Di bawah ini ada sedikit petikan mengenai kisah dan kejadian yang berlaku di Persimpangan Cyberjaya semalam. Kemalangan yang telah meragut nyawa pemandu rapidKL dan pemandu kenderaan 4 roda telah dirakanmkan oleh CCTV Cyberjaya yang beroperasi 24jam. Ceritanya pula boleh dibaca di Utusan Malaysia dan Harian Metro keluaran hari ini. Sepanjang 11 tahun bekerja di Cyberjaya aku sudah banyak kali melihat kemalangan maut di Cyberjaya ini kerana Jalanraya di Cyberjaya ini terlalu banyak persimpangan yang hanya menanti kecuaian pemandu untuk dihukum. Walau kita pada kedudukan yang betul dijalan raya tapi pastikan kita sentiasa berwaspada kerana kemalangan tidak berbau.
Khamis, 28 Jun 2012
Rabu, 27 Jun 2012
Taman Warisan Pertanian
Taman Warisan Pertanian ni kiranya best la untuk bawa anak dan keluarga bersiar-siar. Punya la pergi banyak kali pun tak pernah masuk sampai dalam-dalam.. Selalunya kami makan je di sini. Kira best la jugak makan bawah rimbunan pokok kelapa sawit. Kot kalau kat kampung jadi pemandangan biasa je la kan.
Serba sedikit tentang Taman Warisan ini, Taman Warisan Pertanian terletak di Presint 16 Putrajaya. Taman ini menekankan peranan dan kepentingan pertanian komersil di Malaysia. Ini termasuk pokok getah, kelapa sawit, kopi, teh, koko, buah-buahan, herba dan rempah.
Selasa, 26 Jun 2012
Keindahan Air Terjun Sungai Pisang
Setelah kami tersesat selama sejam perjalanan kami pun berpatah semula ke bawah sehingga bertemu di hadapan terowong di mana tempat kami mula-mula tersalah pilih haluan. Kami meneruskan perjalanan kembali dan akhirnya barulah kami bertemu dan menikmati keindahan panorama Air Terjun Sungai Pisang.
Isnin, 25 Jun 2012
Kami Tersesat di Belantara Air Terjun Sungai Pisang
Aktiviti pada hujung minggu kali ini adalah melalui trekking ke Air Terjun Sg Pisang ( Pisang River Waterfall ) yang terletak di daerah Gombak, Selangor. Dikelaskan sebagai air terjun dengan laluan trekking yang sederhana, kawasan air terjun ini turut mempunyai sebuah kawasan perkhemahan berhampiran yang terletak berhadapan dengannya.
Jumaat, 22 Jun 2012
Renungan di Hari Jumaat
Berapa kali kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberi kita rezeki setiiap hari???? Namun sebenarnya kita patut senantiasa rasa bersyukur sentiasa kerana di setiap saat kita senantiasa mendapat rezeki daripada Allah S.W.T yang berupa pelbagai rezeki yang kita sedari atau pun tidak......
Khamis, 21 Jun 2012
Taman Desa Sri Qaseh 20/06/2012 Kerja kerja memperbaiki kerosakan setelah rumah siap.
Pada kunjungan kali ini kami singgah sebentar untuk melihat perkembangan selanjutnya. Syukur alhamdulillah rumah kami sudah siap. Dan yang pasti apa yang kami perhatikan penurapan batu jalan telah di buat sepenuhnya. Gambar di bawah ini merupakan lorong di tepi unit sebaris dari padang di bahagian bawah sampailah ke unit rumah atas. Seronok la jugak bila tepi di setiap unit ada jalan tar nanti.. Maknanya bila hendak buat kenduri-kendara nanti bolehlah guna lorong di tepi rumah dan tak perlulah untuk lalu di dalam rumah untuk ke depan dan belakang.
Isnin, 18 Jun 2012
Rumah Keluarga Rakan Hangus Terbakar - Tinggal Sehelai Sepinggang
Berat mata memandang.... berat lagi bahu memikul... Itulah kenyataan yang perlu di hadapi oleh Harpizzy iaitu rakan sekerja kami. Pada sabtu yang lepas rumah keluarga beliau terbakar habis dan keluarga beliau tinggal sehelai sepinggang.... Buku dan baju sekolah adik-adiknya seramai 4 orang hangus dijilat api... Rumah yang merupakan kedai runcit dan kedai makan sebagai sumber pencarian keluarga musnah dalam sekelip mata... Kereta dan Motor hanya menjadi cebisan besi....Keluarga beliau diuji dengan kehilangan rumah dan sumber pendapatan dalam masa sekelip mata.
Sabtu, 16 Jun 2012
Telefon Awam yang di telan zaman
Telefon pondok boleh dikatakan menjadi satu keperluan sekitar tahun 80-an sehingga menjelang tahun 2000. Manakan tidak, kebanyakan penduduk di kawasan pendalaman masih lagi tidak mampu memakai telefon rumah kerana kekangan kewangan. Jadi, tumpuan utama mereka semestinya telefon awam jika berlaku sebarang kecemasan.
