Selasa, 5 Jun 2012

Trip to Penang Island - Balik Pulau - Telok Bahang

Kami meneruskan perjalanan seperti biasa walaupun  si isteri sudah mula terbaring sakit pinggang manakala anak2x yang meriah melihat suasana kampung sudah semakin sunyi di tempat duduk belakang. Sesekali terdengar suara Syafiq dan Syafiqah memecah kesunyian bergurau bersama Adam.Almaklumlah memulakan perjalanan kami dari Bagai Serai, Perak pada sebelah pagi sehingga pukul 2 petang kami hanya berhenti beberapa tempat hanya beberapa minit untuk melihat keindahan alam. Memang percutian kami terhad sebelum kami berangkat pulang.

Perjalanan yang kami lalui penuh dengan laluan yang berliku. Letih juga kami melayan selekoh tajam dan persimpangan yang kami lalui ini. Namun perjalanan harus diteruskan untuk misi melengkapkan perjalanan mengelilingi Pulau Pinang ini. Kami melalui Jalan Teluk Ketumbar dan berhenti di tepi jalan sambil bersantai melihat perkampungan dari atas bukit.




Pemandangan dari tepi jalan Teluk Ketumbar...

Jambatan panjang di Jalan Teluk Ketumbar

Dari jalan yang besar ke jalan yang kecil kami lalui sambil melayang mata melihat keindahan di tempat orang. Seterusnya kami merentasi pekan Balik Pulau. dan   menuju ke Pantai Aceh untuk melihat perkampungan nelayan di sana.
Perkampungan Nelayan Pantai Aceh


 Kami meneruskan perjalanan melalui jalan yang lebih kecil dan berselekoh ketika melalui Jalan Teluk Bahang untuk menuju ke Air Terjun Titi Kerawang yang terdapat di tepi laluan Jalan Teluk Bahang. Kami berehat sebentar sambil memberi kebebasan untuk menikmati udara segar di sini.






Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Empangan Teluk Bahang. Di sepanjang laluan kami ini kami banyak terjumpa dusun dan durian dijual di gerai tepi jalan. Banyak pelancong berhenti menikmati buahan segar dari dusun. Walaupun perjalanan kami pada pukul 2 petang tapi kami rasa sejuk dan nyaman  berada di laluan hutan ini.





Pukul 2:40 petang kami sampai Teluk Bahang. Kami meneruskan menuju ke Taman Rama-Rama dahulu kerana memikirkan cuaca yang panas terik tidak sesuai membawa anak-anak ke tepi pantai. Namun Selepas itu ada kejadian yang mengejutkan kami sekeluarga terjadi di Taman Rama-Rama. Kejadian itu telah merencatkan pakej percutian kami buat seketika. Kami akan ingat sampai bila-bila. Jadi, dalam kekalutan kami tak pergi ambil gambar di pantai teluk Bahang tu tapi boleh lihat nice picture dan klik kat Teluk Bahang


18 ulasan:

  1. Pernah juga kakcik dan suami bersama anak mengelilingi Pulau Pinang beberapa tahun lepas. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira macam lalu dalam kawasan hutan simpan...

      Padam
  2. assalamualaikum kazman sue.....menarik sungguh dpt jenjalan di tempat yg cantik pemandangan nyer..:)

    BalasPadam
  3. Cantiknye pemandangan.... Saya dah lama tak g penang... Last masa budak2 dulu

    BalasPadam
  4. nice view.. sejuk je mata memandang.. dh 10 thn x pegi penang.. ntah bila la nak sampai lg..

    BalasPadam
  5. dah lama tak pergi Penang.. bilalah agaknya dapat pergi lagi..

    BalasPadam
  6. cantik tmpt nie kak
    bila tgk teringin lak nak kesana
    saya x pernah lagi sampai sini ;)

    BalasPadam
  7. pergi penang gak bulan lepas.... x sempat pilih gambar menarik.... 3 hari gak penang tak sempat pusing abiss pulau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa la kan.. kalau jenjalan ni kan rasa sehari macam sejam je rasanya...

      Padam
  8. wah...sronoknye....cantik view sana

    BalasPadam
  9. Sukanya bercuti bersama2 keluarga. Bila tgk encik man punya review ni, baru la saya rasa tak sia-sia cikgu beri kerja sekolah suh buat karangan 'pengalaman saya semasa cuti sekolah'. Heheh.

    Ibu mengandung tu nampak tak bermaya sungguh. Sian tgk. Mesti penat. Tapi driver pun penat jgk kan?

    BalasPadam
  10. hrp2 bln dpn sy dpt menjejakkan kaki ke sini...

    BalasPadam
  11. memang menarik tmpat2 ni.. kite tak pnah sampai lg ni..

    BalasPadam
  12. sempat tak pekena durian tlok bahang tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pekene durian pun.... binik aku yg ngandung tu dah pening layan selekoh dah... mahu termuntah dia bau durian... heee3x

      Padam