Rabu, 4 Januari 2012

Panduan Mencari Rumah Sewa

Hari ni sajer je nak berkongsi mengenai cara2x nak cari rumah sewa. Bukan apa... sekadar panduan aje yang boleh kita kongsi bersama..........

1. Carian di internet.

Byk website yg mengiklankan rumah2 untuk disewa..kebiasaannya website2 popular seperti mudah.my menjadi tumpuan..walaubagaimanapun terdapat juga website2 lain yg mengiklankan rumah utk disewa yg kekadang kita tidak temui atau sedari cthnya condo.com.my, iproperty.com dll. Laman2 web agensi hartanah juga kebiasaannya mengiklankan iklan dpd client masing2..




Apabila membuat carian di engine carian, gunakan operator2 yg boleh membantu mendapatkan hasil carian yg lebih khusus dan spesifik cthnya, gunakan katakunci "rumah sewa salak tinggi" (dengan tanda " ") menghasilkan hasil carian yang mempunyai setiap perkataan dalam tanda ". Boleh juga gunakan tanda + atau - contohnya" rumah sewa salak +tinggi -selatan akan berikan hasil carian tanpa perkataan selatan.

2. Survey fizikal

Cara yang paling berbaloi & mendatangkan hasil masih lagi cara tradisional iaitu carian secara fizikal di kawasan yang dah didiami..Sungguhpun, iklan melalui medium internet memainkan peranan utama pada masa kini, namun tidak dapat disangkal masih ramai lagi rakyat malaysia yang tidak menggunakan kemudahan internet untuk mencari penyewa..disinilah peluang anda..


Dalam survey yang anda lakukan, anda mungkin akan bernasib baik menemui rumah yang digantung dengan papan UNTUK DISEWA di pintu pagar rumah..jikapun anda tidak menemui dengan rumah denganpepantanda berkenaan, anda akan menemui rumah-rumah yang nampak seperti tiada penghuni dan anda berpuas hati dengan keadaan rumah berkenaan.

Nah, sekarang anda hanya perlu berusaha sedikit untuk mengenali bakal jiran anda. Ketuk atau berilah salam kepada jiran bersebelahan rumah berkenaan dan dapatkan maklumat berkenaan rumah tersebut. Dapatkan no. telefon pemilik dan sebolehnya tanyakan keadaan rumah berkenaan berapa lamakah ianya tidak dihuni dan jika ada sebarang masalah fizikal dalam rumah berkenaan. Kebiasaannya jiran tidak lokek untuk membantu dan akan gembira apabila mengetahui ada orang yang berminat untuk menduduki rumah bersebelahan yang kosong.

JIka anda gagal mendapatkan contact no. melalui jiran, cuba intai bil di dalam peti surat, jika bil tertunggak tidak banyak, anda boleh proceed dengan menggunakan nama pemilik pada bill untuk membuat cross check dengan buku panduan telefon/internet..jika anda dapati bill tertunggak banyak, nasihat saya lupakan rumah berkenaan kerana besar kemungkinan rumah berkenaan tidak terjaga dan bakal mendatangkan masalah pula kepada anda nanti.

Kebaikan anda menggunakan cara ini adalah, selain melihat sendiri kawasan kejiranan & keadaan fizikal rumah, kebiasannya melalui cara ini, anda akan menemui rumah yang disewa dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Kesimpulannya melalui cara ini, kadangkala terdapat tuan rumah yang tidak ambil tahu berkenaan rental value sebenar sesuatu kawasan. Ini berlaku terutamanya jika tuan rumah tidak tinggal di kawasan berkenaan. Amat beruntung jika anda menemui tuan rumah seperti ni dalam pencarian anda.


3. Carian melalui rumah untuk dijual


Kadang kala kita kerap kali menemui iklan rumah untuk dijual, tetapi amat jarang2 pula iklan rumah untuk disewa. Kebiasaannya proses jual beli rumah mengambil masa sehingga 4 - 6 bulan terutama bagi rumah yang berstatus 'pajakan'.

Oleh itu, disini terdapat ruang untuk kita menyewa rumah yang diiklankan untuk dijual sekurang-kurangnya untuk jangkamasa pendek.

Selain itu, kadangkala terdapat pemilik rumah yang meletakkan harga yang agak tinggi dpd market value sehingga menyebabkan kesukaran mencari pembeli, jadi anda boleh menawarkan diri untuk menyewa rumah berkenaan sehingga pemilik menemui propect buyer.

4. Bergaul dengan penduduk di kejiranan

Cuba sekali sekala bergaul dengan penduduk di kawasan berkenaan. Cara yang paling mudah bagi komuniti melayu sudah tentunya melalui solat jemaah di masjid/surau. Tanya-tanyakan pada jemaah disitu sesudah solat. Kebiasannya komuniti penduduk/ajk surau sesuatu kawasan lebih mengetahui jika terdapat rumah yang hendak disewa.


5. Carian melalui JK Penduduk/JMB Apartmen.

Bagi rumah apartmen/flat kebiasaanya mempunyai pejabat urusan masing2. Cuba ke pejabat urusan dan tanyakan jika terdapat rumah yang hendak disewakan.

6. Ejen hartanah

Cara ini juga boleh digunakan. Tetapi kebiasannya ejem hartanah mengenakan caj 1 bulan sewa kepada tuan rumah jika berjaya mendapatkan penyewa. Oleh itu, terdapat sesetengah pemilik rumah yang tidak mahu menggunakan khidmat ejen. Tetapi kebaikan menggunakan ejen hartanah adalah biasanya terdapat perjanjian tenancy agreement yang akan melindungi hak penyewa dan pemilik rumah.

Begitulah serba sedikit panduan untuk mencari rumah sewa. Semoga dapat di manfaatkan bersama.....


5 ulasan:

  1. kazman..saya ni dah 11 kali duk menyewa..hihi
    setiap kali berpindah, berdoa pada Allah..diberikan jiran yang baik. Krn jiran juga, sebab kita ke ayurga@neraka..

    BalasPadam
  2. jazakumullah...tq atas info berguna ini

    BalasPadam
  3. jazakumullah...tq atas info berguna ini

    BalasPadam
  4. terbaik bro! may peace and blessing of Allah be upon u...

    BalasPadam