Jumaat, 30 Disember 2011

Persiapan kelengkapan Sekolah Sesi 2012

Syukur Alhamdulillah, tahun baru akan menjelma dan episod 2011 akan berakhir tidak lama lagi . Semoga tahun 2011 menjadi kenangan yang manis dalam episod hidup kita. 2012 pula yang tinggal beberapa detik lagi yang kita akan harunggi semoga menjadi lebih baik daripada yang telah kita kecapi sebelum ini.

Maka bila tahun baru, kami mempunyai anak sepasang yang akan bersekolah kenalah berdikit2 membeli keperluan anak2. Syukur anak masih bertolak ansur dalam membeli barangan sekolah. Tiidaklah memilih jenama sangat yang penting selesa dan menang memakai.  Bes sekolah kami x beli tahun ni sebab tahun lepasnya masih boleh gunakan.
 Ini pulak pakaian baru, x banyak yang kami beli sebab yang tahun lepas masih boleh digunakan. Tapi yang pasti kenalah beli serba sedikit baju baru supaya menjadi pemangkin semangat anak2 untuk melangkah ke darjah yang baru di tahun baru.
Pesanan: "Mama doakan semoga anak mama, Syafiq & Syafiqah menjadikan tahun baru lebih menyerlah pencapaian kalian di dunia dan diakhirat" . Tiada yang dipinta oleh ibu bapa melainkan  anak2 berjaya dalam hidup.Amin.

Nukilan: Mama Sue.

Khamis, 29 Disember 2011

Petronas Street Smart KLCC

Merupakan suatu pameran mengenai cara perjalanan jalan raya yang ditaja oleh PETRONAS dan
yang dikendalikan oleh Petrosains. Ia juga merupakan

• Set pameran interaktif dengan pemudahan terlibat
• Penanda isu-isu keselamatan umum lalu lintas & jalan
• Perjelasan dari sudut sains di sebalik isu-isu jalanraya
• Sasaran terutamanya pada kanak-kanak berusia 8-14 tahun, namun ia juga sesuai untuk semua peringkat umur.


Rabu, 28 Disember 2011

Taman Desa Sri Qaseh 23/12/2011 Aksesori yang akan digunakan.

Pada kali ni kami berkunjung pada waktu kerja maka dapatlah berbual dengan penyelia projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Oleh kerana hari yang nak hujan dan mengenangkan jalan masuk yang  lecak disebabkan hujan sebelumnya maka kami berbual sahaja di kontena ofis side sahaja. Sambil berbual kami diterangkan mengenai aksesori yang akan digunakan untuk perumahan ini.
Inilah gambar kepala paip dan pancur air yang akan digunakan

Selasa, 27 Disember 2011

Hutan Lipur Kancing

Sempena cuti sekolah ni kami menerima kunjungan dari ibunda dan adik beradik sebelah suami mahupun isteri untuk bergerak jenjalan semasa cuti sekolah. Masa ni la kami gunakan kesempatan untuk berkumpul bersama-sama, Kali ni kami bawa ibunda dari tanjung karang pula untuk berjalan sambil berkunjung ke majlis perkahwinan sepupu belah isteri pula. Bila ibunda hendak pergi jemputan kawin kami pun kasilah pakej perlancongan sekitak kuala lumpur ni... Kita layan gambar jeee....

Isnin, 26 Disember 2011

Santaran Ikan bakar di Tanjung Harapan Klang

Malam khamis lepas kami sekeluarga pergilah makan-makan ikan bakar di muara ikan bakar di Tanjung Harapan, Klang, Selangor. Lama dah kami sekeluarga tidak berkunjung ke sini.... rasanya lebih 3 tahun... tetiba teringin pula pergi dan anak-anak pastilah insan yang paling seronok....


Jumaat, 23 Disember 2011

Timing Belt berbanding Timing Chain


Untuk kereta toyota, nissan dan perodua sekarang ni banyak yang telah menggunakan timing chain dan sudah tidak menggunakan timing belt. Manakala kereta keluaran Proton, Honda dan kereta keluaran korea kebanyakan menggunakan timing belt.Pastinya kedua-dua teknologi ini ada kebaikan dan keburukan di antara satu sama lain. Kami ingin berkongsi dengan sedikit ilmu supaya dapat kita pertimbangkan apabila kita ingin memilih kereta suatu hari nanti. Ini juga merupakan sambungan entri yg lepas dan saya terbitkan untuk kepastian pembaca blog saya kenapa saya cari kereta avanza dan cara untuk menilai keadaan enjin kereta.


Selasa, 20 Disember 2011

Tip melihat kereta Second Hand di kedai Jual kereta

Hari ni aku melilau lagi untuk membuat proses loan bank mengenai pembelian kereta Avanza yg aku cari selama ini. Kejap hilang kejap ada je aku ni kat opis.... heeee3x.... apa2x pun nanti akan aku kongsikan apa yang perlu untuk menghadapi proses membuat loan kereta pada entri seterusnya. Setelah aku berpuas hati maka aku pun dapatla kereta yang aku dan isteri aku boleh terima seadanya... nama pun beli second pasti ada kelebihan dan kekurangan pada kereta tersebut.

Kereta Avanza

Isnin, 19 Disember 2011

Satey Kajang Hj Samuri

Kali ni kami bawa keluarga kami ke Satay Kajang Hj Samuri. Tempat yang terkenal untuk menikmati satay kajang. Kedainya pun meriah dengan kehadiran pengunjung..... Banyak barang-barang antik dijadikan display sebagai tarikan... Semuanya self service aje..... pilih ikut kemahuan sendiri.... Secucuk satay ayam atau daging berharga  80sen....Jom kita bersiar-siar sekitar kedai jualan satay Kajang  Hj Samuri.....


Sabtu, 17 Disember 2011

Cuti2 Malaysia Versi 2 2011 KLCC

Seterusnya kami bawa abang kami bersiar- siar di KLCC... Jom kita tengok apa yang ada di sana....

Berlatarbelakang Mesjid KLCC

Jumaat, 16 Disember 2011

Cuti2 Malaysia Versi 2011

Kunjungan kami di KL yang lalu telah membawa kami ker Jalan Tar aka Jalan Tungku Abdul Rahman, KLCC, Dataran Merdeka dan sempat menyinggah di Kajang untuk menjamu Sate Kajang Haji Samuri.
Disini kami rakamkan ragam2 manusia sewaktu berada Pasar Malam jalan TAR. kami siarkan kenangan bergambar kami untuk di kongsi bersama.....
Pasar Tunku Abdul Rahman

Khamis, 15 Disember 2011

Taman Desa Sri Qaseh 14/12/2011 Rumah Contoh Hampir Siap Dibina

Pada kunjngan kali ini kami dapati taman perumahan ini hampir 70% telah siap di bina atau sedang dalam pembinaan dinding dan bumbung. Manakala rumah contoh pula 80% hampir siap di bina. Lepas ini kita boleh tengok rumah contoh yang di bina di hadapan pintu masuk. Kami cuma bersiar-siar sekeliling Taman perumahan ini dan merakam perkembangan rumah yang sedang dalam proses pembinaan. Kami tidak bercerita mengenai proses pembinaan perumahan dan anda boleh merujuk pada entri kami yang telah lepas setelah melihat sejauh mana perkembangan rumah-rumah ini seperti yang tertera dalam gambar di bawah .....

Lot PT 3807 hingga PT 3816

Rabu, 14 Disember 2011

Kehebatan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur merupakan tempat yang hebat di Malaysia dan salah satunya seperti di bawah ini... heeee3x....

Selasa, 13 Disember 2011

Tahniah di atas segulung ijazah....

Pada hujung minggu yang lalu kami bercuti di Kuala Lumpur bersama keluarga yang datang dari Johor kerana menghadiri majlis convocation yg ke 11 dan mengimbil peluang berjalan2 di KL. Kami menginap di Dynasty Hotel yang telah di sponser oleh kakah Ipar kami iaitu kak Eton.  Banyak tempat yang menarik yang telah kami lawati semasa disana. Nantikan cerita2 menarik kami disana. Kami ni seumpana pemandu pelancung untuk keluarga kami.....
Sebenarnya di atas bumbung Hotel Dynasty di Kuala Lumpur ni ada swimming pool... sambail layan anak2x mandi kami snap la pemandangan Kuala Lumpur.... sambil merehatkan fikiran..... 



Isnin, 12 Disember 2011

Oh Kuala Lumpur !


Pelbagai Aktiviti yang dapat di perhatikan di Kuala Lumpur seperti penduduk dan pengunjungnya tiada masa untuk berehat. Pesat membangun sebagai ibukota negara Malaysia. Kami yang berada di atas Bangunan 29 tingkat cuba merakam penorama kesibukan Kuala Lumpur.
Senja di Kuala Lumpur


Sabtu, 10 Disember 2011

Moral punya cerita !


Kalau nkorang rujuk pada gambar ni mana yang lebih ganas moralnyaa.... Orang yang parking merata-rata atau orang yang membubuh batu-bata dengan pasu atas keter tu????


