Mari kita meninjau apakah kesudahannya Kempen Perhimpunan Demo Anti PTPTN ini yang telah diadakan semenjak 14 April di Dataran Merdeka yang bermula dari jam 2 petang. Namun sebelum itu mari kita mengimbas daripada awal mengenai Kempen Demo ini. Tujuan Demo Anti PTPTN ini diadakan untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN.
Pada awalnya perhimpunan Demo Anti PTPTN 2012 ini, pelajar mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo sebelum berarak dan berkumpul semula di Dataran Merdeka.Perhimpunan Demo Anti PTPTN ini diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan siswa itu juga turut membawa kain rentang yang antaranya bertulis ‘Free education now!’, ‘Mahasiswa bukan robot’, ‘Mansuh PTPTN’ dan beberapa kain rentang lain.
Apa yang kami hendak utarakan adalah patutkah PTPTN ini dihapuskan dan menuntut pendidikan percuma? Atau kerana marahkan kerajaan atas dakwaan yang melindungi atau menolong orang kenamaan yang telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit maka PTPTN dihapuskan? Klik di sini..... Sepatutnya mintalah dikecualikan daripada membayar wang pengurusan pinjaman ( yang memang kita tahu menganiaya golongan bawahan ) atau pengurangan membayar balik seperti Agensi MARA atau JPA di zaman awal 90an seperti kami belajar dahulu. Bila kami berada di dalam pengurusan universiti memang kami sedar kita tidak akan dapat lari dari kenaikan kos penyediaan pembelajaran di peringkat universiti. Kami yang bekerja di universiti ini pun gaji kami jauh lebih rendah berbanding dengan pekerja sektor lain untuk menyerap kenaikan kos pengurusan.
Dari sumber perbualan dengan rakan kami yang berada di DBKL mereka ini akan di suraikan dengan apa cara sekalipun oleh pihak berwajib sebelum Majlis Konsert DiRaja Sempena Pertabalan Agong di Dataram Merdeka dijayakan pada sabtu ini. Dan sebelum ini ramai juga yang telah di arah pulang apabila jumlah mereka yang menetap di Dataran Merdeka bertambah. Dari kaca mata kami pada malam kami ketika membuat liputan hanya ada kurang dari 40 aktivis dan pelajar sahaja pada satu-satu masa. Dan di sebelah perhimpunan ini juga anggota Polis dan DBKL juga memantau pergerakan ahli perhimpunan tersebut. Apabila mereka mendapat arahan dalam masa terdekat ini untuk menyuraikan perhimpunan maka tamatlah Perhimpunan Anti PTPTN ini.
P/S : Yang baik kita ikut dan yang buruk kita perbaiki....
macam2 la kan
BalasPadamanum suka je ada ptptn sebab leh smabung study
erm.. diorg ni kdg2 bertindak tidak menggunakan akal.. nama aje mahasiswa tp terlalu mudah terpengaruh tanpa memikirkan andai apa yg mereka minta tidak membebankan org lain. memang sepatutnya mereka yg meminjam merekalah yg membayar. kalau mereka x inginkan PTPTN ni xpyh sign kontrak dan jgn ambil wang dr PTPTN tu. sedangkan fee kena byr pun belajar x sungguh2 mcm2 perkara bodoh dibuatnya contohnya mereka berdemo ni.. apa keuntungan yg mereka dapat? apa kebaikan yg mereka tunjukkan pada mahasiswa2 akan dtg? apatah lagi jika semuanya FREE lg bertambah la malas mereka ini krn mereka dah terlalu senang dgn kemudahan yg diberi.. apa pula keuntungan yg mereka boleh beri kpd kerajaan yg menampung pembiayaan pelajaran mereka? sdgkn sekarang ni pun ramai yg menggunakan biasiswa kerajaan utk belajar ke luar negara habis belajar tidak pun berkhidmat dgn kerajaan.. makanya mereka yg untung kerajaan yg rugi krn tiada dpt apa2 pulangan dr pelajar yg kerajaan tajakan? pikir2lah wahai mahasiswa.. dulu sya pun mahasiswa tp xde terpikir pun nk buat keja bodoh ni..
BalasPadammereka ada alasan mereka tersendiri begitu juga kita...
Padambagi duit free kang,blaja ke mana,enjoy ke mana..nnt tak reti nk blaja sungguh2..sbb pas blaja xda komitmen nk byr balik..tak faham la dorg ney..
BalasPadambanyak natijahnya kalau mansuhkan ptptn
BalasPadammereka yang memerlukannya seperti golongan pertengahan dan ke bawah akan merasa kesannya...
Padamkazman, saya nak berkias sajalah hari ni. seorang ayah yg mengeluarkan kos membesarkan dan menyara persekolahan anak2 hingga ke universiti. bila anak2 dah kerja, ada pendapatan sendiri..si ayah kemudian menyenaraikan jumlah kos yang dia tanggung dahulu untuk dibayar balik oleh anak2nya. tentulah si ayah akan dikutuk kerana sama ada si anak tu nakal@bodoh@rajin..TANGGUNGJAWAB memberi pendidikan kepada anak2nya masih dipikul oleh si ayah. kerana tanggungjawab itulah jugalah si ayah akan diadili di mahkamah ALLAH.
BalasPadambetull... tapi jadi ayah pun kena bagi sara seadil2xnya untuk semua anak2xnya yang lain mengikut kemampuan ayahnya...
PadamP/s : nasib baik la cuma jadi ayah kepada 3 anak yg comel dan bukannya jadi ayah kepada 1Malaysia... tak sanggup dipertanggungjawabkan...
ermmm... x tau cmne nk komen... keluarga kami bukanlah org senang. mase saya belajar dulu guna duit mak & abg... berhempas pulas diorg bekerja demi x mahu berhutang. duit utk belanja harian saya buat kerja part time dekat kedai makan waktu mlm. tu mase zaman diploma. & mase zaman ijazah saya buat pjj. pun guna duit sendiri(kwsp) mmg terase susah sgt tapi ade kemanisannya.... tgk adik2 sepupu saya belajar menggunakan pinjaman ptptn terase kesian sgt2 kerja dah 3 tahun tetiap bulan byr hutang ptptn. hutang 15k selepas 3 tahun membayar masih ada lagi 13k. hutang seperti tiada habisnya. mungkin kerajaan perlu memikirkan cara yg lebih baik utk bayaran balik tanpa membebankan pihak yg membyrnya.... kesian woo diorang baru nk belajar hidup berdikari....
BalasPadamSetuju dengan pandangan ini bila melihat generasi kini terkial2x nak bayar balik pinjaman yang tak habis2 bayar... patutnya PTPTN ni buat la macam MARA atau JPA dulu2... kalau pinjam RM20K bayar balik pun RM20K... bukan dihapuskan PTPTN ini kerana masih ramai yg memerlukan. Harap ada yang terbuka mata...
PadamDlm dunia nie semuanya x free,kena berusaha sendiri....
BalasPadamMemang dah sepatutnya bagi education free. Yg berjuta disonglap 'org besar' tak nampak ke? Kakak kalau cakap bab2 ini boleh jadi emosional tau Kaz/Sue... Sebab itu kakak dah simpan dari sekarang tak mahu anak kakak pinjam PTPTN bila sampai masa. Dulu masa kakak - MARA tak adalah macam ini punya dahsyat. Pada teman yg suka tu kakak tak tahulah tapi kakak kalau ada kat sana agaknya kakak pun at least sign kat kain tu juga... Jangan marahlah kakak tak hipokrit ini memang pendirian kakak...
BalasPadamsama laa... masa bayar balik pinjaman MARA ada diskaun lagi tu....heee3x... kalau PTPTN ni siap kena bunga la pulak.... apa yg hendak diketengahkan adalah supaya PTPTN di buat bayaran balik pinjaman seperti MARA dan JPA atau dihapuskan balik PTPTN dan diganti oleh seperti organisasi MARA atau JPA sepenuhnya....
PadamP/S : bukan kita beremosional tapi menyokong mana yang terbaik...
edication pree.. tadika pasti pun kena bayar laa... usah berbicara pasal ptptn kalau pendidikan tahap tadika pun kena bayar tinggi... apa celop
Padamaduyaiiii......
BalasPadamitulah..pttnya ptptn kna kaji drp smua sudut..lg pon bkn smua y hbs blajar dpt kerja trus kan
tu la... yang nampak masalahnya adalah cara pembayaran balik... dari 4% pun dah diturunkan kepada 1% tapi pengiraannya seperti loan rumah.... kalau ikat panjang maka besarlah wang kos pengurusan (faedah) yang dikenakan.... Dulu lepas bayar yuran adalah tinggal rm200 duit pinjaman... sebulan dah habis dah... terus harap sumbangan keluarga....
PadamP/s : Tahun 97 masa habis belajar gaji baru RM800 tapi terus bayar hutang mara sebanyak RM150. Alhamdulillah habis setelah hampir 10 tahun membayar.... Dah datang dari keluarga kurang kemampuan.... bersyukur dengan bantuan yang diterima.
hope mereka yg berkumpul ni fikir sejenak....n bersurai
BalasPadamtak faham la camne mahasiswa zaman sekarang berfikir.
