang kemas yg lain) serta barang2 hantaran yg lain yg dibawa oleh rombongan pengantin lelaki.
|
Ketika Majlis pernikahan Aishah pada 04/11/2011 |
Pelamin ketika majlis Pernikahan
|
Ketika Majlis Pernikahan Norislaila pada 19/11/2011 |
|
Pengantin Lelaki yang tersenyum ketika pernikahan |
Selepas pengantin lelaki diijabkabul, sebentuk cincin akan disarungkan ke jari manis pengantin perempuan dalam upacara "MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG". Selesai je upacara pernikahan, kedua-dua pengantin baru nie akan bersiap sedia untuk menempuhi majlis persandingan yang gilang-gemilang.
Persandingan
|
Kami sekeluarga sibuk "rewang" . anak main laptop jee... |
|
Syafiqah jadi pemberi ole2x kepada tetamu |
Persandingan atau majlis perkahwinan nie adalah acara kemuncak di mana kedua2 pengantin akan digelar "RAJA SEHARI". Majlis bersanding dimulai dengan paluan kompang dan laungan selawat dan salam daripada rombongan pengantin lelaki yang diarak meriah ke rumah pengantin perempuan. Rombongan nie pulak akan dibalas dengan percikan air mawar dan taburan beras kunyit. Dan tak lupa juga "DUIT TOL" yang harus di bayar...peringkat duit tol ini adalah ketika sampai untuk duduk di depan pencak silat, ketika hendak masuk rumah dan di atas pelamin oleh mak andam.... bukan apa... sekadar adat untuk memeriahkan majlis... Bubuh singgit jee... bukan diorang tahu...haaa3x... Tapi dengan mak andam jangan buat hal...heee3x
|
Persandingan 2 beradik serentak pada 27/11/2011 |
|
Pasangan Ridzuan dan Norislaila |
|
Pasangan Halim dan Aisyah |
Seterusnya, pasangan Raja Sehari nie akan diraikan di atas hiasan pelamin atau lebih grand dipanggil "SINGGAHSANA". Pada masa nie lah kerlipan daripada kamera2 dan hanpon yg pelbagai jenis tak putus2 merakamkan detik2 bersejarah pengantin baru beserta dengan keluarga dan sedara mara mereka. Tak cukup bergambar di pelamin, pengantin dipelawa pulak untuk berposing di dalam kamar pengantin yg dihias indah.
|
Kek Majlis Persandingan ketika makan beradap |
|
Makan beradap di rumah penganti lelaki Ridzuan pada 28/11/2011 |
|
Kumpulan Kompang dari Taman Bendahara, Batu Pahat |
Kemudian, setelah berpenat-lelah mengadap kamera, barulah pasangan pengantin baru dijamu makan di upacara "MAKAN BERADAP". Dengan aksi malu2 kucing, pengantin perempuan akan menyuap makanan ke dalam mulut suaminya dan begitulah juga sebaliknya.Dan seterusnya pasangan pengantin akan bersalam-salaman dengan sedara mara belah lelaki dan pompuan. Begitulah serba sedikit perjalanan Alam Perkahwinan anak buah kami di Johor... kira 5 kali juga buat majlis ni... puas lah kami balik Johor selalu... heee3x..... Nama pun adat.....Tamat sudahhhh....
|
Selepas selesai Majlis Persandingan mereka... |
Kemeriahan Gambar majlis Perkahwinan ini juga boleh di layari di
Blog kakak kami di Ruziatun .Terima kasih semua...
kenduri kahwin di johor mmg ngetop...hihihi..
BalasPadamrse nye sy x penah p kendri kt johor hehehe
BalasPadamsalam Kazman,
BalasPadamKat Penang pun lebih kurang sama macam kat Johor jugak la ya....tahniah la buat kedua dua mempelai ni semoga kekal hingga ke akhir hayat...
x byk beza ngan org utagha bro
BalasPadamkak ros & khairul - nama pun adat melayu kan... kalau lari pun sikit2x je...
BalasPadambulan syurga firdaus - nanti kalau ada kesempatan boleh la tinjau2x adat di johor.... lebih kurang sama jee...
jejalan kat sini.. bestnya kenduri.. meriah betul.. terima kasih cz sudi menjenguk blog sy..:)
BalasPadamsaya berasal dari Selangor, takder pengalaman pasal adat tol nih sebab hubby pun cuma bayar tol Plus jer nak datang kat selangor masa kami kahwin dulu... seronok juga bukak kaunter tol kat perkahwinan Lela dan A'sha... dapat juga lah Syafiq, Iqa dan Adam merasa duit tol
BalasPadamadat&budaya ni lah jadikan sgt unik ;)
BalasPadamsalam kenal dari sy :)
Orang melayu mmg kaya dengan adat
BalasPadamwah syoknyer tgk gambar2 ni semua..comel pengantin...
BalasPadamadat negeri johor sikit lebih kurang dari melaka..
tapi johor lagi straight kan. :)
bagus buat kenduri kawen serentak nih..
