Isnin, 11 Jun 2012

Taman Desa Sri Qaseh 09/06/2012 Penurapan Batu Untuk Membina Jalan

Minggu lepas kami berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh. Apa yang kami dapat lihat bahawa lori sedang keluar masuk dan jentera steamroll sedang beroperasi. Kira jentera tu macam sterika bumi la gamaknya. Mula-mula mereka ratakan tanah merah di permukaan jalan. Kemudian mereka menambak pasir dan di mampatkan oleh jentera steamroll. Selepas pasir sudah mampat dan rata mereka menurap batu kerikil pula. Kemudian mereka ratakan lagi dengan steamroll sehingga mampat.


Bila kami sampai di hadapan rumah kami jalannya dah rata. Kali ini kereta sudah tidak bertanah merah lagi tetapi kereta pula berdebu.... Ok la kan.... Seronok la juga tengok mereka meratakan jalan. Selain itu mereka juga sudah menandakan sempadan lanskap yang akan dibina di setiap hadapan rumah. Lihat gambar di bawah ini ada besi pacak sebagai tanda.


Rumah kami pula sudah siap di cat luar dan dalam. Syukur rumah ku siap juga akhirnya... Tetapi rasanya banyak yang hendak di komplen nanti jika pemaju tidak merepair kecacatan yang ada di rumah kami ini walaupun kecatatan kecil.



Dalam rumah punyalah lantai kotor dengan tanah. Tak pe lah kan... nanti boleh basuh.....


Gambar bawah ni pekerja bangla sedang mengecat rumah.  Dah macam serban pak arab kami tengok pakaian mengecat mereka ni....



Lori yang keluar dan masuk mengangkut tanah. Ini sah-sah lori hantu punya....


 Perghhh... kete kami sure berdebu kena habuk... heee3x... tape la kan... nama pun nak melihat mereka semua bekerja...


Ni lah gambar lapisan jalan yang diturap dengan pasir, kemudian diturap dengan batu pula.


Lapisan di yang diturap sebelum di turap tar adalah di panggil lapisan asas dan lapisan yang diturap tar di panggil lapisan muka. Ada beberapa ciri dan faktor sebelum binaan jalan ini di bina. Biasanya faktornya :-

1) kekuatan tanah di lapisan paling bawah di ambil kira.
2) aliran hujan di permukaan lapisan.
3) aliran air di dalam tanah di bawah lapisan asas tersebut.
4) beban yang perlu di tampung oleh jalan tersebut.
5) jenis pasir dan batu yang digunakan sebagai lapisan asas binaan jalan.
6) kadar mampatan setiap lapisan disetiap jalan tersebut.




Ni la steamroll yang menggelek jalan yang telah diturap tersebut.



Begitulah serba sedikit gambaran perkembangan rumah di Taman Desa Sri Qaseh buat ketika ini. Mudah-mudahan akhir tahun ni kita semua sudah dapat boleh mendiami rumah baru kita ini... aminnn....


24 ulasan:

  1. eh, cantiknya cat kat luar tu.,.nampak mcm takyah cat dah

    BalasPadam
  2. agak2 bila leh siap sepenuhnya ni bro

    BalasPadam
  3. cantik la kak..jgn lupa kenduri msk rumah nnt jemput kami taw ;-)

    BalasPadam
  4. seronoknya dah tak lama tentu dapat duduk rumah sendiri kan..

    BalasPadam
  5. emm bestnya..tak sabar nak duduk rumah baru ye..saya suka colour green eng tu.

    p/s makan angin dekat2 aje..melaka.

    BalasPadam
  6. wahhhh makin cantik umah bang kaz n sis ni ..seronoknya ada rumah baru ..hip hip hurayyyy

    BalasPadam
  7. ingat je masa mula2 dpt rumah dulu, hari2 g jenguk

    BalasPadam
  8. Insya-allah kalau lihat memang boleh siap sebelum hujung tahun. Seronok bila dah siap bolehlah nak renovate pula...

    BalasPadam
  9. WAH.. HAMPIR NAK SIAP DAH TU.. ONCE DIA TURAP JE JALAN 2 3 BULAN AFTER DAH BOLEH AMIK KUNCI KOT...

    BalasPadam
  10. tak lama lagi boleh dapat kunci la ne kan.. boleh la renovate pula kan..

    BalasPadam
  11. turap betul2.. jgn sampai skit2 berlobang... hihihi

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kazman n sue...moga2 rumah tu siap dalam masa yg dirancangkan...:)

    BalasPadam
  13. wahhh sronknya tgk umah dh nk siap kan

    BalasPadam
  14. salam perkenalan,
    mesti tak sabar nak duduk rumah sendiri kan? Insya Allah, semoga siap seperti dalam perancangan... amin!

    BalasPadam
  15. salam kunjung balas....
    mesti xsabar nk masuk rumah barukan....

    BalasPadam
  16. sronoknye org dh de umah..design umah tu cantik..
    soalan paling kelakar yg sy tnye kt kwn"eh lori hantu tu maksudnya apa?"..kahkahkah...teringat skrg sure senyum sengsorg

    BalasPadam
  17. Wah mmg nmpk cam dh boleh duduk hujung thn nih.. mmg nmpk cpt progressnya.. lg cpt dr umah sy.. colour umah pun cantik.. x yah nk susah2 cat lg kan.. :)

    BalasPadam
  18. semakin tak sabar jadinya kan.. ;)
    moga progress rumah tu berjalan dengan lancar..

    BalasPadam
  19. Rajin la korang ni. Sentiasa ikuti perkembangan rumah tu. Mesti bermanfaat utk pembeli2 lain juga kan?

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah...terima kasih ye selalu bagi info..ade nampak ckit rumah kami..hehehe...x sabar nye nak masuk rumah baru..

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah, impian semakin hampir. Terima kasih kepada tuan punya blog kerana rajin update DSQ ni. Insya'Allah, kita berjiran nanti :)

    BalasPadam
  22. Bila penat study tengok blok ni rasa semangat balik ...tq abg kaz n kak su..dapat tengok gambar rumah pun seronok...

    BalasPadam
  23. Alhamdullilah hampir siap rmh kami and jiran2.Tq dkt kak sue & abg kazman krna selalu update perkembangan DSQ...Terima Kasih segalanya.

    BalasPadam