Semalam kami datang untuk melihat kemajuan projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Syukur dah banyak yang hampir siap rumahnya... Semua gambar ini merupakan proses untuk membina acuan pada lantai parkir di hadapan rumah kita. Banyak jugak rumah yang dah di buatnya dan proses untuk menyiapkan satu2x rumah pun memakan masa sehingga 4 jam jika cuaca panas dan tidak hujan.... Jom kita lihat proses bergambar yang mereka lakukan....
Berbalik pada tajuk kali ini kami nak berkongsi mengenai proses membuat acuan parkir ini kepada pembaca semua. Nampak senang tapi memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi untuk membuatnya. Biasanya selepas lantai konkrit telah siap dibina maka di permukaan atas lantai konkrit inilah akan dibina Acuan parkir yang sekali imbas kita akan melihat seakan2x susunan mozek lantai. Kos untuk membuat ini sahaja bagi setiap rumah tidak kurang daripada RM700 ( Menuruk kata sub kontraktor tersebut ) . Jadi kalau sub kontraktor ini dapat membuat 88 lot maka keseluruhan pembinaan ini di Taman Desa Sri Qaseh ini menelan belanja tidak kurang daripada RM 61,600.00. Itu tidak termasuk lagi kos pembinaan lantai konkrit, proses memampat tanah, tembok dan pagar untuk pembinaan ruang parkir hadapan rumah sahaja.
Proses meratakan simen kelabu yang telah ditabur |
Proses menabur simen merah |
Proses menabur simen hitam di tepi lantai dan meratakan simen merah yg dilakukan oleh 2 pekerja ini.. |
Proses membuat garisan di sempadan lantai |
Meratakan pula simen hitan di setiap tepi lantai. |
Inilah acuan parkir yang akan ditekap di atas simen yang hampir kering setelah dilicinkan seperti proses di atas untuk menghasilkan corak lantai yang cantik dan menarik seakan-akan lantai mozek. |
Pekerja seramai 8 orang yang terdiri dari warga bangladesh menyiapkan kerja-kerja membina parkir lantai di Taman Desa Sri Qaseh ini. |
Kat area mana ni Kazman/Sue,cantik rumahnya..
BalasPadamrumah ni kat area salak tinggi....
Padamwahh..tak lama lgi bole duduk la umah ne yee..
BalasPadamlama lagi.... akhir tahun paling cepat...
PadamSimen merah tu memang ada yer. Saya ingatkan org cat kaler merah. patut la kaler tak luntur.
BalasPadamha'ah... kalau cat warna boleh tanggal atau luntur...
PadamUPDATE AR AG LATEST PIC
Padamsusah jugak nak buatnya kan.. :)
BalasPadamwahhh, tahniah.. bila dah siap nanti pasti sedap mata memandang dan selesa punggung untuk duduk di rumah tu kan....
BalasPadamyeayy nk siap dah
BalasPadamBestnya nanti boleh deco rumah tak lama lg.
BalasPadamboleh saya tau bpa harga acuan parkir? dan kt mana saya boleh dapat? tq
BalasPadamboleh x bagitau kat mana nak beli acuan parkir saya sedang buat rumah
BalasPadamMcm ne sy nak dptkan contact no. contractor ni ye?
BalasPadamwww.satuminit.blogspot.com
SLM PLS PM
BalasPadam