Minggu lepas kami berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh. Apa yang kami dapat lihat bahawa lori sedang keluar masuk dan jentera steamroll sedang beroperasi. Kira jentera tu macam sterika bumi la gamaknya. Mula-mula mereka ratakan tanah merah di permukaan jalan. Kemudian mereka menambak pasir dan di mampatkan oleh jentera steamroll. Selepas pasir sudah mampat dan rata mereka menurap batu kerikil pula. Kemudian mereka ratakan lagi dengan steamroll sehingga mampat.
Bila kami sampai di hadapan rumah kami jalannya dah rata. Kali ini kereta sudah tidak bertanah merah lagi tetapi kereta pula berdebu.... Ok la kan.... Seronok la juga tengok mereka meratakan jalan. Selain itu mereka juga sudah menandakan sempadan lanskap yang akan dibina di setiap hadapan rumah. Lihat gambar di bawah ini ada besi pacak sebagai tanda.
Rumah kami pula sudah siap di cat luar dan dalam. Syukur rumah ku siap juga akhirnya... Tetapi rasanya banyak yang hendak di komplen nanti jika pemaju tidak merepair kecacatan yang ada di rumah kami ini walaupun kecatatan kecil.
Dalam rumah punyalah lantai kotor dengan tanah. Tak pe lah kan... nanti boleh basuh.....
Gambar bawah ni pekerja bangla sedang mengecat rumah. Dah macam serban pak arab kami tengok pakaian mengecat mereka ni....
Lori yang keluar dan masuk mengangkut tanah. Ini sah-sah lori hantu punya....
Ni lah gambar lapisan jalan yang diturap dengan pasir, kemudian diturap dengan batu pula.
Lapisan di yang diturap sebelum di turap tar adalah di panggil lapisan asas dan lapisan yang diturap tar di panggil lapisan muka. Ada beberapa ciri dan faktor sebelum binaan jalan ini di bina. Biasanya faktornya :-
1) kekuatan tanah di lapisan paling bawah di ambil kira.
2) aliran hujan di permukaan lapisan.
3) aliran air di dalam tanah di bawah lapisan asas tersebut.
4) beban yang perlu di tampung oleh jalan tersebut.
5) jenis pasir dan batu yang digunakan sebagai lapisan asas binaan jalan.
6) kadar mampatan setiap lapisan disetiap jalan tersebut.
Ni la steamroll yang menggelek jalan yang telah diturap tersebut.
Begitulah serba sedikit gambaran perkembangan rumah di Taman Desa Sri Qaseh buat ketika ini. Mudah-mudahan akhir tahun ni kita semua sudah dapat boleh mendiami rumah baru kita ini... aminnn....
eh, cantiknya cat kat luar tu.,.nampak mcm takyah cat dah
BalasPadamagak2 bila leh siap sepenuhnya ni bro
BalasPadamcantik la kak..jgn lupa kenduri msk rumah nnt jemput kami taw ;-)
BalasPadamseronoknya dah tak lama tentu dapat duduk rumah sendiri kan..
BalasPadamemm bestnya..tak sabar nak duduk rumah baru ye..saya suka colour green eng tu.
BalasPadamp/s makan angin dekat2 aje..melaka.
wahhhh makin cantik umah bang kaz n sis ni ..seronoknya ada rumah baru ..hip hip hurayyyy
BalasPadamingat je masa mula2 dpt rumah dulu, hari2 g jenguk
BalasPadamInsya-allah kalau lihat memang boleh siap sebelum hujung tahun. Seronok bila dah siap bolehlah nak renovate pula...
BalasPadamWAH.. HAMPIR NAK SIAP DAH TU.. ONCE DIA TURAP JE JALAN 2 3 BULAN AFTER DAH BOLEH AMIK KUNCI KOT...
BalasPadamtak lama lagi boleh dapat kunci la ne kan.. boleh la renovate pula kan..
BalasPadamturap betul2.. jgn sampai skit2 berlobang... hihihi
BalasPadamassalamualaikum kazman n sue...moga2 rumah tu siap dalam masa yg dirancangkan...:)
BalasPadamwahhh sronknya tgk umah dh nk siap kan
BalasPadamsalam perkenalan,
BalasPadammesti tak sabar nak duduk rumah sendiri kan? Insya Allah, semoga siap seperti dalam perancangan... amin!
salam kunjung balas....
BalasPadammesti xsabar nk masuk rumah barukan....
sronoknye org dh de umah..design umah tu cantik..
BalasPadamsoalan paling kelakar yg sy tnye kt kwn"eh lori hantu tu maksudnya apa?"..kahkahkah...teringat skrg sure senyum sengsorg
Wah mmg nmpk cam dh boleh duduk hujung thn nih.. mmg nmpk cpt progressnya.. lg cpt dr umah sy.. colour umah pun cantik.. x yah nk susah2 cat lg kan.. :)
BalasPadamsemakin tak sabar jadinya kan.. ;)
BalasPadammoga progress rumah tu berjalan dengan lancar..
Rajin la korang ni. Sentiasa ikuti perkembangan rumah tu. Mesti bermanfaat utk pembeli2 lain juga kan?
BalasPadamnak beli rumah jgk...!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih ye selalu bagi info..ade nampak ckit rumah kami..hehehe...x sabar nye nak masuk rumah baru..
BalasPadamAlhamdulillah, impian semakin hampir. Terima kasih kepada tuan punya blog kerana rajin update DSQ ni. Insya'Allah, kita berjiran nanti :)
BalasPadamBila penat study tengok blok ni rasa semangat balik ...tq abg kaz n kak su..dapat tengok gambar rumah pun seronok...
BalasPadamAlhamdullilah hampir siap rmh kami and jiran2.Tq dkt kak sue & abg kazman krna selalu update perkembangan DSQ...Terima Kasih segalanya.
BalasPadam