Jumaat, 9 Disember 2011

Panduan Membeli Kereta Terpakai

Hari ni nak berkongsi panduan memilih kereta terpakai pula.... Kepada yang hendak membeli kereta terpakai ni aku syerkan sedikit panduan cara kita hendak membuat pemeriksaan kereta tersebut. Semoga dengan sedikit sebanyak dapat membantu pembaca menilai sendiri kereta yang hendak dibeli nanti....

Antara koleksi kereta aku yang tinggal kenangan

Rabu, 7 Disember 2011

Panduan Menilai Susut Harga Kereta Terpakai

Dah 4 hari aku servey avanza second..... punya la merayau sampai lama tak update blog. Bukan apa... sekarang ni Avanza second hand dah murah sebab Toyota nak kuarkan Avanza Model baru.... So bila aku dah servey ni area Selangor dan Kuala Lumpur bayaran bulanannya pun hanya lebih kurang RM400 je dah boleh dapat dah...Biasa la.. apa-apa jenama keter pun begitu ... Jika model baru kuar maka model yang lama akan jatuh harganya.... Kereta Waja aku pun sementara masih ada harga mulalah aku gatal tangan nak menukar kereta... heeee3x....Sementara Loan Avanza masih tinggi manakala pasaran kereta pula dah jatuh maka kebanyakkan kedai use car banyak memberi Avanza second hand dengan "0"  Downpayment untuk clear stok. 
Avanza Model 2012

Isnin, 5 Disember 2011

Alahai Anak2 Mama...

Assalammualaikum semua....
Sudah lama mama x bersiaran disini,  hanya menokok tambah sikit tulisan abah jer.... dan abahnya pula sibuk dengan cari keter avanza dia jee...

Harini mama nak bercerita pasal anak mama.... harta apalah yang adah didunia ini yang paling bernilai melainkan anak2. Maklumlah di akhirat nantipun bekalan yang kita ada hanyalah amalan kita sewaktu hidup, banyakkah amalan kita ye..... moga segala amalan kita diterima oleh Allah Azza Wajalla. Anak yang soleh yang mendoakan ibu bapanya dan ilmu yang disampaikan kepada orang lain yang di praktikkan dan sedekah amal jariah sewaktu kita hidup....kalau kita x mampu bersedekah dengan wang ringgit atau tenaga, senyum juga merupakan sedekah...

Sabtu, 3 Disember 2011

Adat Perkahwinan di Johor


Orang Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai adat yang menjadi kebanggaan kita semua dan majlis perkahwinan pula dipenuhi dengan adat atau tradisi Melayu yang unik. Sebelum melangsungkan perkahwinan, biasanya akan dimulai dengan adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan akhirnya bersanding. Jadi kami ingin berkongsikan adat yang ada di Negeri Johor ini sepanjang majlis perkahwinan anak buah kami iaitu Aisyah dan Norislaila. Mungkin ada perbezaan sedikit jika di negeri-negeri lain.

Ketika majlis Bertunang Aisyah dan Norislaila

Khamis, 1 Disember 2011

Nostalgia Mee Sipot @ Mee Sanggul

Pagi ni aku tetiba teringat makanan yang amat popular masa zaman aku sekolah dahulu. Namanya mee sipot... tapi aku tak tahu naper di panggil mee sipot... nak kata rupa macam sipot pun tak de tapi itulah namanya mee sipot... Dulu beli mee ni 5sen - 10sen jee satu gelung yang besar tahap tapak tangan ni... Rasanya ranggup dan di layan dengan sambal ikan bilis. Rasa dia perrghh... sedap tahap menjilat jari... Kira zaman sekarang ni macam anak-anak makan snek mamee la kot....

Mee Sipot

Biasanya aku beli mee sipot ni dalam plastik dan ketika rehat petang dekat sekolah agama. Dulu aku beli ni aku renyukkan dalam plastik dan biarkan sambal tu sebati sekejap... sampai macam kembang sikit mee tu.... pas tu baru makan.... peerghh... makin pedas makin sedap wooo... Lagi satu menu kegemaran ialah Tempe Goreng .... dan Kacang Goreng... semuanya dijual dalam plastik dan di bubuh sambal ikan bilis... punyalah kecur bila teringatkan makanan waktu rehat di sekolah agama dulu.... simple tapi sedapppp dan berkhasiatt...

Tempe Goreng
 Sekali kunyah tu bunyi krapp-krupp-krap-krupp... memang syok habis.... Sekali jatuh kena baju sekolah agama aku terus merah sambal tu kekal sampai mak aku basuh... heee3x... penat mak kena sental tanggalkan kesan sambal yang dah kering tu... Dulu mana ada mesen basuh... Gitulah kenangan aku dengan Mee Sipot ni... sebab makanan ni dah jarang jumpa.... balik Batu Pahat baru ada....