Jumaat, 15 Jun 2012
Jerebu di bumi Cyberjaya.....
Hari ni Tetiba suasana di hari jumaat bertukar menjadi jerebu... Bila keluar dari tempat kerja rasa panas dan batuk-batuk... Paling tidak tahan sekali bila mata ni rasa pedih memanjang... Nampaknya terpaksa la keluar dari bumi cyberjaya pada hujung minggu ni.... Almaklum hendak sambut hari bapa sekali kan.... alasan si bapa hendak berjalan lagiiii.... memang si bapa kuat berjalan jalan jee...
Khamis, 14 Jun 2012
Masalah Pada Power Distribution Box
Hari ini saya hendak syer mengenai sedikit pengetahuan mengenai penyambungan Wayar Elektrik Berkuasa Tinggi yang akan merenggang longgar jika kita telah menggunakannya pada jangka masa 5 hingga 10 tahun. Biasanya sambungan wayar elektrik tidak kiralah di rumah atau sesuatu bangunan lama-kelamaan akan longgar kekuatan ikatan sambungan jika menggunakan kaedah penyambungan dengan skrew atau nat. Biasanya masalah ini terjadi pada sambungan di dalam Power Distribution Box atau lebih dikenali sebagai DB box yang bermaksud Kotak Pengagihan Kuasa seperti gambar di bawah ini.
Kotak DB ( Power Distribution Box ) dalam bangunan |
Rabu, 13 Jun 2012
Pantai Morib dan Selamat Bertunang Iskanda & Lia
Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu. Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.
Isnin, 11 Jun 2012
Taman Desa Sri Qaseh 09/06/2012 Penurapan Batu Untuk Membina Jalan
Minggu lepas kami berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh. Apa yang kami dapat lihat bahawa lori sedang keluar masuk dan jentera steamroll sedang beroperasi. Kira jentera tu macam sterika bumi la gamaknya. Mula-mula mereka ratakan tanah merah di permukaan jalan. Kemudian mereka menambak pasir dan di mampatkan oleh jentera steamroll. Selepas pasir sudah mampat dan rata mereka menurap batu kerikil pula. Kemudian mereka ratakan lagi dengan steamroll sehingga mampat.
Sabtu, 9 Jun 2012
Trip to Penang Island - Padang Kota - George Town
Entri terakhir untuk trip to Penang Island.... kali ini kami singgah di bandar George Town untuk mencari jeruk. Destinasinya tentulah di Pasar Chowrasta yang terletak di Georgetown.Chowrasta adalah bahasa Urdu yang bermaksud "Di antara empat persimpangan jalan" iaitu Penang Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil. Masa inilah untuk si Isteri berjalan-jalan mencari jeruk untuk dibuat ole-ole dari Pulau Pinang.
Jumaat, 8 Jun 2012
Trip to Penang Island - Telok Bahang - Batu Feringgi
Taman Rama-Rama , Telok Bahang, Pulau Pinang,
Pameran rama-rama adalah industri yang sangat muda berbanding dengan yang lain seperti zoo dan Taman burung. Penang Butterfly Farm (PBF) telah ditubuhkan pada tahun 1986 di Pulau Pinang, Malaysia dengan 2 objektif utama yang berfungsi sebagai destinasi pelancongan dan untuk berkhidmat sebagai pusat bagi pendidikan, rekreasi dan penyelidikan saintifik. Pengunjung ke Taman Rama-rama Pulau Pinang, mendapati dirinya dikelilingi oleh pelbagai kibaran rama-rama dalam persekitaran yang seolah-olah semulajadi, mungkin untuk berfikir sendiri dalam sejenis hutan enchanted, Bejeweled dengan permata yang berwarna-warni penciptaannya.
Selasa, 5 Jun 2012
Trip to Penang Island - Balik Pulau - Telok Bahang
Kami meneruskan perjalanan seperti biasa walaupun si isteri sudah mula terbaring sakit pinggang manakala anak2x yang meriah melihat suasana kampung sudah semakin sunyi di tempat duduk belakang. Sesekali terdengar suara Syafiq dan Syafiqah memecah kesunyian bergurau bersama Adam.Almaklumlah memulakan perjalanan kami dari Bagai Serai, Perak pada sebelah pagi sehingga pukul 2 petang kami hanya berhenti beberapa tempat hanya beberapa minit untuk melihat keindahan alam. Memang percutian kami terhad sebelum kami berangkat pulang.
Ahad, 3 Jun 2012
Trip to Penang Island - Batu Maung - Permatang Damar Laut
Ketika perjalanan kami melewati kawasan Bayan Lepas - Batu Maung kami dapat perhatikan banyaknya projek perumahan yang cantik-cantik dengan corak binaan moden. Rumah teres tiga tingkat banyak dibangunkan di sini. Kemudian pemandangan kami pula diselangi pula oleh deretan kampung di sepanjang perjalanan ini.
Jumaat, 1 Jun 2012
Trip to Penang Island - Bayan Lepas
Bayan Lepas..... Bayan Lepas merupakan sebuah bandar satelit George Town ,Pulau Pinang, Malaysia. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini.