Peringkat pembinaan perumahan Desa Sri Qaseh ini terus berjalan... Seronok juga bila datang taman ni tengok diorang buat kerja, sekurang-kurangnya kita dapat melihat progress membina taman ini berjalan setiap hari... Pada kunjungan kali ini kami melihat di ruang padang permainan taman ini yang sedang dibina longkang dan kerja meratakan tanah.
Longkang-longkang ini akan mengalirkan air hujan dari perumahan di bahagian tinggi ke hujung taman yang berada di paras rendah. Kerja-kerja mengikat batu setelah lantai longkang di simen dengan konkrit bancuh menguatkan lagi struktur longkang tersebut. Kayu-kayu dan tali penanda aras longkang juga masih terpasang untuk menentukan aras yang betul aliran air yang akan mengalir nanti.
Manakala pencawang elektrik taman perumahan juga telah disiapkan tembok dan pagar dawai besi untuk memenuhi standard keselamatan pembinaan sesebuah pencawang. Selepas itu ketika kami datang, mereka pula sedang menyiapkan kerja-kerja untuk membuat kolam kumbahan pula.
Tengoklah mereka mewelding sambungan kepingan besi dengan rangka untuk disesuaikan di bahagian yang hendak dipasang setelah ukuran sebenar diambil. Satu persatu kerja mereka menyiapkannya. Mereka juga merupakan sub kontraktor yang mendapat bahagian untuk membuat kerja di taman perumahan ini.
Penelitian kerja perlu tinggi untuk memastikan setiap sambungan menepati ukuran sehinggalah siap.
Penyambungan paip air hanya menunggu meter individu sahaja untuk setiap rumah. Harap tiada masalah yang dihadapai ketika permohonan kemasukan air nanti.
Ni pula kami santai-santai ambil rumah jiran-jiran yang telah hampir siap kebanyakkannya. Semoga siap sempurna hendaknya....
Sekian untuk kunjungan kali ini.... Petang ni kami nak balik Tanjung Karang dah... Nak hantar adik untuk bertunang di Selama, Perak .... Bila dah sampai sana mula la kepala ni nak ronda2x utara terus.... Jadual padat betul time cuti sekolah kali ni. dua kali hujung minggu kerjanya hantar rombongan pertunangan pada belah isteri mahupun belah suami juga yg datang dari johor... semoga semua ceria di hujung minggu...
agak2 umah camni brpa yer kak?
BalasPadamkat mudah umah ni dlm 260k - 290k
Padamtak faham sangat dengan pemaju kat malaysia dah siap semua baru nak bina longkang
BalasPadamSelamat bercuti, semoga semuanya berjalan lancar..
BalasPadamlongkang dibina last sebab dia bukan main structure..huhu~~
BalasPadambanyak lagi sebab lain, kalau nak taip panjang sangat :)
setelah semua fasiliti lengkap, maka tak lama lagi berpenghunilah perumahan ini.
BalasPadamsalam...
BalasPadamnak tanya la,ada x surau atau masjid dikawasan kediaman?
dalam taman ni tak de... mesjid ada di seberang jalan je kat IKBN tu...
Padam