Pandangan Pulau Jerejak Dari Bayan Lepas |
Menara SUNTECH terletak di sini. Pusat membeli-belah terpanjang dan terbesar di Pulau Pinang, Queensbay Mall, Kompleks Bukit Jambul, dan Giant Hypermarket juga terdapat di sini. Bayan Lepas boleh dihubungkan ke bandaraya George Town melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Tokong Ular terletak di sini. Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah 141,000 orang. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru, tapak perumahan secara terkini berada dalam pembinaan di kawasan ini.
Queensbay... cantik juga pemandangan di sini. |
Selepas itu kami sekeluarga lepak di tepi pantai yang ada seperti pendaratan nelayan. Di bawah pokok itulah kami berehat sekelita sambil layan keropok lekor dan air kelapa yang dijual oleh penjaja di tepi jalan. Cuaca panas menyambut kedatangan kami di sini.... Pemandangan pembinaan jambatak kedua Pulau Pinang juga giat dijalankan.
Sempat juga adam berposing melihat deretan bot nelayan di situ... Cukup untuk adam meninggalkan jejak kaki dia di sana....
Selepas menghilangkan dahaga dengan air kelapa dan mengalas perut dengan keropok lekor kami meneruskan perjalanan ke Bayan Lepas - Batu Maung - Balik Pulau.... Ikutilah seterusnya perjalanan kami di sana dengan pemandangan yang indah sempat kami rakamkan...
cantiknya pemandangan
BalasPadammemang menenangkan jiwa...
Padamkalau bab laut2 ni Queen mmg suka sbb pemandangannya yg menenangkan serta angin yg bertiup.. terasa nyaman gitu
BalasPadamsama la dengan kami sekeluarga... cuma makbapak dia je tak tenang jiwa sebab anak2x nak terjun mandi je bila jumpa pantai... heee3x
Padamcantik pemandangan dia~ :)
BalasPadamsubhanallah~ :D
Gmbr Queensbay tu mcm kat Miami dalam CSI Miami la.
BalasPadam*kat bayan lepas pun ada keropok lekor ke?
ada juga keropok lekor tapi tak tahu la pulak made in mana ntah.... haaa3x...
PadamBestnya bangggggggggggggggggg .. bestnya kalau pat jalan2 mcm ni .. hilang stress ditempat kerja ..waa air kelapa? umi rasa dah dekat setahun umi tak minum tau ..uhuk2 .. sedapnya!!
BalasPadamumi...minum airv kelapa sejuk2x punya la best.... berderap2x bunyi kami telah air kelapa tu.... lega je kat tekak hilangkan dahaga... heee3x
Padammiss old time at bayan lepas/bayan baru..... huhu..
BalasPadamUmmiross pernah mengajar di Sek.Men Teknik balik Pulau, bikin rindu je...
BalasPadamkenal tak dengan fauzi sepupu kami?... dia kerja kat sana juga...
Padamjambatan kedua dah nak siap ek..lamanya tak dtg penang...gi balik pulau carik durian ke? huhu
BalasPadamSebut Pulau Jerejak mesti terfikir tempat buangan tapi bila nampak gambar yg Kaz/Sue captured cantik dan nyaman kelihatannya...
BalasPadamwahhh bestnya... sampai juga ke penang yer.... Kak So lalu jer jalan tu... p selalu g UUM jer... pas tu ronda-ronda ke Pekan Rabu dan sempadan jer heheheh lama dah...
BalasPadamPenag juga tak sampai lagi... bila la nak sampai yer... sekarang ni baca jer la orang lain yang dah sampai penang ni heheheheh
cantik pemandangan laut. bestnya pegi penang. dulu selalu pegi sbb company ada branch kat bukit mertajam.
BalasPadam