Jumaat, 6 Januari 2012

Taman Desa Sri Qaseh 05/01/2012 Sekitar Perkembangan Pembinaan

Nampaknya perkembangan projek perumahan ini terus berjalan dengan tertumpu pada pembinaan dinding dan bumbung rumah yang telah hampir sedikit bilangan rumahnya. Hampir keseluruhan rumah hampir siap di pasang bumbung dan dinding dan hanya beberapa unit sahaja yang tinggal masih dalam proses bumbung dan dinding.. Kerja-kerja memplaster juga tidak ketinggalan rancaknya. Begitu juga dengan pembinaan rumah contoh juga semakin menghampiri kesempurnaan. tak lama lagi kita boleh lihat rumah contoh yang di bina. Kerja mengecat dan pemasangan lantai halaman hadapan rumah juga masih berjalan. Begitulah pemerhatian pada kali ini. 


Khamis, 5 Januari 2012

Tinggal beberapa hari aku bersamanya....

WKA 4974...... Hanya tinggal beberapa hari lagi sahaja aku bersamanya.... Kenangan terindah akan tetap kami sekeluarga bawa sampai bila-bila.... Jasamu akan kami kenang buat selama-lamanya... Khidmat mu sungguh cemerlang ketika bersama kami yang sesuai dengan nama mu WAJA. Semoga Dikau berjumpa dengan tuan yang lebih baik memeliharamu selamanya......
WKA 4974

Rabu, 4 Januari 2012

Panduan Mencari Rumah Sewa

Hari ni sajer je nak berkongsi mengenai cara2x nak cari rumah sewa. Bukan apa... sekadar panduan aje yang boleh kita kongsi bersama..........

1. Carian di internet.

Byk website yg mengiklankan rumah2 untuk disewa..kebiasaannya website2 popular seperti mudah.my menjadi tumpuan..walaubagaimanapun terdapat juga website2 lain yg mengiklankan rumah utk disewa yg kekadang kita tidak temui atau sedari cthnya condo.com.my, iproperty.com dll. Laman2 web agensi hartanah juga kebiasaannya mengiklankan iklan dpd client masing2..


Selasa, 3 Januari 2012

Sambutan Tahun 2012 di Putrajaya bersama Pertunjukkan Api

Kali ini kami menyambut kedatangan tahun baru di Putrajaya sahaja. Pada kali ini di Putrajaya sambutan tahun baru di iringi oleh pertunjukkan bunga api dan juga pertunjukkan persembahan permainan api yang di persembahkan oleh kumpulan fire heater. Kumpulan ini di anggotai oleh mereka yang berumur 8 tahun ke bawah. Hebat juga persembahan mereka.... mari kita layan rakaman video dan detik-detik bergambar persembahan mereka.........



Ahad, 1 Januari 2012

Hutan Lipur Sungai Gabai

SEKILAS FAKTA.....

Lokasi : Air Terjun Sungai Gabai, Bt 21, Sungai Lui, Hulu Langat.

Keterangan : Sungai yang berasaskan Sungai Lui dan menjatuhkan terjunan air setinggi 100m ke beberapa siri kolam di kaki terjunan. Perkelahan dan perkhemahan adalah aktiviti biasa yang dilakukan oleh kebanyakan pengunjung. Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM2.00 untuk sebuah kereta dan RM1.00 untuk sebuah motosikal. Sekeping resit diberikan. Ada banyak pondok rehat yang dibina oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan. Air Sungai Congkak mengalir dari Gunung Nuang (1493 m) yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor.

Kunjungan kami sekeluarga sempat di rakam untuk menikmati keindahan Air Terjun Sungai Gabai ini.......