Jumaat, 20 Julai 2012

Menyampaikan sumbangan Mangsa Kebakaran

Pagi tadi kami dari Tempat kerja menuju ke rumah emak Harpizzy untuk menyampaikan sumbangan yang dikumpulkan melalui Fakulti Kejuruteraan Welfare Club . Syukur alhamdulillah kami selamat tiba dan dapat menyerahkan sumbangan kepada emak beliau. Kehadiran kami disambut mesra oleh emak beliau dan berbual sesama anggota rombongan.... Cerita kebakarannya boleh diikuti di sini ....

Nampaknya mereka telah membina kembali kedai runcit dan kedai makan secara kecil-kecilan kembali sambil mengumpul kekuatan untuk membina semula rumah kedai yang telah terbakar. Memang seronok kami rasa bila dapat membantu seadanya untuk keluarga beliau ketika di timpa kesusahan. Tiada sesiapa yang inginkan perkara ini terjadi tetapi jika Allah S.W.T hendak menduga kita harus tabah menerimanya...
Ketibaan kami yang di sambut oleh emak Harpizzy ( tudung Hitam)
dan Harpizzy yang mengikuti kami dari kerja ( Berbaju Kuning-hitam-putih )

Ketika kami sampai

Berehat sebentar setelah melalui penjalanan selama 40 minit dari tempat kerja

Keadaan terkini rumah kedai yang terletak di pekan Olak Lempit, Banting, Selangor di bina sedikit demi sedikit untuk memulakan perniagaan semula setelah rumah kedainya hangus terbakar... Semoga mereka tabah untuk membina kehidupan semula....





Setelah selesai berramah mesra dan menikmati hidangan makan yang disediakan maka kami pun menyampaikan sumbangan yang di kumpulkan kepada emak beliau. 

Kami bergambar sebagai kenang-kenangan dan kami pulang semula ke tempat kerja untuk menyambung tugas kembali....


Semoga mereka tabah menghadapi ujian dan menambahkan keceriaan mereka sekeluarga ketika kita semua bergembira menyambut Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang tiba.... Salam sekian untuk semua.

P/S : Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa.... semoga kita semua mendapat puasa yang mabrur... aminnnn....



19 ulasan:

  1. alhamdullilah perkara yag baik di hari jumaat ini

    BalasPadam
  2. Semoga sumbangan itu dapat meringankan beban mereka. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  3. Bantu membantulah kita sesama insan apabila ditimpa kesusahan.

    BalasPadam
  4. cahaya ramadan buat mereka

    salam ramadan buat akk sekeluarga!

    BalasPadam
  5. semoga ramai lagi yg membantu
    sedihnyaaaaaaaa di saat2 org sedang bergembira menyambut ramadhan nie

    BalasPadam
  6. alhamdulillah semoga kehidupan akan semakin baik buat mereka...

    selamat berpuasa buat kazman-sue sekeluarga, maafkan jika ada salah dan silap...

    BalasPadam
  7. selamat berpuasa buat kazman sekeluarga..semoga pengisian ramadhan kali ini yang terbaik buat kita kerana tidak pasti kita akan bertemu lagi di ramadhan akan datang...
    maaf dari saya jika ada tersalah dan silap sepanjang mengomen...

    BalasPadam
  8. semoga sumbangan tu dapat membantu meringankan beban yg sedia ada..insyaallah..selamat berpuasa tuk kak sue sekeluarga tea..(^_^)

    BalasPadam
  9. semoga mangsa tu tabah ya, semua itu ujian pada Allah tempat berlindung. Syukran ada yang membantu

    BalasPadam
  10. semoga depa tabah hadapi dugaan ni ..apa pon salam Ramadhan dr saya

    BalasPadam
  11. kasihan, mudahn mereka tbh hadapi ujian ini.

    BalasPadam
  12. alhamdulillah.... semoga mereka tabah menghadapi dugaan hidup...

    BalasPadam
  13. begitulah yg diajar Islam.. tolong menolong saudara yg kesusahan...=)

    jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/07/panjatkan-kesyukuran.html

    BalasPadam
  14. setiap y berlaku pasti ada hikmahnya..smoga mrk tabah.

    salam ramadhan buat sue/kazman family

    BalasPadam
  15. alhamdulillah..amalan yang baik berterusan hingga ke syurga..:)

    BalasPadam
  16. tabah mereka menjana kembali hidup...hidup perlu diteruskan.insyaallah dgn pertolongan org sekeliling akan berjaya..
    salam ramadahan,slmt menjalani ibadah puasa...;)

    BalasPadam
  17. InsyaAllah rezeki mereka akan bertambah selepas ini...

    BalasPadam