Untuk kereta toyota, nissan dan perodua sekarang ni banyak yang telah menggunakan timing chain dan sudah tidak menggunakan timing belt. Manakala kereta keluaran Proton, Honda dan kereta keluaran korea kebanyakan menggunakan timing belt.Pastinya kedua-dua teknologi ini ada kebaikan dan keburukan di antara satu sama lain. Kami ingin berkongsi dengan sedikit ilmu supaya dapat kita pertimbangkan apabila kita ingin memilih kereta suatu hari nanti. Ini juga merupakan sambungan entri yg lepas dan saya terbitkan untuk kepastian pembaca blog saya kenapa saya cari kereta avanza dan cara untuk menilai keadaan enjin kereta.
Kebaikan timing chain berbanding timing belt ialah ia :
1) lebih lasak dan tidak mudah putus, ( Jika ia sudah sampai tahap untuk menukar ia akan berbunyi seperti rantai longgar ketika enjin beroperasi dalam keadaan RPM bawah 1500.) . Jika timing belt, ia mudah putus jika sudah sampai tahapnya dan ini pasti akan membabitkan kos yang besar untuk memperbaiki enjin kenderaan tersebut.
2) Jangkahayatnya juga lebih lama. Biasanya jangka hayat timing chain boleh mencecah sehingga 400 000 KM dan untuk timing belt hanya 80 000KM ke 100 000KM. Namun timing chain perlu di laras setiap 100 000KM atau apabila ia telah kehilangan kuasa dan berbunyi.
3) Timing chain memerlukan tensioner dan apabila digunakan dan memerlukan tapak penyenyap, tetapi kebanyakkannya menggabungkan kedua - duanya sekali. Jadi dua tensioner/tapak penyenyap digunakan...
4)Timing chain biasanya boleh dipercayai dan hanya memerlukan pemeriksaan yang kerap. Kebanyakkan ECU moden berkebolehan mencari masalah timing chain yang meningkatkan kebolehpercayaan terhadap keseluruhan sistem. Timing chain biasanya diletakkan didalam penutup enjin dan sentiasa dilincirkan.Timing chain tidak merengang tetapi akan haus pada satu ketika.
Keburukan Timing chain berbanding Timing belt :
1) Ia mengurangkan kecekapan enjin berbanding penggunaan timing belt kerana sifat berat dan daya geseran yang tinggi.. Rantai biasanya lebih berat dan memerlukan struktur sokongan yang lebih kuat. Dalam sesetengah kes, rantai menegang apabila sampai satu ketika dan menjadikan tensioner cepat berbulu. Bunyi enjin juga akan jadi tidak menentu.
2) Kos penukarannya jauh lebih mahal berbanding timing belt.
3) Timing chain mudah berbunyi seperti rantai longgar dan timing belt jauh lebih senyap
4) Timing belt yang lebih ringan hanya memerlukan sokongan yang biasa berbanding timing chain.
Timing belt tidak memerlukan tapak penyenyap seperti timing chain.Enjin boleh ke RPM yang tinggi tanpa perlu bimbang tentang momentum rantai yang berlebihan.
.
5) Memerlukan pelinciran seperti timing chain.Timing belt akan meregang sedikit tetapi tidaklah sehingga menyebabkan timing drift.Timing belt mengurangkan kehilangan tenaga akibat geseran tali sawat kerana mempunyai lebih kawasan sentuhan.
6) Penggantian timing belt lebih mudah dan senang berbanding timing chain.
Hanya sedikit tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan tali sawat yang ringan berbanding rantai yang lebih berat sekaligus mengurangkan penggunaan petrol.
waaaaa..cuba nak faham apa itu timing chain n belt...huhu
BalasPadamfaham juga tp lebih banyak tak faham..huuu
kalau owang pompuan pasal enjin nih memang hancuss...huhu
BalasPadamwahh baru tahu pasal timing chain...
BalasPadamp/s: terima kasih!
tu la... pada kami ni yg sering berjalan jauh dan suka melancong kami pilih enjin yg guna timing chain... kalau tak setahun lebih atau dua tahun dah nak tukar timing belt jeee... heee3x ... ikut kesesuaian pengguna...
BalasPadamMyvi sy ada mcm bunyi bisingla masa start enjin..myb timing chain ke?brape kos nk ketatkan?
BalasPadaminformation yg diberikan memang berguna n mudah difahami..thanks bebanyak..kawan nk pi tukar timing belt da expired da ni huhuhuhuh
BalasPadamsy nur,, Sya nk tny , berapa harga kalau timing belt ditukar?
BalasPadamBergantung pd kenderaan anda
Padamsaya nak tanya timing chain kalau nak tukar perlu ke turun enjin ataupun tak perlu..ada saje tnye kos tukar timing chain kt sorang pomen ni ,dia kate 2k kos ,btol ke tu ,musykill
BalasPadamKalau pasang timing chain tak betul timing tingi rendah tak tentu ke?
BalasPadamAxia saya kalau start enjin ada bunyi kriuk2 tp lps jalan jerr takda bunyi, itu masalah timing chain kh atau sebaliknya????
BalasPadamTiming chain kalau start enjin memang camtu bunyi dia. Bila dah jalan takda masalah pun kecuali masa jalan ada bunyi baru kena check timing chain tu.
Padam