Hari ini kami ingin berkongsi mengenai penggunaan NGV dan cara sistem NGV beroperasi. Kami dah guna lama dah NGV ni dari senjak penggunaan kereta waja sehinggalah ke kereta avanza . Syukur lah dengan penjagaan yang rapi dapat juga kami sekeluarga berjimat. Dulu kita sering dengar bahawa penggunaan NGV amat bahaya dan boleh menyebabkan letupan.
Sebenarnya.... setiap kes kejadian letupan yang disebabkan NGV adalah disebabkan penggunaan peralatan yang tidak betul ( jangan guna TONG GAS DAPUR seperti kejadian di melaka dan TONG NGV yang DISAMBUNG seperti kejadian di Kuala Lumpur ) dan tidak penepati piawaian yang telah ditetapkan. Sebenarnya penggunaan NGV adalah jauh lebih selamat berbanding Petrol kerana kejadian letupan NGV yang dilaporkan bukanlah disebabkan oleh NGV itu sendiri tetapi kerana TEKANAN yang tinggi pada gas tersebut.
Bagaimana NGV berfungsi ?
1. Gas asli dimampatkan dan dimasukan ke dalam kenderaan melalui injap pengisi gas asli (bekas).
2. Ia mengalir ke dalam silinder tekanan tinggi yang terletak di dalam atau di bawah kenderaan.
3. Dalam NGV, pemilihan bahan api di papan pemuka ( SELECTOR SWITCH AND FUEL INDICATOR ) membenarkan pemilihan gas asli atau petrol untuk bertindak sebagai bahan api untuk kenderaan. NGV khususnya beroperasi semata-mata hanya penggunaan gas asli.
4. Apabila gas asli diperlukan oleh enjin, ia dibekalkan dari silinder dan melalui injap master manual tertutup ( MASTER SHUT-OFF VALVE ).
5. Gas asli akan melalui paip bahan api tekanan tinggi dan memasuki ke dalam regulator.
6. Gas asli masuk ke pengawal selia ( REGULATOR ), yang mengurangkan tekanan daripada 2500 psi kepada tekanan atmosfera yang berhampiran.
7. Injap solenoid gas asli membolehkan gas asli melalui daripada pengawal selia ke pencampuran gas (mixer) atau penyuntik bahan api gas asli. ( ia mematikan gas asli apabila enjin tidak berjalan atau apabila, dalam hal kenderaan ketika petrol dipilih).
8. Dalam gas NGV bahan api semulajadi yang bercampur dengan udara mengalir melalui karburetor petrol atau sistem suntikan bahan api ( injection ) dan memasuki kebuk pembakaran enjin. Dalam keadaan gas NGV yang beroperasi disuntik ke dalam kebuk pembakaran enjin melalui penyuntik semulajadi yang direka khas untuk bahan api gas asli.
Tong NGV ... Barang letak atas tong je la jawabnya.... |
9. Dalam penggunaa mode NGV, apabila pemandu memilih gas, sistem petrol konvensional tidak diaktifkan dan sistem gas asli secara automatik disalurkan.
Pengendalian pemanduan NGV
Penggunaan NGV adalah sangat menjimatkan dan dengan isian RM9 NGV anda boleh berjalan sejauh 193.4Km... Manakala penggunaan petrol pula dengan pengisian tangki sebanyak RM10 boleh berjalan sejauh 60 - 70Km sahaja. Cuma kelemahan penggunaan NGV ni tentulah ruang barangan terhad dan service enjin yang kena kerap untuk memastikan sistem enjin berfungsi dengan baik.
Begitu juga dengan pick up kenderaan menjadi kurang berbanding pernggunaan petrol tapi masalah pickup akan dapat di atasi dengan cara pemanduan kerana apabila kita memerlukan pickup pada masa-masa tertentu maka:
1) Kita hanya tukar mode NGV ke PETROL dengan hanya menukar sekali picit pada "selector switch" sahaja... atau
2) Untuk kenderaan yang menggunakan gear Auto Avanza hanya memerlukan butang OD "over drive" sahaja.