BalasPadamAlhamdulillah, dua-dua anak ummi tak mohon pinjaman PTPTN.
BalasPadamYang sorang dapat biasiswa PETRONAS,yang sorang lagi YAYASAN TERNGGANU.
alhamdulillah.... kalau mereka belajar bersungguh-sungguh banyak agensi akan menaja pembelajaran mereka.... rebutlah peluang yang ada....
PadamMacam2 sekarang ni.. asik demo je keje. kan elok kalau kita majukan ekonomi..
BalasPadamntahlah
sanggup bersengkang mata buat macam ni, baik wat qiamulail ke, solat hajat ke tgh2 malam tu kan?? huhu~~
BalasPadamkalau niat mereka baik, mohon Allah permudahkan, tapi kalau ada udang di sebalik mee, wallahua'lam :)
BalasPadamSerius ada yg taknak free education?kalo sy memang nak jer..hehe..at least takder education free pn takperlah tp kos pntadbiran tu hapus2 lah ptptn oi..kalo x memang ptt la ptptn ni hapus sekali..huhu..emo le jugak sbb ku antra mangsanya..hoho
BalasPadamsebenarnya aku tak paham apa mahasiwsa tu nak... nak pendidikan percuma atau nak mansuh ptptn... nie 2 benda berbeza... sebabnya ptptn tu sendiri dah kasi pilihan.. nak amik.. taknak takyah pepandai isi borang.. malah duit ptptn merangkumi.. duit yuran.. duit poket dan duit buku... ptptn bukan takat yuran.. dia merangkumi pinjaman duit poket yg mak bapak owg susah selalunya tak der duit tu..
BalasPadamnota kaki.. untuk renungan semua
JANGAN NAMPAK KUMAN SEBERANG LAUT.. GAJAH DEPAN MATA BUAT TAK nampak..
USAH BERBICARA PASAL PERJUANGAN PENDIDIKAN PERCUMA.. JIKA PENDIDIKAN TAHAP TADIKA PUN TADIKA PASTI KELOLAAN PAS TAK MAMPU BAGI PERCUMA..
demo tu mcm buang ms je kalo y g tu student baik diorang study lg baik..
BalasPadammmg blh nak utarakan pndpt diorang tp bkn ni caranya..
lgpn xleh la nak mansuhkan ptptn tu..brapa rmai y nak pnjam, dah pnjam tp xbyr...kalo nak mansuhkan bunga tu munasabah la gak..
Actually, PTPTN ni x boleh nak dimansuhkan. Cuma kena kurangkan dari segi kos pentadbiran, pengurusan. Kalau dimansuhkan, kita kena fikir taraf hidup keluarga yang miskin. Kalau anak2 dpt masuk Universiti, mana mampu nak bayar yuran pengajian setiap semesteer. Itu belum kira lagi makan minum, umah sewa.. Fuhhh.. mmg mengeluh panjang. Lebih2 lagi dengan keadaan zaman sekarang yang harga barang naik.. So, fikir2kanlah wahai ANAK2 MUDA YANG BIKIN DEMONSTRASI ini.. Kalau korang ANAK ORANG KAYA, tak per la.. Fikirkan sahabat2 anda yang tidak mampu..
BalasPadamye betul...
Padamkalau ikutkan yuran pengajian tak tinggi mana... ptptn nie sebenarnya banyak tlg bab sara hidup
Yes.. u are right. Kena plak yang famili dh belikan motor @ kereta. Minyak nak kena isi. Minyak plak naik harga. X kan nk harapkan 100% famili kasi duit poket every month. Adik beradik yang lain pun kena pikir gak. That's why la diwujudkan PTPTN ni. X mcm zaman kita study dulu. Ada yang boleh sara hidup time belajar ngan keje part time. Budak2 skrg ni manja sgt. Dh la asyik perhabeh duit mak bapak je.. Dpt duit, gi joli sana sini. PArents punya la percaya anak gi belajar. Rupa2nya HANTU kat Universiti.
Padambro join gak ker ?
BalasPadamX join pun.. Cuma terkilan sgt dgn Demonstrasi ni. Orang akal letak kat kepala. Diaorang ni akal letak kat lutut.. Tak pikir panjang.
PadamMai la jenguk sambil buka minda
BalasPadamhttp://tukanglawan.blogspot.com/2012/04/pendidikan-percuma-apa-penjelasan-anwar.html
buku jingga tulis apa pasal ptptn hehehe
Padamtak payah la sampai nak mansuhkan ptptn...mansuhkan kos pentadbiran pun dah okey...
BalasPadamsetuju kalau hapuskan je charge perkhidmatan tu.
BalasPadam