Ramai orang tidak tahu begaimana menjadikan
diri mereka positif dari pelbagai aspek. Saya percaya bahawa orang yang
Berjaya dan bahagia bermula daripada minda yang positif. Percaya atau
tidak, anda boleh menilainya. Secara
logic akal, orang yang tidak positif terhadap diri adalah orang yang
sering kalah sebelum berjuang. Membiarkan diri mereka hanyut. Membiarkan
perasaan mengawal tindakan, membiarkan nafsu mengawal akal!. Maka
jadilah mereka orang yang tidak berguna di bumi ini. Sebenarnya apa yang
mengawal apa? Anda percaya bahawa saya mengatakan akal(minda) mengawal
tindakan (tubuh badan)? Believe me. Percayalah!!! Bagaimana mahu membina
minda yang positif? Mari kita baca petua ini.
1. Percaya kepada Allah/ Tuhan
Sebagai seorang manusia atau hamba wajib percayakan Allah ataupun
tuhan. Berserah diri kepadanya. Percaya bahawa Allah telah mereka
sesuatu yang lebih baik kepada kita. Janganlah berprasangka buruk
terhadap Allah, nescaya Allah akan membalasnya dengan pelbagai ujian dan
cubaan yang kadang- kadang manusia itu akhirnya kalah dengan diri
sendiri.
2. Percaya bahawa anda boleh percaya kepada diri
Bunyinya pelik bukan? Ya anda harus percaya dahulu kepada keupayaan anda
untuk percaya kepada diri. Biarlah orang lain tidak percaya. Tetapi
jadikanlah anda orang yang pertama mempercayai diri anda sendiri. Susah
kah? Cuba sebut anda boleh sebanyak yang mungkin. Paksa diri anda untuk
percayakan diri. Anda kena ingat bahawa selagi anda tidak percaya yang
ada boleh percaya diri anda tidak akan kemana-mana.
3. Ubah Penampilan Diri
Anda rasa teruk dengan penampilan anda? Tidak tahu untuk mengubahnya?
Anda ada cermin? Cerminlah diri anda. Lihat diri anda selama yang
mungkin. Dimana yang membuatkan anda rasa rendah diri dan tidak yakin
diri. Lihat kekurangan anda sedalam- dalamnya. Lihat pula tempat lain
yang anda merasakan anda bangga mempunyainya.
4. Soal Diri dengan soalan positif
Berkomunikasilah selalu dengan diri sendiri. Kadangkala manusia tidak
kenal siapa diri sendirinya. Orang yang selalu berkomunikasi dengan diri
sendiri adalah orang yang kenal benar dengan dirinya. Gunakan soalan-
soalan yang positif kepada diri anda :
“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”
5. Fokus kepada apa yang anda mahukan
Dalam dunia kita diberi pilihan. Orang tamak selalu rugi. Orang tamak
juga diberi pilihan tetapi mengapa dia rugi? Sebab tindakannya salah.
Dia tidak focus kepada sesuatu perkara. Umpama peribahasa yang kejar tak
dapat, yang dikendong berciciran. Focus ini bermaksud, tetapkan
matlamat anda. Berikan focus kepada apa yang kita mahukan dalam jangka
pendek.
6. Carilah Ilmu Pengetahuan
Bagi membina minda yang
positif anda perlulah menuntut ilmu pengetahuan. Orang yang semakin
tinggi ilmunya semakin mudah untuk dia berfikiran positif. Sertailah
kursus- kursus, seminar, ceramah yang berbentuk kepimpinan. Nescaya anda
mampu untuk memimpin diri sendiri dan juga orang lain. Tapi apa yang
penting pimpinlah diri sendiri dahulu. Tuntutlah ilmu sehingga nafas
terakhir.
7. Pilihlah Kawan yang Sesuai
Kawan memainkan
peranan yang sangat kuat. Kawan yang positif ialah mereka yang membawa
kita ke arah kebaikan bukannya keburukan. Kawan dengan kawan yang jahat
maka jahatlah anda. Kawan dengan orang yang baik maka baiklah anda.
Begitu besar pengaruh seorang kawan. Orang yang positif akan mencari
kawan yang boleh membawanya kearah kebaikan dan kejayaan.
8. Berikan dan buatlah yang Terbaik
Dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan, buatlah yang terbaik
untuk anda, serta tawakal kepada Allah. Apa yang penting adalah dalaman
dan jati diri yang kuat.
9. Memupuk sifat Sabar
Sabar itu
separuh dari iman. Orang yang sabar adalah orang yang bersikap positif.
Sabar memupuk seseorang itu menjadi manusia yang sempurna.
Petikan : VAT 69- Perjuangan Semalam.
thanks for sharing.... sentiasa berusaha utk berminda positif... w/pun kekdg ter muncul juga aura negatif tu...
BalasPadammemang selalu kena +ve.
BalasPadamPerkongsian yg amat berguna,thanks....
BalasPadamtp yg pertama tu ramai org skip... sbb tu selalu negatif (failed)
BalasPadamInsya Allah, harapnya boleh sentiasa jadi positif...
BalasPadamwaa perkongsian yang bagus ni, moga sama2 mendapat manafaatnya.
BalasPadamtq, suka sgt baca. saya mmg setiap hari kalau boleh nak yg positif2 sahaja..tapi kita mmg kena mencari bukan menunggu sahaja, utk majukan diri sendiri mmg diri sendiri yg kena bertindak.tq
BalasPadamno 1 yg paling penting kan
BalasPadamtq for sharing..sbg motivasi buat diri sndiri
BalasPadammotivated ni...
BalasPadam