Syukur Alhamdulillah umur akiff sudah mencecah 4 bulan. Banyak juga perubahan yang telah berlalu, apa yang dia mahu dan yang tidak. Dia juga sudah mula nak meniarap, kelakar tengok dia,berusaha untuk meniarap dan bila berjaya dia seakan terpinga2 dalam keadaan telangkup. Dah pandai bermain juga...
Menurut pakar, bermain membantu perkembangan bayi dan kanak-kanak. Bayi baru lahir mampu melihat, mendengar serta berupaya mengenal bau ibunya. Lakukan aktiviti sesuai dengan usianya. Anda pasti terkejut melihat kemampuannya memberi tindak balas.
Menurut pakar, bermain membantu perkembangan bayi dan kanak-kanak. Bayi baru lahir mampu melihat, mendengar serta berupaya mengenal bau ibunya. Lakukan aktiviti sesuai dengan usianya. Anda pasti terkejut melihat kemampuannya memberi tindak balas.
Jom ayah dan ibu sama-sama lakukan beberapa aktiviti bermain dengan si kecil bermula sejak lahir sehingga enam bulan.
Baru lahir
Perkembangan deria sentuh baru bermula. Bayi ingin merasai kelembutan.
Cuba sentuhkan anak patung beruang di tangannya. Dia akan dapat merasai
kelembutan.
Satu bulan
Ketika usia ini, bayi suka menendang dan membuat aksi mengayuh. Pegang
kakinya dan buat geralam seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat
gerakan itu anda boleh menyanyi mengikut rentak kakinya. Dia akan
berasa keseronokan. Secara tidak langsung ia membantu perkembangan
kemahiran motor kasar bayi.
Dua bulan
Bunyi bising boleh membuatkan bayi bertindak balas mencari arah bunyian
yang dihasilkan. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan
membuatkan bayi aktif dengan menggerakkankaki dan tangannya. Cara ini
membantu merangsang perkembangan deria pendengarannya.
Tiga bulan
Kebanyakan bayi pada usia ini sudah mampu menggerakkan tangan. Dengan
menggantung objek yang bergerak ke kiri dan kanan boleh membuatkan bayi
teruja untuk mencapainya. Namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan
objek itu membuatkan tangan dan mata bayi bergerak ke kanan dan kiri.
Dia juga mula memberi fokus kepada objek tersebut. Alat permainan ini
membantu perkembangan koordinasi tangan dan mata.
Empat bulan
Duduk bersamanya dan pegang buku yang berwarna-warni dan penuh
ilustrasi. Warna-warna terang mampu menarik minatnya untuk memberi fokus
dan menyentuh buku. Anda juga boleh mula memperkenalkan kad imbasan
bergambar dan berwarna. Sebut perkataan yang tertera. Walaupun masih
kecil tetapi bayi belajar menyerap apa yang didengari. Ia sekali gus
membantu perkembangan visual dan lisannya.
Lima bulan
Bayi baru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin aktiviti menyanyi
boleh membuatkan dia bertambah ceria. Baringkan bayi di atas katil, dan
bertepuk tangan atau menggerakkan badan anda, dia pasti seronok.
Enam bulan
Aktiviti memperkenalkan ahli keluarga menerusi album gambar keluarga.
Sebut nama mereka satu persatu. Cara ini mengajarnya mengenali wajah
orang yang dekat termasuk pengasuh, kawan atau jiran anda. Ini
membantunya berasa selamat apabila melihat wajah-wajah tersebut.
mn pic nyer kak? nak tgk jg
BalasPadamkejap jerdah 4 bulan.. bayi yg selalu diransang akan membesar dgn bijak, Insya Allah :)
BalasPadamdah besar dia... lama tak kesini...
BalasPadamassalamualaikum kazman sue...betul2 tu menarik..;)
BalasPadamseronok jaga baby tu ya...
BalasPadamkejap je dah 4 bulan..seronoknya kalau tgk perkembangan baby dr hari ke hari
BalasPadamkejap je masa berlalu...mesti comel...
BalasPadam