Sabtu, 16 Jun 2012

Telefon Awam yang di telan zaman

Telefon pondok boleh dikatakan menjadi satu keperluan sekitar tahun 80-an sehingga menjelang tahun 2000. Manakan tidak, kebanyakan penduduk di kawasan pendalaman masih lagi tidak mampu memakai telefon rumah kerana kekangan kewangan. Jadi, tumpuan utama mereka semestinya telefon awam jika berlaku sebarang kecemasan.

Jumaat, 15 Jun 2012

Jerebu di bumi Cyberjaya.....

Hari ni Tetiba suasana di hari jumaat bertukar menjadi jerebu... Bila keluar dari tempat kerja rasa panas dan batuk-batuk... Paling tidak tahan sekali bila mata ni rasa pedih memanjang... Nampaknya terpaksa la keluar dari bumi cyberjaya pada hujung minggu ni.... Almaklum hendak sambut hari bapa sekali kan.... alasan si bapa hendak berjalan lagiiii.... memang si bapa kuat berjalan jalan jee...


Khamis, 14 Jun 2012

Masalah Pada Power Distribution Box

Hari ini saya hendak syer mengenai sedikit pengetahuan mengenai penyambungan Wayar Elektrik Berkuasa Tinggi yang akan merenggang longgar jika kita telah menggunakannya pada jangka masa 5 hingga 10 tahun. Biasanya sambungan wayar elektrik tidak kiralah di rumah atau sesuatu bangunan lama-kelamaan akan longgar kekuatan ikatan sambungan jika menggunakan kaedah penyambungan dengan skrew atau nat. Biasanya masalah ini terjadi pada sambungan di dalam Power Distribution Box atau lebih dikenali sebagai DB box yang bermaksud Kotak Pengagihan Kuasa seperti gambar di bawah ini.

Kotak DB ( Power Distribution Box ) dalam bangunan

Rabu, 13 Jun 2012

Pantai Morib dan Selamat Bertunang Iskanda & Lia

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu. Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini. 

Isnin, 11 Jun 2012

Taman Desa Sri Qaseh 09/06/2012 Penurapan Batu Untuk Membina Jalan

Minggu lepas kami berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh. Apa yang kami dapat lihat bahawa lori sedang keluar masuk dan jentera steamroll sedang beroperasi. Kira jentera tu macam sterika bumi la gamaknya. Mula-mula mereka ratakan tanah merah di permukaan jalan. Kemudian mereka menambak pasir dan di mampatkan oleh jentera steamroll. Selepas pasir sudah mampat dan rata mereka menurap batu kerikil pula. Kemudian mereka ratakan lagi dengan steamroll sehingga mampat.