Begitu juga dengan pick up kenderaan menjadi kurang berbanding pernggunaan petrol tapi masalah pickup akan dapat di atasi dengan cara pemanduan kerana apabila kita memerlukan pickup pada masa-masa tertentu maka:
1) Kita hanya tukar mode NGV ke PETROL dengan hanya menukar sekali picit pada "selector switch" sahaja... atau
2) Untuk kenderaan yang menggunakan gear Auto Avanza hanya memerlukan butang OD "over drive" sahaja.
Bila sudah biasa maka tiada lagi masalah tiada pickup pada NGV.....
tq 4 the info...
BalasPadamterfikir gak mcmana tong NGV tu diletakkan..
secara jujur, dulu saya ingat ibarat menempah maut bila "tong gas" dalam kereta..
baru tau lebih selamat dari petrol
ha'ah... jimat lagi menjimatkan....
Padambetul kena selalu service..kalau tidak enjin tak berapa ok..persona kami guna kan NGV sejak thun lepas..memang menjimmatkan..
BalasPadamharga service sama je dengan masa pakai petrol cuma minyak enjin je lain ... kena pakai minyak enjin NGV petronas... itu lebih baik dari minyak enjin biasa.... enjin lebih sejuk dan tahan lama.
Padamkalau sarawak ada ngv kan bagos...
BalasPadamkena minta dengan kerajaan tu... heee3x
Padamserawak dalam proses pemasangan saluran Gas.. dari sabah ke serawak... maybe taklama lagi ada
Padamya betul... bagus la kalau wakil rakyat si petly ni dah bersuara....
PadamAaaaaaa .. bestnya kalau ada ngv .. umi baru tahu tentang benda ni bang ..sis ..jimat kan ..waaa
BalasPadamtu la umi... jimat tapi kat sana tak de yee...
Padamtapi guna ngv mmg btul2 jimatkan=)sukerlah ngan avanza baru nie.mmg lawoo
BalasPadamkami pun suka yang avanza baru tu... tapi masih gigil nak beli.... pakai yg second je la dulu... heee3x...
Padamlagi menjimatkan...tapi makan ruang..yang kecik tak de ke??hihi..
BalasPadamtong kecik ada... tapi jarak perjalanan pendek la sikit...
Padambaru tahu pasal NGV.. nice sharing... tula xnk guna NGV sbb dgr mcm2 yg x elok.. tp kalo jimat kira baguslah kan.. :)
BalasPadamha'ah... memang jimat dan selamat...
Padamterima kasih atas info yg menarik ni en. kazman... terima kasih juga keran sudi singgah ke blog saya....
BalasPadamsama-sama kita berkongsi ilmu...
Padamwahh..beli keta baru ehh?? mengidam lak ngn avanza neh..huhuhuhu
BalasPadaminsyallah akan tercapai dengan kereta yang diminati nanti... aminnnn
Padammmg jimat dan berbaloi!
BalasPadamnanti kami berjimat boleh pergi melancong ke jepun... aminnnn
Padammai la penang naik keta baru bro ..ngv ..sep minyak kan hehe
BalasPadaminsyallah kawan.... kalau turun aku ajak hang mengeteh kat atas jembatan pulau pinang weiii... haaa3x
Padamsebenarnyer toyota semuanyer terbaik ! ~ =)
BalasPadamyaa betul... harganya pun baikkk jugeee... haaa3x
Padamoooo, macam tu yaa.. saya baru tahu pasal info ni.. mesti jimat kan..
BalasPadamp/s: tahnx sudi singga dan folo blog saya.. salam ukhuwah
sama la kami disini... salam ukhuwah juga dari kami...
PadamNGV mmg jimat.. bayangkan pi balik penang dari KL cuma RM 38... lagi mahal bayar tol wooo
BalasPadamhaaa3x.... memang terbaeekk....
