Khamis, 12 Oktober 2017

Jom Layan Sinopsis Bisik Pada Langit


Filem ni berlatar belakangkan sebuah keluarga yang terdiri dari emak, ayah, dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Yang sulung bernama Zaidi, yang kedua bernama Hajar (satu-satunya anak perempuan), dan yang bongsu bernama Iqram. Memandangkan Hajar ni seorang sahaja yang anak perempuan maka ayah dia menjaga Hajar dengan sesungguh hatinya sehinggalah menidakkan kebolehan yang ada pada kedua anak lelakinya. Seterusnya si Hajar pula bijak dan pandai lalu mendapat tawaran belajar ke Australia.




Jalan filem ni sangat menzahirkan realiti masyarakat kita. Filem ni bukan setakat cerita cinta biasa tetapi cerita kekeluargaa yang sangat menggambarkan realiti kehidupan suasana di kampung. Permulaan ceritanya pula telah menunjukkan keadaan apabila Hajar dilahirkan tahun 1994. Ada nurse dekat rumah, borang lahir apa semua. Itu semua sudah menunjukkan jarang- nampak filem ni bukan sebarang punya filem. Selalu kalau kita tengok babak anak baru lahir jarang ada benda-benda seperti ini. Selain itu, babak seperti bila ayahnya Hajar nak jual tanah, passport dan urusan membawa pulang jasad Hajar juga banyak menggambarkan situasi yang bakal dilalui yang mengambarkan keadaan kemiskinan keluarga mereka.





Kisah ini bermula apabila Hajar kemalangan semasa di Australia. Ayah dia hendak sangat pergi tengok dia tapi tak cukup duit. selepas itu si ayah sampai sanggup hendak menjual tanah sebab hendak pergi melawat si Hajar walaupun dibangkang oleh semua orang termasuk adik-beradik si ayah ni.

Pada babak seterusnya dan yang paling syahdu adalah ketika Hajar dalam keadaan nazak. Masa ayah dia mengajar Hajar mengucap melalui talipon. Cuba kita bayangkan bila baru dapat berita anaknya sedar daripada koma dan selepas itu ayahnya pun solat syukur. Habis sahaja solat syukur ayahnya dapat call lagi sekali dalam keadaan nazak pula...... Bapa mana tak sedih dengar suara anak yang sedang nazak di dalam telefon. Kita yang menonton pun boleh sebak secara mengejut. Namun memang itulah situasi yang pada saya tidak mustahil terjadi sebenarnya.

Kemudian babak babak yang seterusnya menyajikan bagaimana ayahnya bersungguh-sungguh untuk membawa pulang jenazah anaknya dengan segera ke tanah air. Pelbagai konflik telah timbul dan sangat terkesan untuk dihayati. Pada babak mereka sekeluarga melihat rakaman video sepanjang yang dibuat oleh Hajar ketika berada di Australia memang sangat terkesan dan memang sukar untuk menahan air mata kita yang hampir mengalir. Cuba kita bayangkan kita melihat saat-saat penghujung kehidupan seseorang yang kita sayangi ketika mereka telah tiada. Di situlah kelihatan kekuatan cerita ini. Terakhir sekali apabila si ayah sudah berubah dan mula memandang anak-anak yang lain dengan kelebihan yang ada pada mereka.


2 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam