Jumaat, 11 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 10/05/2012 Pembinaan Acuan Lantai Parkir Hadapan Rumah

Semalam kami datang untuk melihat kemajuan projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Syukur dah banyak yang hampir siap rumahnya... Semua gambar ini merupakan proses untuk membina acuan pada lantai parkir di hadapan rumah kita. Banyak jugak rumah yang dah di buatnya dan proses untuk menyiapkan satu2x rumah pun memakan masa sehingga 4 jam jika cuaca panas dan tidak hujan.... Jom kita lihat proses bergambar yang mereka lakukan....


Berbalik pada tajuk kali ini kami nak berkongsi mengenai proses membuat acuan parkir ini kepada pembaca semua. Nampak senang tapi memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi untuk membuatnya. Biasanya selepas lantai konkrit telah siap dibina maka di permukaan atas lantai konkrit inilah akan dibina Acuan parkir yang sekali imbas kita akan melihat seakan2x susunan mozek lantai. Kos untuk membuat ini sahaja bagi setiap rumah tidak kurang daripada RM700 ( Menuruk kata sub kontraktor tersebut ) . Jadi kalau sub kontraktor ini dapat membuat 88 lot maka keseluruhan pembinaan ini di Taman Desa Sri Qaseh ini menelan belanja tidak kurang daripada RM 61,600.00. Itu tidak termasuk lagi kos pembinaan lantai konkrit, proses memampat tanah, tembok dan pagar untuk pembinaan ruang parkir hadapan rumah sahaja.

Proses meratakan simen kelabu yang telah ditabur

Proses menabur simen merah
Proses menabur simen hitam di tepi lantai dan meratakan
simen merah yg dilakukan oleh 2 pekerja ini..


Proses membuat garisan di sempadan lantai

Meratakan pula simen hitan di setiap tepi lantai.

Inilah acuan parkir yang akan ditekap di atas simen
yang hampir kering setelah dilicinkan seperti proses
di atas untuk menghasilkan corak lantai
yang cantik dan menarik seakan-akan lantai mozek.

Setelah siap proses acuan maka ditabur kembali dengan
sedikit simen kelabu dan di  lindung oleh kemah untuk
mengelakkan sebarang objek jatuh, embun atau hujan ketika
 menunggu lantai ini kering sepenuhnya

Pekerja seramai 8 orang yang terdiri dari warga bangladesh
menyiapkan kerja-kerja membina parkir lantai
di Taman Desa Sri Qaseh ini.
Begitulah serba sedikit proses membuat acuan parking di halaman rumah dan mereka biasanya hanya dapat buat 4 hingga 6 bijik rumah untuk sehari bergantung kepada keadaan cuaca. Sub kontraktor ini juga ada membuat kerja ini di Rawang dan Shah Alam dan pekerja syarikat ini berpecah mengikut kawasan.



15 ulasan:

  1. Kat area mana ni Kazman/Sue,cantik rumahnya..

    BalasPadam
  2. wahh..tak lama lgi bole duduk la umah ne yee..

    BalasPadam
  3. Simen merah tu memang ada yer. Saya ingatkan org cat kaler merah. patut la kaler tak luntur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah... kalau cat warna boleh tanggal atau luntur...

      Padam
    2. UPDATE AR AG LATEST PIC

      Padam
  4. susah jugak nak buatnya kan.. :)

    BalasPadam
  5. wahhh, tahniah.. bila dah siap nanti pasti sedap mata memandang dan selesa punggung untuk duduk di rumah tu kan....

    BalasPadam
  6. Bestnya nanti boleh deco rumah tak lama lg.

    BalasPadam
  7. boleh saya tau bpa harga acuan parkir? dan kt mana saya boleh dapat? tq

    BalasPadam
  8. boleh x bagitau kat mana nak beli acuan parkir saya sedang buat rumah

    BalasPadam
  9. Mcm ne sy nak dptkan contact no. contractor ni ye?
    www.satuminit.blogspot.com

    BalasPadam