PadamKancil tahu ia menjimatkan..bilalah sampai ke Sabah
BalasPadamtak lama lagi la tu sampai sabah nanti... sama2x kita dapat berjimat mengurangkan kos subsidi minyak yg ditanggung kerajaan... heee3x
Padamassalam kazman & sue..ramai org kata ngv ni memang jimat..tapi boot mama sentiasa penuh brg2 jadi buat masa ni terpaksa tangguhkan hasrat nak pakai ngv tu..apapun thanks atas info ni..
BalasPadamtak pe ... selagi kita selesa dengan kenderaan kita pun dah bersyukur....
Padamwahhh dah dpt ea avanza..heee
BalasPadamdah dahhh.... syukur.... terus pusing satu selangor... haa3x
PadamTak sabar nak tunggu hari jumaat, nak test drive kereta baru....
BalasPadamtest... jangan tak test.... tapi exora lagi mantap la kakkk.... haaa3x
Padamkami xda kereta, so, kami tataw sangat la pasal ngv ka apa ka. sedekahkan kete untuk kami sebijik, insyallah jasamu dikenang..kihkihkih
BalasPadamkami sedekahkan doa supaya cepat dapat kerja terus boleh beli keter... aminnnnn....
PadamSalam Kazman & Sue,
BalasPadamBaru hari ni Kak Ros tau semuanya pasai penggunaan ngv ni....memang menjimatkan....terima kasih Kazman...info yang sangat baik...
ye kak ros.... sama2x la kerkongsi... kami pun suka berkongsi menu resepi makanan akak tu.... haaa3x
PadamHarga kos dan pemasangan utk avanza brapa?
BalasPadamharga NGV siap pasang dari RM2300.... mengikut size tong dan jenis alatan NGV seperti mixer atau Sequential... kalau Tong NGV besar maka makin tinggi la harganya... begitu juga kalau menggunakan sequential lagi mahal berbanding dengan mixer.... apa2x pun lebih baik guna mixer sebab harganya murah dan senang untuk diselengarakan.... Sequential ni yg lebih cuma pickup jee... tapi nak maintanance leceh kalau poket tak tebal...
Padamberapa liter saiz tong ngv?
BalasPadamsaya punya tong NGV 65Liter... boleh pergi sejauh 230KM kalau highway dgn tekanan masa isi 250 kalau tak silap... kalau tekanan takat 200 aje boleh pergi 190Km aje laa...
Padamada masalah enjin sepanjang penggunaan nya...dengar kata enjin kering?,minta maklumat
BalasPadamsalam.. ingat nnt nk beli gak la avanza ni.. err.. brapa harga kos pasang ngv utk avanza ni ek?
BalasPadamAkum,
BalasPadamabg semasa menggunakan ngv pada avanza ada tak masalah seperti lampu "check engine "(gambar engine pada meter) menyala dan sebgai nya... kalau ada bagaimana masalah itu diselesaikan...?
aman subang.
lampu check engine tu kalau menyala kemungkinan besar sensor ada masalah... atau tunning enjin ada masalah... kena bawa pi bengkel tu dan mungkin crankshaft sensor ada masalah... yg baiknya buka dan cuci dulu sensor tu... kalau ok dah tak yah tukar dah... jimat....
PadamTerima kasih bro Azman, kemarin sy dah pi check dekat produa... scan tengok apa yg rosak...depa kata Fuel Pressure sensor.. tapi bukan rosak..ini mungkin..signal keliru diterima ECU.(ohm Injector tak cukup ).reset balik dan ok... tp masalah ni mungkin berulang lg... lepasni kena main cabut bateri la pula...
PadamBengkel yg pasang lg haru.. waktu seblum pasang semua ok boleh pakai.. bila jadi maslah..dia cakap memang semua mcm tu.kalau pakai mixer.. kena kita..
Bro azman masih pakai ngv mixer samapai sekarang?
aman,