Sabtu, 16 Jun 2012

Telefon Awam yang di telan zaman

Telefon pondok boleh dikatakan menjadi satu keperluan sekitar tahun 80-an sehingga menjelang tahun 2000. Manakan tidak, kebanyakan penduduk di kawasan pendalaman masih lagi tidak mampu memakai telefon rumah kerana kekangan kewangan. Jadi, tumpuan utama mereka semestinya telefon awam jika berlaku sebarang kecemasan.
Namun, pada hari ini, telefon awam bagaikan dipandang sepi. Tiada sebarang pemulihan yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk menjaga ‘warisan’ masyarakat ini. Telefon awam dianaktirikan sehingga pihak telekomunikasi memutuskan untuk mengehadkan penggunaannya di seluruh negara. Kini, telefon awam hanya kelihatan di kawasan-kawasan metropolitan, universiti, dan beberapa lebuhraya di Malaysia sahaja.


Lepas tu kan... Aku teringat lagi zaman dulu kat sekolah teknik kalau nak curi line talipon kan kita guna je talipon rumah. Lepas tu kan kita ambil soket talipon tu dan sambung seperti gambar di bawah ini. Senang aje... sambung ikut warna yang tertera seperti gambar di bawah ini....


Lepas tu kan... sangkut je talipon rumah tu kat dinding dan maka kita bolehlah call mak bapak di rumah. Aku tak buat kerja ni sebab masa tahun awal 90an rumah aku di kampung tiada kemudahan talipon lagi.  Tapi pembaca jangan amalkan ilmu ni tau... tak baik!!!.... Sekadar untuk pengetahuan am aje...


Jadi aku yang bersama rakan-rakan kreatif aku ni masa di sekolah teknik JB tu cuma melepak je la tengok mereka call mak bapak mereka. Aku cuma melepak jee... Tapi kan... geng-geng terjal(nakal) masa sekolah inilah yang kerja hebat-hebat sampai sekarang... Aku je yang berkhidmat dengan syarikat Telekom Malaysia sampai sekarang ni.... Dah perabis duit telekom aku ganti dengan khidmat aku ni... kalau jumpa mesti menjadi satu nostalgia bersama rakan lama.... Cuma cabaran guru sekarang ni kalau anak murid terjal dia punya kes lagi ganas2x dari zaman aku dulu... ngeri kalau baca di dalam akhbar.


P/S : Selamat berhujung mingguuuuu..........

12 ulasan:

  1. na na naaaa..kedapatan sudahh.. sya dulu pun curik line pakai dawai besi tu..cocok2..pastu dptla line free..hihi

    BalasPadam
  2. teringat telefon awam hak tong oren tu..lagi lama dari yg biru ni..

    BalasPadam
  3. hiihii..teringat pulak zaman2 bergayut guna telefon awam ni..memang byk kenangan ketika menggunakan tepon awam ni..

    BalasPadam
  4. kenangan terindah menggungkan telefon awam nie...

    BalasPadam
  5. wah..terer..tahu cmne nk ambek line..
    dulu2..public phone ni jd tmpt berdating...mana ade hp kann..bertumpu pd pondok telefon je..

    BalasPadam
  6. macam2 cara ada nak curi line kan...pernah juga cuba tapi selalu tak menjadi, tersalah menuntut ilmu kot..haha

    BalasPadam
  7. Teringat pakai public phone ni call awek masa sekolah,, huhhuhuhu... Dahlah tiang telefon senget.. hancing plak tu. Ni gara2 bergayut sampai nak kencing pun malas... heheh. Bukan Abe arr..

    BalasPadam
  8. adoi byk nostalgia dgn public phone ni tmpt bergayut dgn bf dan keluarga semestinya masa diuniversiti dulu

    BalasPadam
  9. kat kg yana ada lagi public phone ni..yang warna ijau tu..tak pernah guna pun..tp biasa tengok budak2 dok bergayut kat situ..hehe

    BalasPadam
  10. Kenangan bersama orang yang tersayang menggunakan nya Talipon awam...

    BalasPadam