Khamis, 22 Mac 2012

Panduan Mengapa Air Bateri mudah kering

Dalam segmen entri Kejuruteraan kali ini saya hendak berkongsi mengapa air bateri mudah kering atau habis... Pagi semalam tetiba saya dapat call dari kawan sekerja yang mengalami masalah enjin tidak dapat dihidupkan. Apabila saya periksa mendapati air baterinya telah kering. Ini kerana Air yang terdapat di dalam bateri amat penting untuk penggunaan sehari - harian kenderaan kita. Jika air bateri telah kering akan mengakibatkan enjin kenderaan kita tidak dapat di hidupkan atau berfungsi seperti biasa. Jika kita menggunakan bateri sel  kering maka kita terhindar dari masalah ini.


Pada kali ini saya nak berkongsi tip-tip mengapa air bateri boleh kering dalam bateri kenderaan. Rupa bateri yang telah kekeringan air adalah seperti gambar di bawah ini. Kita akan dapati paras air yang terlalu rendah berbanding plat sel bateri itu.

Air Bateri boleh kering disebabkan oleh :-

1) Penggunaan kenderaan untuk jalan jauh yang melebihi 3 jam perjalanan dengan kelajuan purata 90km sejam dan keatas.

 Ini kerana plat sel bateri akan aktif untuk menyimpan cas elektrik yang banyak dari penghasilan cas elektrik dari alternator.  Apabila plat sel bateri aktif maka akan menghasilkan gas yang terhasil dari tindakbalas air bateri pada plat sel bateri. Maka air akan berkurangan kerana air tersebut telah bertukar dalam bentuk gas.

2) Penggunaan air yang tidak mengikut piawaian air bateri.

Yang ini saya syorkan beli air bateri di stesen minyak yang berhampiran. Sebenarnya saya lebih menggalakkan air bateri di beli di stesen minyak kerana kesahihan barangan dari pengeluar. Risau beli kat kedai sparepart kerana takut terbeli air bateri tiruan. Air bateri ni biasanya mempunyai sifat neutral pH 7 iaitu bersamaal air suling. Selepas di cas ia akan bersifat asid.

3) Penggunaan peranti elektrik yang banyak di dalam kenderaan.

Jika kita telah menambah Subwoofer audio, lampu spotlight dan lain-lain juga akan menyebabkan penggunaan  kapasiti elektrik yang banyak dan ini akan menyebabkan air bateri juga mudah kering.

4) Jumlap Plat bateri yang sedikit dan tidak bermutu tinggi.

Kalau kita membeli bateri pastikan kita tahu ada berapa plat bateri di dalamnya. Biasanya pengeluar bateri akan menyatakan berapa jumlah plat yang terdapat seperti 11 atau 13 plat. Jika plat yang banyak pasti harganya juga mahal dari yang 11 plat. Namun ia lebih tahan lama dan air bateri juga tahan lebih lama.

5) Kebocoran pada bateri

Kebocoran pada bateri boleh berlaku disebabkan keretakan atau penutup bateri yang rosak. Lagi satu ... jangan mengisi air bateri melebihi paras yang di syorkan. Ini akan menyebabkan gas dan cecair bateri terkeluar dan meruap. Perkara yang lebih teruk lagi menyebabkan bateri mengalami keretakan. Ini juga akan menyebabkan kerosakan kekal pada body kenderaan dan kepala penyambungan bateri



Sekian dahulu untuk segmen kejuruteraan kali ini. Penjagaan itu lebih baik dari membaiki....


23 ulasan:

  1. info menarik... tapi dah lama pakai bateri kering.. kesnya malas nak tukar air bateri.hehe nanti kering

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu....satu tindakan yang bijak.... haaa3x...

      Padam
  2. saya baru je tukar bateri baru-baru ni sebab dekat kepalanya bocor... habis rm195

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo.... sebenarnya ketahanan bateri keluaran sekarang ni macam ada rendah sikit... dulu pakai 3 tahun pun tahan.... la ni pakai setahun lebih dah kong...

      Padam
  3. gud info.. kitaorg lak lg suka guna bateri kering.. x yah riso pasal tambah2 air nih.. hehe..

    BalasPadam
  4. Info yang menarik bang ..betul2 ..berjaga2 sebelum rosak .. mari kita sahut seruan abng kaz n sis ..hip hip hurayyy

    BalasPadam
  5. agak2 dry cell bateri leh thn brapa lama ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau bateri sel kering ni 2 tahun boleh tahan... ikut millage jugak dalam 8o ribu km...

      Padam
  6. Baru terkena.. tau-tau je kereta Ria Che Mid bau terbakar dan bau hangit. Rupanya fius terbakar sbb bateri kering... nasib baik tak jalan jauh masa tu..

    BalasPadam
  7. Bagus maklumat ni. Yang air suling tu sama kan dengan air wap kalo kita masak nasik kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah betul tu... kot kalau nak kumpul pun boleh... cuma larat ke tidak nak menunggunya... heee3x....

      Padam
  8. Bgus info. Sy lgla x tau pape pasal repair ni, kalo kete rosak, diam2 jela pgil mechanic...hejhe

    BalasPadam
  9. terima kasih en kazman sudi jawan dan jawapnnya adalah betul...

    BalasPadam
  10. thanks kongsi info.. slama ni sy hanya tahu bwk je... adus...

    BalasPadam
  11. wah menarik info ni...
    kalo x. sy mmg xtau lgsung psl kreta..tau naik je

    BalasPadam
  12. wahhh bagus info neh terutaman driver2 wanita spti sya.. haha

    BalasPadam
  13. salam kenal juga dari ieda ..
    saya kalau bab kereta nie malas nak amik tahu huhuh
    bukan ape .. dah banyak yg kena amik tahu
    soo bab2 kereta diselesaikan oleh hubby
    kalau jadi ape2 memang hubby lah amik port huhuh

    BalasPadam
  14. Informasi yg sangat menarik & berguna untuk akak. Dah 16 tahun pakai keta ni, akak la yg dok tambah ayaq bateri keta tu sendiri. Arwah bapak akak yg tunjuk camana nak buat masa dia masih ada dulu & lepas tu akak buat sendiri jalah. Bateri yg tak payah tambah ayaq tu pun akak pernah guna tapi huihhh, udahla mahai, pendek pulak umoq dia. Terima kasih ya, Kazman/Sue :)

    BalasPadam
  15. aku plak start beli keta tahun 2006 sampai sekarang x penah ganti bateri...cuma selalu tgk paras airnya...huhu

    BalasPadam
  16. Mcm mn nak tengok paras air dia ye? Bla tgok pras air yg suda tertera, mcm ok sj...

    BalasPadam
  17. Kalau terlebih tambah air bateri kena sedut keluar semula ke macam mana

    BalasPadam