BalasPadamboleh jimat bajet..:)
salam kunjung balas kak, menarik kan adat melayu di hari perkahwinan ni.lebih kurang sama juga di negeri yg lain. tq yer sudi singgah my blog.saya follow yer:)
BalasPadamsuka tgok org kawen. hik hik hik..
BalasPadamnak kawen jugak!!!!!!=]
BalasPadamtapi lum ada seru....
Wahhhhhhhhhhhhhhhhh best juagak majlis kat johor bnag ..meriah umi tengok ..best2 :)
BalasPadamadat tol tu..kebiasaannya dekat johor aje kan....huhu..
BalasPadamtempat lain tak jumpa lagi...
kancil ndak sempat tengok adat orang johor kahwin...hehehe...dah ramai kawan kahwin tapi ndak pernah tengok lagi
BalasPadamadat tol tu adam pun dapat.... heeee3x macam hari raya la pulak....
BalasPadamlain negeri lain adatnya kan?
BalasPadamSelamat pengantin baru kepada pasangan pengantin..
BalasPadamMeriah nampak majlis tu, mesti seronok kan..
meriahnya..
BalasPadamkuda kepang pon sm juga kn kak..hee
asyik gi umah org kawen.....kita tah bila hahahahaha
BalasPadamhttp://www.ch000tz.blogspot.com/2011/12/d-memorabilia-norgepart-ii.html
dengar habaq ada 'TOL'. Betui ka?
BalasPadamkawen izan pun ada tol2 tu sbb mak org johor hehe..
BalasPadamkompang belah2 johor pun ada tambahan alat muzik yg lain.lagi sedap dgr.hehe
heee3x... kat Johor memang terkenal dengan adat TOL dan kompang yang berbagai variasi tu.... kenkadang ikut tempat juga laa...
BalasPadammeriah nampak..
BalasPadamlama dah tak pergi kenduri kahwin..
kalau ada nak meriah lagi marhaban..mcm family belah abah nurul org johor gak..kpg melayu majidee.siap wat ngan marhaban=)
BalasPadamUnik adat kahwin orang johor, siap ada tol tu..
BalasPadamsaya pun dah jumpa org johor ..batu pahat gak area parit raja ...
BalasPadamSme je kte tnang sya org btu pahat gak parit bingan..jran prit raja..
BalasPadamAssalamualaikum, maaf nak bertanya. Saya akan bertunang dengan orang johor sabtu ni. untuk kepastian, mak die minta tepak sirih n sirih junjung. setahu saya, samada salah satu je kan?betul ke?
BalasPadambitlis
BalasPadamkastamonu
çorum
van
sakarya
0PAKOA
görüntülü
BalasPadamucretli show
JY2N
https://titandijital.com.tr/
BalasPadamyalova parça eşya taşıma
bursa parça eşya taşıma
ığdır parça eşya taşıma
bitlis parça eşya taşıma
5YC
Maraş Lojistik
BalasPadamHatay Lojistik
Tokat Lojistik
Elazığ Lojistik
Aksaray Lojistik
3WBA1D
sivas evden eve nakliyat
BalasPadamerzurum evden eve nakliyat
bitlis evden eve nakliyat
mardin evden eve nakliyat
rize evden eve nakliyat
NUCZV
3DEEB
BalasPadamreferans
7619E
BalasPadamizmir sohbet sitesi
osmaniye sesli sohbet mobil
mobil sohbet
telefonda canlı sohbet
canli sohbet bedava
düzce tamamen ücretsiz sohbet siteleri
istanbul mobil sohbet
Tunceli Canlı Sohbet Sitesi
Ankara Sesli Sohbet Sesli Chat
134EF
BalasPadamardahan bedava sohbet chat odaları
çanakkale ucretsiz sohbet
Konya Ucretsiz Sohbet
Çorum En İyi Görüntülü Sohbet Uygulaması
burdur en iyi sesli sohbet uygulamaları
Bursa Sesli Sohbet Siteleri
siirt parasız sohbet
mobil sesli sohbet
sohbet uygulamaları
2584C
BalasPadamCoin Kazma Siteleri
Bitcoin Kazanma
Onlyfans Takipçi Satın Al
Azero Coin Hangi Borsada
Meta Coin Hangi Borsada
Threads Yeniden Paylaş Satın Al
Referans Kimliği Nedir
Bee Coin Hangi Borsada
Bonk Coin Hangi Borsada
FDC7D
BalasPadamAptos Coin Hangi Borsada
Likee App Beğeni Satın Al
Snapchat Takipçi Satın Al
Mexc Borsası Güvenilir mi
Bitcoin Kazanma
Bitcoin Nasıl Kazılır
Arg Coin Hangi Borsada
Facebook Sayfa Beğeni Hilesi
Gate io Borsası Güvenilir mi
tgreghgfyhtfjnhghjm
BalasPadamشركة تسليك مجاري بالقطيف
THBTHYJ
BalasPadamشركة مكافحة النمل الابيض