Isnin, 18 Jun 2012

Rumah Keluarga Rakan Hangus Terbakar - Tinggal Sehelai Sepinggang

Berat mata memandang.... berat lagi bahu memikul... Itulah kenyataan yang perlu di hadapi oleh Harpizzy iaitu rakan sekerja kami. Pada sabtu yang lepas rumah keluarga beliau terbakar habis dan keluarga beliau tinggal sehelai sepinggang.... Buku dan baju sekolah adik-adiknya seramai 4 orang hangus dijilat api... Rumah yang merupakan kedai runcit dan kedai makan sebagai sumber pencarian keluarga musnah dalam sekelip mata... Kereta dan Motor hanya menjadi cebisan besi....Keluarga beliau diuji dengan kehilangan rumah dan sumber pendapatan dalam masa sekelip mata.
Rumah kedai yang terletak di tepi laluan Dengkil - Banting iaitu di Olak Lempit dan dibina separuh batu dan separuh papan hanya meninggalkan cebisan kayu dan runtuhan tembok selepas kejadian kebakaran. Kejadian yang dipercayai akibat lintar pintas memang tidak dapat diduga.  Pandangan sayu mengiringi ketibaan kami bersama rakan-rakan sekerja di rumah yang hangus terbakar ini............













Semoga Harfizzy  dan keluarga tabah menerima ujian ini. Kami bersama rakan sekerja semua di sini sentiasa mencuba yang terbaik untuk membantu dan menyumbang apa yang terdaya untuk meringankan beban rakan kami ini...




20 ulasan:

  1. Ya Allah kasihan nye...semoga saudara harfizzy tabah menghadapi ujian dari Nya...insyaAllah, Allah akan menggantikan dengan rezki yang lain...amin...

    BalasPadam
  2. Saya sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.. moga mereka tabah hadapi ujian Allah ini..

    BalasPadam
  3. mmg fobia dgn kebakaran ni,dkt rumah saya,ada kebakaran yg melibatkan nyawa juga melayang..dah dua tiga kali juga..

    semoga tabah pd rakan tu ye..ujian dr Allah.semoga di sebalik semua ini,ada hikmahnya..aminnn

    BalasPadam
  4. turut bersimpati. semoga rakan sekerja kazman tabah menghadapi musibah yg melanda...

    BalasPadam
  5. Kakak rasa ini yg masuk dalam berita. Kesian sungguh sebab segalanya musnah sekelip mata tak dapat nak selamatkan. Cuma nasib baiknya tak ada nyawa yg melayang...

    BalasPadam
  6. ujian Allah mmg x kira masa. sesungguhnya berat ujian ini utk dihadapi kdg2 bila lihat ujian yg kbh hebat ini sya bersyukur dgn ujian yg sedikit tlh Allah berikan utk sya. semoga rakan abg kaz ini tabah dan redha hadapi dugaan ini sesungguhnya Allah kbh tahu akn hikmah disetiap kejadian.

    BalasPadam
  7. ya allah ..moga rakan bang kaz n sis tabah menghadapi dugaan ini .. umi turut simpati dan berharap rakan abang n sis dapat mencari jalan penyelesaian ..amin2 ..

    BalasPadam
  8. dugaan y besar... kehilangan harta benda sekelip mata..doakan supaya sahabat kaz bertabah menerimanya..psti ada hikmahnya

    BalasPadam
  9. Salam kenal. Moga mereka tabah dengan dugaan ini kerana pasti ada hikmah disebaliknya.

    BalasPadam
  10. Nau'zubillah. Sedihnya. Semuanya hilang. Waktu kebakaran ni waktu tgh tidur atau siang? Langsung tak dpt selamatkan apa2 ke?

    BalasPadam
  11. Semoga beliau sekeluarga tabah dengan ujian ini dan bangkit semula meneruskan kehidupan.

    BalasPadam
  12. Ya Allah kesiannya....setiap ujian dan dugaan Allah ada hikmahnya.

    BalasPadam
  13. semoga mereka tabah....sekelip mata je boleh hilang segalanya.;(

    BalasPadam
  14. Kesiannya... semoga keluarga beliau bersabar dgn ujian ini...

    BalasPadam
  15. ya Allah sebaknya tengok..tak ada no account ke apa untuk saluran bantuan dari blogger2 ni..?even tak banyak atleast boleh bantu mana yg terdaya..

    BalasPadam
  16. yA aLLAH... SIANNYA... semua ni ada hikmah.. moga kwn awk tabah hadapi ujian..

    BalasPadam
  17. salam,

    kita selalu jga lalu sini kalau ke banting

    semoga mereka mendapat bantuan yang sepatutnya

    BalasPadam
  18. sedihnyaa...diuji sebegini..dengan bulan ramadhan yang dah tiba..semoga mereka kuat dan sabar menghadapi dugaan ini..

    salam ramadhan k.sue n abg kazman sekeluarga :)

    BalasPadam