Kira entri ni macam sesi luahan pendapat aku jugak la... Statistik dari Plus menyatakan faktor kecuaian manusia dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya kemalangan kenderaan berat di lebuh raya PLUS pada tahun 2007. Berdasarkan kajian oleh Jabatan Keselamatan Trafik PLUS, 38 peratus kemalangan kenderaan berat berpunca daripada pemandu yang mengantuk, manakala 33.4 peratus pula melibatkan pemandu yang memandu terlalu laju. 14 peratus kemalangan pula disumbangkan oleh pemandu yang hilang kawalan ke atas kenderaan mereka.7.7 peratus dan 5.8 peratus pula berpunca daripada masalah teknikal seperti kegagalan brek dan tayar pecah atau pancit.
Daripada fakta ini boleh kita simpulkan bahawa penyumbang utama kejadian kemalangan ini adalah dari :-
1) Memandu dalam keadaan Mengantuk - 38 %
2) Memandu dalam keadaan Laju - 33.4 %
3) Pemandu Hilang Kawalan - 14 %
4) Masalah Teknikal pada Kenderaan - 7.7 %
5) Masalah Tayar pada Kenderaan - 5.8 %
Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai punca-punca kemalangan yang berlaku di Highway. Walaupun statistik adalah untuk kenderaan berat tetapi faktornya hampir serupa. Semoga sedikit sebanyak boleh kita manfaatkan bersama.