Ahad, 1 Januari 2012

Hutan Lipur Sungai Gabai

SEKILAS FAKTA.....

Lokasi : Air Terjun Sungai Gabai, Bt 21, Sungai Lui, Hulu Langat.

Keterangan : Sungai yang berasaskan Sungai Lui dan menjatuhkan terjunan air setinggi 100m ke beberapa siri kolam di kaki terjunan. Perkelahan dan perkhemahan adalah aktiviti biasa yang dilakukan oleh kebanyakan pengunjung. Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM2.00 untuk sebuah kereta dan RM1.00 untuk sebuah motosikal. Sekeping resit diberikan. Ada banyak pondok rehat yang dibina oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan. Air Sungai Congkak mengalir dari Gunung Nuang (1493 m) yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor.

Kunjungan kami sekeluarga sempat di rakam untuk menikmati keindahan Air Terjun Sungai Gabai ini.......



Kita layan video menikmati keseronokan bermandi manda di sini....


Kami juga merakamkan detik-detik keseronokan berendam dan menikmati keindahan rimba alam semula jadi di Air Terjun Sungai Gabai....







































3 ulasan:

  1. nampak bersih kawasan air terjun

    BalasPadam
  2. lawonya air terjun..mesti sejuk sangatkan??lama dah tak g air terjun..sejuk sejuk..

    BalasPadam
  3. memang syok berendam.... apatah lagi kawasan yang bersih....

    BalasPadam