Lama dah tak Update entri ni tapi bukan bermakna saya tidak mengunjungi taman ini untuk melihat perkembbangan rumah ini. Tiap2x minggu saya tengok. Lagi seronok datang waktu mereka bekerja . Pada kunjungan semalam lebih kurang pukul 2 petang kami berbual-bual dengan En. Jef sebagai penyelia pembinaan dan seorang lagi penyelia berbangsa cina (lupa namanya) iaitu penyelia bahagian bekalan bahan binaan di Taman Perumahan Desa Sri Qaseh ini. Seronok la juga bila dapat tahu perkembangan perumahan kita ni yang hampir hendak siap ni... dapat la kami berjumpa dengan penyelia -penyelia di tapak pembinaan ini.
Semalam ada berbual mengenai pilihan warna untuk rumah kita ni... Saya ada berbual mengenai pilihan warna rumah ini dan menyatakan kalau padangan saya adalah suka pada warna kelabu dan yang ke dua pilihan saya warna hijau ... Yang warna Oren tu saya macam tak berapa setuju sebab warnanya macam terlalu ceria!!!.... Tapi itu hanya pandangan saya semasa berbual.... Tak silap saya Jumaat ni En. Jef akan meeting dan akan pilih ikut warna mana yang dirasakan sesuai.Gambar seperti di bawah ini... yang pertama ni warnanya kelabu....
|
Warna Kelabu |
|
Warna Hijau |
|
Warna Oren |
Ini pula rumput yang telah di tanam di halaman rumah kita.... nampaknya tak yah la lagi kita nak keluarkan modal untuk buat landskap bahagian hadapan rumah.... Beli rumah dah siap terus duduk aje....
Ini pula gambar peralatan yang akan di pasang pada rumah kita nanti... seronok la juga meninjau sambil berbual dengan En. Jef ni... Semua dia terangkan panjang lebar.... Apa yang kita rasa tak berpuas hati dia akan ambil note untuk diperbaiki.....
|
Tandas bilik hadapan |
|
Sinki dapur |
|
Tandas dapur belakang |
|
Suis lampu |
Selepas itu saya meninjau la rumah saya dan memberi tahu mengenai masalah tembok rumah kami yang condong akibat mendapan . Saya bagi tahu En.Jef, kemungkinan masa ikat bata ni di buat pada waktu hujan dan struktur tanah masih lembut maka berlaku lah mendapan yang menyebabkan tembok ini condong. Syukur alhamdulillah En. Jef akan bawa ke meeting mingguannya untuk mengantikan tembok baru. Rasa hampa tu pun terus hilang.....
|
Retakan pada lantai yang di sebabkan oleh mendapan
tanah yang di tambak belum betul-betul mampat dan
di tambah lagi dengan cuaca hujan ketika pembinaan. |
|
Kedudukan tembok yang condong |
|
Kesan retakan yang ketara |
|
Ni pula finishing sudut plaster yang tidak
berapa baik dan akan di perelokkan lagi
selepas ini..... |
Ingat nak snap gambar lagi semalam... tetiba bateri pulak habis .... aduh... sempat ambik beberapa gambar kat rumah kami tu yang tembok condong .... jadilah jugak... kalau tak balik tangan kosong la... nak cerita tak de gambar mesti tak syok kan... Semoga ceria selalu bakal jiran2x kami semua....
P/S : Pokok durian sebatang tu macam dah nak berbuah laa........
Dah lama En Kazman & Kak Sue tak update blog ni...kami pun sentiasa tgk blog ni...so hari ni saya tgk ade perubahan di blog..2 minggu sudah saya pg tgk tapak rmh ni..masa tu takda lagi apa2 kat toilet dan singki..warna rumah pun tak nmpk lg masa tu...anyway Tq update this blog for All.
