Isnin, 25 Julai 2011

Tamatlah Perkhidmatan Digital kamera dan Handphone kami

Pada minggu lepas kami melalui saat-saat sedih kerana kamera digital kami telah di rosakkan oleh anak bongsu kami si adam. Apalah yang si adam tahu jika tidak kerana kecuaian kami ibubapanya. Sedang kami berkira-kira untuk membeli digital kamera baru kami dikejutkan dengan kehilangan handphone isteri pula. Selama ini handphone itulah penyambung nyawa menara kehidupan untuk meneruskan catatan perjalanan sebuah kehidupan. Tetapi apakan daya bahawa takdir itulah yang kami terpaksa terima dengan hati yang tabah dengan harapan bahawa suatu hari nanti kami dikurniakan perkara-perkara yang mengembirakan kami.


Digital kamera

Pada 2 minggu yang lalu digital kamera kami telah mengalami kerosakkan di bahagian fokus lensanya. Mekanizem motor lensa telah rosak di bahagian gear motor yang menggerakkan jarak fokus sesuatu gambar yang hendak di ambil. Kami mengutarakan masalah kamera kami di kedai kamera di carrefour Puchong dan pekerja kedai itu menyatakan bahawa kerosakkan tersebut memelurkan kos yang hampir menyamai membeli kamera digital baru. kami pun pendamkan sahaja niat untuk memperbaiki kamera tersebut.

Mungkin kerana Si adam seronok bermain sambil melihat lensa kamera yang boleh bergerak keluar dan masuk selepas itu motor lensa itu pun rosak. Namun tanda-tanda ia akan rosak telah kami kesan sebelumnya lagi dan kami berpendapat memang kamera tersebut sudah sampai masanya untuk dia menamatkan perkhidmatannya. sepanjang 4 tahun kami gunakan kamera tersebut yang senantiasa beraksi dengan cemerlangnya tanpa kecacatan gambar.

Major DMC-LZ8 Features:

  • 8-megapixel effective CCD for images up to 3264x2448 pixels
  • 5x optical zoom, equivalent to 32-160mm on a 35mm camera
  • Optical image stabilization to help prevent camera shake and blurring
  • 9-point AF with 3 point, 1 point and Spot options
  • 2.5-inch TFT color monitor with 230K pixels and 100% coverage
Handphone Nokia 5530 XpressMusic

Handphone ini juga memberi kenangan manis untuk kami sekeluarga kerana di mana-mana ada liputan wifi di situlah kami boleh melihat blog kami untuk di update atau apa-apa yang perlu ditambah di dalam blog kami. Pada petang yang bertarikh 24/07/2011 ketika kami sekeluarga berhenti seketika setelah melalui perjalanan hampir 1.5 jam kembali ke rumah kami di Puchong dari kampung di Tanjung Karang kami berhenti seketika di tepi jalan untuk menikmati cendol sekeluarga. Kesilapan saya adalah kerana tidak mengunci kereta dan handphone pula berada di atas kerusi. Ini memudahkan sesiapa yang lalu-lalang melihat handpone tersebut dan mengambilnya.

Sekembalinya kami ke kereta kami masih tidak perasan lagi dengan kehilangan handphone kami namun setelah kami tiba ke rumah makcik di Shah Alam kami baru sedar akan kehilangan handphone tersebut. Perasaan sedih mula menyelubungi kami sekeluarga. Isteri sudah mula berlinangan air mata dengan perasaan sunggul meliputi wajahnya. Saya pula cuba mententeramkan isteri yang kesedihan dan kami pun terus pulang ke rumah kami di Puchong. Anak-anak hanya bersandar diam di sepanjang perjalanan kami ini seakan mengerti tentang keadaan kami. Syafiq dan Adam menyukai handphone tersebut kerana ada game kereta dan bounce. Syafiqah pula suka melihat gambar dan video berulang kali di dalamnya. Itulah perkhidmatan terakhir handphone Nokia kepada kami sekeluarga.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan