Isnin, 16 Januari 2012

Patah tumbuh hilang berganti.....

Selama 2 hari ( khamis dan Jumaat ) terasa sibuk menguruskan proses pembelian kereta Avanza Biru.... dan menguruskan pertukaran hak milik Waja WKA 4974. Dari proses jual beli, menandatangani borang penukaran nama dan sehinggalah urusan menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak bank. Sebelum itu kami sibuk menguruskan permohonan pinjaman untuk mendapatkan interest yang terendah yang boleh diberi oleh pihak bank. 
Pertama kali menaiki Avanza.

Waja WKA 4974 di pagi hari terakhir bersamanya.
Akhirnya kami dapat juga pinjaman dengan interest 3.86% yang ditawarkan oleh Public Bank. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar dari mula sehinggalah ke saat akhir... Tetiba terasa sayu untuk meninggalkan WKA 4974 berlalu pergi.... Namun setelah menatap Avanza Biru...  hati kami sekeluarga melonjak gembira kembali. Untuk keselesaan anak - anak kami korbankan keselesaan kami bersama Waja.

Waja ketika detik-detik penyerahan

Selepas kami menukar rim antara Waja dan Avanza

Setelah siap pertukaran spot rim.
Avanza bersama Spot rim kesayangan.
Seronok dapat tukar rim.
Paling seronok tentulah anak2x kami kerana dapat baring sorang satu barisan kerusi dengan selesa... Perjalanan yang kami lalui sejauh 700KM membongkar segala rahsia Avanza ini. Dengan jarak perjalanan first owner hanya 57183 Km sahaja memang kami rasakan seakan kereta baru lagi. Bau aircondnya juga seperti kereta baru.... Kesejukkan aircond ternyata berbaloi sekali..... Kemerduan deruman enjin Avanza ini memang memikat hati kami. Masih lembut dan senyap bunyi enjinnya....
Setelah kami berjalan menguji avanza sejauh hampir
 700km untuk  5 hari...



Namun apabila Syafiq bangun dari tidur di lokasi seat penumpang paling belakang dalam perjalanan kami menguji kenderaan ini tetiba dia berkata "mama... kenapa kepala along pening???... " Kami hanya mampu tergelak kecil sebab kami juga merasakan kereta avanza ini seperti berbuai berbanding kereta Waja. Kereta Waja jauh lebih selesa suspensionnya....



Namun Selepas kami memasang tong NGV di bahagian belakang barulah lantunan di bahagian belakang berkurangan kerana berat Tong NGV sebanyak 51.5 Kg  telah mengimbangi berat keseluruhan Avanza ni. Depan berat disebabkan enjin dan bahagian belakang disebabkan Tong NGV.  Maka anak2x selesa dan kami juga selesa membayar NGV....  dengan hanya RM7 ringgit kami boleh jalan sejauh 193.4 Km.... jimat kan.... berbanding dengan menbayar petrol sebanyak RM10 hanya boleh berjalan sejauh 60Km - 70Km sahaja....



35 ulasan:

  1. wah best nye!!dah dapat kereta baru...

    BalasPadam
  2. waaa bagusnya ..tip memilih kereta dari blog bang kaz n sis pun bagus jugak .. hrmm umi memahami persaan abang yang sayangkan waja ..terasa die hidup kan? hrmmm

    tapi betul juga kata abnag ..demi keselesaan anak2 .. terpaksa buat mcm tu ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayang juga dgn waja tapi avanza lagi sayang... haaa3x

      Padam
  3. wow trus tukar sport rim, bez nya....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tukar dengan rim waja jee... mintak tukar sebab rim tu kami baru beli dan bunga tayar pun tebal lagi... sayang tu... haaa3x

      Padam
  4. tahniah..selesa dah balik bt pahat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee3x.... selesa untuk anak2 ketika jalan jauh...

      Padam
  5. o.k tu............:)

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. tengah semangat.... heee3x... kejap lagi parking je la kat rumah...

      Padam
  7. wahh bagusnya sangat jimat...selamat berbakti avanza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa... pakai NGV jimat 3 kali ganda berbanding petrol...

      Padam
  8. Kereta baru, semangat pun baru. Cuti CNY ni, mesti pi jejalan bawa family...

    Cangrats sedara atas rezeki baru tu...

    BalasPadam
  9. Uih... besar gajah tong NGV. Kalo nak bawak ramai2 lagi, dgn barang2 penuh susah la kan? Tapi mmg jimat gila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaa3x... memang beso pun... tu yg letak beg sekolah anak2x atas tong je... tapi keternya terus mantapp... baru kurang melambung duduk belakang.. heee3x

      Padam
  10. teringin gak nak pakai avanza...
    aritu dah pegi tgk...
    klu ada rezeki, nak amik gak la sebijik :)

    BalasPadam
  11. wah..NGV belum ada lagi di Sabah...huhuhu

    BalasPadam
  12. wah beshnya.. cantik avanza biru.. ceria..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga sentiasa ceria jugaa... pas ni balik johor 15 hinggit dah sampai dahhh....

      Padam
  13. Dah ada ngv tu memang jimat sangatkan. Cuma tempat menyimpan barang jadi berkurangan la pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang begitu la kak kalau pakai NGV.... tapi minyak jimat....heee3x

      Padam
  14. berapa umur kereta ni?? kaler cantik...
    jimat sgt NGV... tp takut susah dpt bekalan luar bandar + berat sikit... apa pun leh la enjoy ngan avanza tu... terutaman musim2 cuti panjang akan datang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang sepanjang highway dah banyak stesen NGV petronas... tak risau dah... cuma belah pantai timur je yang kurang dan sabah serta serawak tak de lagi.

      Padam
    2. Harga x mahal.. almaklumlah 2nd bawah 35ribu jer..

      Padam
  15. Balasan
    1. kak... tunggu raya cina... Irul balik kampung kita jenjalan sama....

      Padam
  16. wahh seronoknya dapat keta baru..ada bau kedai nie=)bolehlah muat ramaikan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. bau kedai dah sepoi-sepoi jee.. penumpang je bertambah 2 seat... heee3x

      Padam
  17. Irul abang kata keta baru g GENTING yok!

    BalasPadam
  18. Salam Kazman & Sue,

    Wah....bestnya Kazman tukar kereta baru....nanti boleh la mai makan angin kat Penang...

    BalasPadam
  19. Salam, bro.. Just nak tanya, tong ngv tu muat2 ke belakang seat tu.. Ke kena adjust seat belakang tu..

    BalasPadam