BalasPadamsorry lambat... sebelum ni datang mereka banyak buat longkang dan tembok... jadi saya selit dalam entri yg lepas aje... bila ada topik baru saya updatekan... Terima kasih kerana berkongsi blog...
Padamseronoknya dapat tengok rumah sendiri... saya tak tau lagi bila boleh beli rumah...huhuhu
BalasPadamYey! Yey! Rumah dia dah siap. Seronok nak pindah umah baru kan?
BalasPadamseronok tu sudah pastinya... heee3x tapi kena tengok selalu sebab kalau ada apa2x nanti senang nak rujuk...
Padamalhmdulillah..bagus en kazman pantau keadaan pembinaan..harap rumah kita semua tak banyak kerosakanla..amin..
PadamYey! Mesti seronok nak pindah umah baru.
BalasPadamBagus jugak boleh pi bincang2 & bagitau apa yg tak kena masa rumah masih dalam proses pembinaan macam ni kan, alhamdulillah.
BalasPadamTerima kasih sudi ke blog akak :)
Baca skali lagi. Warna rumah tu buat warna putih dgn kelabu la. kak. Senang sket nanti nak cat baru dah takyah coating. Heheh. Cdgn je.
BalasPadamSya suka warna kelabu tu.. hehehe Alhamdulillah saya dah dapat kunci rumah.. :)
BalasPadamwaaa.... tak sabar nak masuk rumah ni...
BalasPadamyg tensen bila ada byk problem ... mcm retak... bocor dsb...
waa. rumah abru. huu. nak naik rumah nt pnggil la L tau. huuu
BalasPadamjom tambah ilmu sikit..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html
kelabu cantik..hee..:)
BalasPadambagusla ada penyelia y amik berat n blh terima pandangan pembeli..sbb pembeli mmg berhak kan..
begitulah hendaknyaaa....
PadamAssalamualaikum..
PadamKaler kelabu tu mcm gelap sgt la plak...kalu semua rumah kaler kelabu tu nmpk x ceria la taman kita tu nanti.. masuk mcm mendung jer. kalau boleh dapat kaler kelabu yg lembut skit.. terima kasih en kazman dan selamt berjiran
wow cantiknya
BalasPadamsalam perkenalan sis
erm... rumah baru eh. cantik!
BalasPadamassalamualaikum...wah oren color blog ni mengancam...:)
BalasPadamtembok condong = menara condong.. mana tau boleh jadi sejarah nanti hehe gurau je
BalasPadambila dah dpt kunci nanti cek betul2 keseluruhan rumah..takut2 ada yg x ikut spec sptmana dlm S & P...sbb biasanya kontraktor akan bgi tempoh 1 @ 2 bulan utk defect of work..utk kita komplen..
BalasPadamselamat menduduki rumahku syurgaku...
Sronok tgk rumah kita nk siapkan...lgla teruja nkdudukn..sy suka umah warna kelabu, ctik
BalasPadamcomelnyer.. msti x sabar nk deko2 rmh ni kan
BalasPadamuda suka warna kelabu..cantik
BalasPadamsuka warna kelabu gak...x sabarnye nak duduk rumah sendiri
BalasPadamwarna hijau tu memang cantik.. lembut & tenang je..
BalasPadamSalam.. pendapat saya kalo dpt warna kelabu yang cerah sikit lagi cantik.. senang nak padankan dgn tile porch..hehe
BalasPadamtuan, mohoh inform kalau ada2 projek baru ye
BalasPadamok... insyallah...
Padamtq enkazman update dsq..pernah tak tnya supervisor kenapa dapur xde tingkap?? kalau2 ada ke site nnt mnta enkazman tlg tanyakan ttg tingkap@edaran udara kt ruang dapur kita tuu?!! TQ.
BalasPadamsaya pernah tanay dan yang itu tak boleh ubah sebab dan design plan macam tu yg diluluskan... rasanya cermin yg atas pintu dapur nanti kita kena tukar yg pakai bingkai boleh buka tu....
Padam