Ahad, 29 Mei 2011

Mengimbau kunjungan di himpunan sejuta belia Putrajaya

Pada tarikh: 28/5/2011 di Pentas Utama, Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana, Presint 3 dengan secara rasminya YAB Perdana Menteri Malaysia merasmikan pelancaran himpunan sejuta belia. Namun kami berkunjung di karnival tersebut pada malam 27/5/2011 untuk meninjau persiapan yang akan dilakukan untuk menjayakan majlis tersebut. Pada malam tersebut kami sekeluarga berkunjung ke sana untuk memeriahkan lagi himpunan sejuta belia dan membawa anak-anak bersiar-siar menaiki bus yang disediakan dari satu pameran ke satu pameran yang lain.

Jumaat, 27 Mei 2011

Mac D.. mc'chiken mania

24-05-2011 haritu Kami Geng liga uganda telah berpakat nak makan bersama.... kebetulan ader  pulak coupon nih...

Pada mulanya rasa kesian lak pada bebudak yang nk amik periksa besok,
al maklumlah besoknya diaorang akan menghadapi peperiksaan Matematik....
Pikir punya pikir.... akhirnya bawalah juga buku Math kat sana...

HaTiKu TeRCaLaR SePeRtI Ia TeRCaLaR

Semalam merupakan hari kedua aku ber tranning..... bila waktu tengah hari aku menerima berita yang agak mengemparkan hatiku..... Kereta suamiku terchinta di Clem..... Hah ... salah tempat parking..... Mulalah aku membuka FB.... hatiku tercalar macam mana aku melihat ia tercalar.....sedih, sedih..... sampai hati dia diperlakukan sebegitu..... Kalau suamiku salah parking kereta di MMU ni nak kena rantai rimnya buatlah elok2...ini sampai calar rim kereta suamiku.....

Selasa, 24 Mei 2011

Mencari keberkatan rezeki di Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong

Kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, tempoh hari banyak memberi kita kesedaran tentang kebajikan mengenai anak-anak yatim. 
Pada petang hari ahad lepas, kami sekeluarga berjaya menjejakkan kaki ke Rumah Amal Limpahan Kasih RALK yg terletak di Puchong, Selangor. Kedatangan kami disambut mesra oleh petugas-petugas di rumah amal limpahan kasih dengan senyuman. Walaupun kami baru pertama kali berkunjung tetapi bagaikan terasa mereka telah mengenali kami 20 tahun dahulu. Ternyata mereka semua sentiasa berbesar hati dengan setiap kunjungan dan sumbangan dari mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

Jumaat, 20 Mei 2011

Gold Coast Sepang dan Pantai Bagan Lalang....Apa yang menariknya di sana???


Setelah project Gold Coast siap sepenuhnya maka Pantai Bagan Lalang pun semakin ceria dan indah. Daripada asalnya pantai ni hanyalah mempunyai insfratuktur yg terhad dan uzur menjadi salah satu pantai peranginan yg terindah di Selangor. Pasir di sepanjang pantai pun dah di tambah menjadikan pantai ini sesuai untuk bermandi manda dan kelihatan bersih.

Pantainya yg landai memang sesuai untuk seisi keluarga menikmati panorama senja yg menarik dan menenangkan hati pengunjung....

Khamis, 19 Mei 2011

Transformers 3 ni macam menarik la untuk dilayan seisi keluarga..........

Zaman Sekolah yg pernah kita tempuhi bersama....zaman rock KAPAK....

Pada masa tahun akhir 80an dan awal 90an aku masih teringat zaman pakai seluar ketat atau dipanggil slim-it pada masa itu. Habis seluar sekolah rendah dan menengah  di ubahsuai menjadi kecik macam seluar hendak berenang. Bila nak pakai seluar sekolah tu terpaksa sarungkan beg plastik nipis tu di kaki untuk memudahkan memakai seluar sekolah.

Rabu, 18 Mei 2011

Roti canai terbang ni kami dah rasa....rasa dahsyatt...harga cun....memang best....

Sepetang di putrajaya seketika waktu pulang bekerja

Langkawi Dalam Kenangan July 2010


Kunjungan kami ke Pulau Langkawi pada July 2010 memberi kami seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kami mengikuti rombongan beramai-ramai bersama rakan satu fakulti untuk menjelajah Pulau Langkawi. Pulau langkawi yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri memberi kami gambaran bahawa walaupun hanya sebuah pulau tetapi Ia memang patut untuk dilawati atau di kunjungi.

Jambatan tergantung


Kelincahan anak-anak memberi kekuatan untuk membina keluarga bahagia

Masih di dalam pencarian.....

Sehingga kini aku masih tercari2 imej yg sesuai untuk tatapan isteriku di dalam pembikinan blog ini..... Semoga isteriku tabah menanti sebuah karya yg agung untuk dipersembahkan kepada mu isteriku...

Blog ini dicipta untuk isteri tersayang

Blog ini dicipta untuk memenuhi tuntutan kehendak isteri yg ku kasihi untuk beliau memuatkan segala peristiwa yg telah dilaluinya. Memang isteriku seorang yg suka menyimpan segala yg berkaitan didalam hidupnya untuk selama-lamanya.

Bila aku tukar2 kereta pun beliau tak berkenan untuk menjual kereta yg lama dan aku rasa rumah aku pun dah macam kedai jual kereta kalau diikutkan kehendak isteriku. Barangan isteriku jua masih banyak tersimpan di rumah yg mana rumahku ini seakan2 muzium untuk menyimpan koleksi beliau...

Semoga isteriku berbahagia dengan blog ini.......

Selasa, 10 Mei 2011

Pulau Pangkor .... Kenangan yang mengusik jiwa....

Hari keluarga FOE yang disambut di Pulau Pangkor pada kali ini memberi kami suatu kenangan yang indah untuk kami sekeluarga. Persediaan yang rapi oleh rakan-rakan yang bujang memberi kami keselesaan sekeluarga.... Pekli, Hamdi, fizzy, wan dan lain-lain banyak menyumbang tenaga untuk menjayakan program kali ini...
Sepintas lalu mengenai Sejarah dan Sosio-ekonomi Pulau Pangkor
Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia. Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.  

Syafiq tersenyum girang menaiki bot

Ahad, 1 Mei 2011

Nikmat Hidup Adalah rezeki yang Tidak Ternilai oleh Nya

Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang...Ia tidak boleh di tahan oleh apa-apa tangan sekalipun......

Jika Allah ingin menghalang kebahagiaan kepada seseorang....dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.....

Jika Allah ingin uruskan urusan kita........Allah tidak akan serahkan diri kita kepada kita....Walaupun sekelip mataaa......
Jika kita kena keperitan kita sangka kita tidak dapat keluar daripadanya....Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita daripada ujian keperitannya.....
Kerana Allah boleh menunjukkan keajaiban di dalam kehidupan......Untuk mereka yang merenungi dan mensyukuri nikmat Kehidupan........