Rabu, 13 Jun 2012

Pantai Morib dan Selamat Bertunang Iskanda & Lia

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu. Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini. 



Inilah dia pantai Morib.... Ketika air pasang nampaklah cantik sikit tetapi kalau ketika air surut nun sayuppp ke tengah sana airnya...

Anak buah aku yang bermandi manda ketika air pasang....


 Anak buah aku yang bertunang bergambar bersama neneknya ( ibunda ku ) dan kakak dan abang ipar di tepian pantai Morib...


 Yang ini pula adalah gambar pertunangan Anak buah kami Iskanda bersama Lia...


Proses rundingan atau perbincangan mengenai pertunangan anak buah kami dari pihak kami dengan pihak perempuan di Teluk Panglima Garang, Banting......



 Setelah selesai perbincangan maka secara simboliknya penyerahan dan pertukaran barang hantaran antara pihak lelaki dan pihak perempuan..... Manakala cincin pertunangan pula sebagai simbolik kepada penerimaan bakal menantu...




Selesai je terus menuju ke Pantai Morib la pula... bersantai-santai bersama ahli keluarga yang datang dari johor.....



13 ulasan:

  1. sambil menyelam,minum air laut ye..hehe

    tahniah dkt anak buahnya.

    BalasPadam
  2. dah lama Queen x ke pantai morib sedangkan tidaklah jauh sgt pun dari umh. selamat bertunang kpd pasangan yg bertunang cepat2 naik pelamin dan bahagia hingga akhir hayat

    BalasPadam
  3. selamat bertunang pada anak sedara tu ye...bestnye dah tunang..hehe~ :)

    BalasPadam
  4. Selamat bertunang, semoga dipermudahkan segala urusan kelak!

    BalasPadam
  5. tak pernah g pantai morib tu walaupun asal dari selangor...1 hari nanti pasti kene g gak...

    BalasPadam
  6. belum pernah sampai di pantai Morib.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kazman sue....selamat bertunang buat anak saudara tu yer...:)

    BalasPadam
  8. Selamat bertunang buat anak saudara. Sempat lg bermandi manda ya?

    BalasPadam
  9. Taniah buat anak buah abang n sis .. wahhh sambil menghantar rombongan sambil beriadah .. suke2 .. cantik jugak pemandangan kat pantai tu .. kalau minum air kelapa ni mesti best nihhhhhhh

    BalasPadam
  10. wah...tahun bila Kancil ke sana...rindu tempat tu

    BalasPadam
  11. bila kawennya ne kak?? cantik pntai morib tuh..hihi

    BalasPadam
  12. suka jugak klu dpt gi pantai..
    tenang je rasa tgk laut yg luas tu kan..
    selamat bertunang jugak utk anak buah.. :)

    BalasPadam